Video Seks dan Permainan Media

Saya merasakan bahawa isu video seks ini menarik komen para ulamak untuk bertikai dan berseliseh pandangan. Tidak cukup dengn pertikaian tentang fatwa tertentu yang menyebabkan pertikaian para mufti sesama sendiri, maka dalam kes video seks ini pun para ulamak masing-masing berbicara dalam nada yang berbeza.

Bagi saya peranan media yang membesar-besarkan isu ini, tujuannya hanyalah satu, iaitu supaya masyarakat sendiri dalam diam-diam dapat mengambil kesimpulan di sebalik segala perkembangan yang berlaku selama ini, iaitu yang melibatkan datuk T dan DSAI. Ulamak tidak harus melatah dalam hal ini, kerana mereka merupakan orang-orang terhormat yang tidak sepatutnya terlibat dalam isu-isu yang dipertikaikan, terutamanya yang menyentuh isu emosi dan politik partisan.

Dato yang bersumpah laknat di Masjid Amrul-ibn-As bukan diminta oleh sesiapa, malah ia melakukan demikian atas tanggung jawabnya sendiri. Permainan media meminta DSAI supaya bersumpah juga, pada tanggapan saya, semata-mata untuk menunjukkan kepada umum bahawa sekiranya DSAI tidak mahu bersumpah, maknanya kawannya yang telah bersumpah itu berada di pihak yang benar, dan DSAI boleh difahamkan berada di pihak yang salah kerana dia tidak mahu bersumpah.

Tetapi ulamak turut memainkan rentak media dengan juga meminta DSAI bersumpah. Takdirnya DSAI mahu bersumpah menmbersihkan dirinya, ertinya kedua-duanya bersumpah, apa kata ulamak pula? Mana satu yang betul? Tak ada sesiapa yang tahu, tetapi yang pastinya kalau berlaku demikian, maknanya salah seorang dari dua orang yang bersumpah itu adalah benar, siapa dia? Siapa yang benar dan siapa yang tidak benar? Kerana dalam hal ini tidak mungkin kedua-duanya benar.

Kalau nak di bawa kes sumpah ini ke mahkamah syariah, saya tidak tahu apakah ada enekmen tertentu yang melayakkan kes ini di bawa ke mahkamah tersebut, apakah ada peruntukan perundangan yang lengkap bahawa hal-hal begini boleh di bawa ke mahkamah syariah?

Oleh itu, saya rasa, saya tetap dengan pendirian asal saya, supaya semua orang, ulamak atau bukan, ahli politik atau orang biasa, pengikut taksub partisan atau sebaliknya, baiklah berdiam diri sahaja, tunggu ke manakah kes ini akan di bawa oleh pihak berotoriti, dan apakah keputusan akhirnya.

Sementara itu masing-masing boleh lah berfikir, gunakan logik sendiri, dan dalam diam-diam begitu ambillah kesimpulan sendiri, itu pun hanya merupakan kesimpulan dan andaian sendiri, kerana yang mengetahui perkara ini hanyalah Allah SWT dan orang-orang yang terlibat dalam kes ini.

Isu moral sebenarnya merupakan isu rasa hati manusia, isu conscience, iaitu isu individu dengan hati nuraninya sendiri. Kita hidup berpandukan gerak hati kita, kalau bersalah kita merasa perasaan bersalah itu sering menghambat kita siang malam, masa tidur dan masa jaga, membisik-bisikkan di dalam kepala dan perasaan kita, yang menjadikan kita tergerak untuk membetulkan kesalahan itu, walau pun terdapat orang yang merasakan perasaan itu, tetapi dia tidak menghiraukannya yang menunjukkan bahawa hati nuraninya telah mati dan dia tidak pernah merasakan perasaan bersalah ini.

Oleh itu, dalam keadaan yang tertentu, kita haruslah menjadi penonton saja dalam hal ini, dan dalam masa yang sama pihak berkuasa tidaklah seharusnya membiarkan hal ini berpanjangan, sehingga hal ini menjadi kerisis yang membawa kepada konflik dan masalah lain yang membesar tanpa penyelesaian, dan kerisis ini mungkin akan menjangkau permasalahan lain lagi.

Bagi saya isu ini sudah sampai ke kemuncaknya. Penyelesaian haruslah di cari segera.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....