Hari ke-8 Berpuasa - hari berkabung
Anak2 itu, sekumpulan pelajar tahdiz, menumpang kenderaan, menuju ke satu program Quran, pada pagi itu, tiba2 terlibat kemalangan ngeri, berdarah dan ada yang kehilangan nyawa.
Dipandang dari sudut mana sekali pun, insya'Allah yang meninggal, tepat pada hari baik, Jumaat, dan bulan baik, dalam bulan puasa. Insya' Allah mereka mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sunnat Allah, juga takdir Allah, mengatasi segala2nya. Tetapi terdapat sunnah alam, yang boleh di pelajari dari kejadian alam, yang perlu di ketahui sejauh manakah kuasa manusia dan ikhtiarnya untuk menolak kemlangan dan sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa dengan memahami sunnah alam ini, juga dengan meletakkan di dalam pengetahuan kita akan sebab musabab yang membawa kemalangan.
Sekiranya semua ini telah di pelajari dan disedari, tiba2 berlaku juga kehendak Allah, maka hal ini tidak dapat di tafsir dan di salahkan sesiapa, memang kehendak Allah.
Para pemandu kini, banyak yang sabar dan mengikut sunnah alam. Tetapi banyak juga para pemandu yang memandu laju, memotong sana sini. terlalu ego atau selfish, potong Q, tak hiraukan keselamatan orang lain, tak kisah puluhan nyawa penumpang di belakang, malah ada yang melanggar arus, lalu berlaku kemalangan....Ini adalah kesalahan manusia sendiri...tanpa ikhtiar, tanpa sedar dan tanpa mengkaji sunnah alam.
Sunnah alam adalah juga ciptaan Allah, dan jelas kelihatan peranan manusia dalam hal ini.
Kaji dan hitunglah diri sendiri, jangan terus meletakkan kemalangan ke atas takdir dan suratan Ilahi...
Memang hari baik dan bulan baik, namun kita harus sentiasa berhati2 dengan takdir dan suratan Allah itu...
Comments
Post a Comment