JIKA KITA LEKA.......

Jika kita leka, segala yang berasal dari kita pun boleh diambil orang. Yang kita punya itu jangan kita anggap akan berada di tangan kita selama-lamanya, tetapi orang lain yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh akan berjaya merampasnya dari kita.
Inilah yang berlaku dalam permainan yang berasal dari kita seperti "sepak raga" telah dirampas oleh orang lain dengan nama baru "sepaktakraw"
Saya teringat hal ini kerana dalam sukan Asia yang berlangsung di China sekarang ini, sudah empat kali, kalau tak salah saya, Thailand merampas kejuaraan permainan itu dari kita.
Permainan sepak raga itu telah dimain oleh nenek moyang kita sekian lama, telah menjadi kebudayaan dan permainan rakyat kita di merata kampung dan desa, tetapi apa bila di permodenkan, dan semua orang mulai meminatinya, mulai menjadi permainan dalam temasya sukan antarabangsa, maka kita ketinggalan di belakang, permainan yang menjadi darah daging keturunan kita itu, telah di kuasai oleh orang lain.
Kita tidaklah seharusnya menyalahkan orang lain, kerana sesiapa yang berusaha keras, bersungguh-sungguh, maka mereka akan berjaya, dan kita hanya berputeh mata, jadi diri sendirilah yang seharusnya disalahkan.
Hal inilah yang seharusnya diambil pelajaran, iaitu apa-apa saja kepunyaan kita, maka janganlah kita fikir orang lain tidak boleh mengambil dan merampasnya dari kita, sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-sungguh mempertahankannya, dan menukar strategi lama dan lapok kepada strategik yang baru dan perancangan yang lebeh konkrit, jangan lagi mengambil mudah dengan berfikir bahawa hak kita, maka orang lain tidak akan menguasai dan merampasnya dari kita!!!

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....