TANAH, CAHAYA DAN API
TIBA MASANYA
BERLAKU KEHENDAK ALLAH
TANAH KERING YANG DI BASAHI AIR
YANG TELAH BERUBAH BAUNYA
TERCIPTA MENJADI LEMBAGA
BENTUK RUPA AMAT SEMPURNA
ADAM NAMANYA
MAKHLUK PERTAMA
YANG BERNAMA MANUSIA
2
MAHA SUCI ALLAH
DENGAN KEKUASAANNYA
DIA MENCIPTAKAN
SEGALA-GALANYA BERPASANGAN
DICIPTAKAN HAWA' PASANGAN ADAM
DAN
DARI SITU
LAHIR DAN MEMBIAKNYA
KETURUNAN INSAN
MEMENUHI ALAM DUNIA
GENERASI DEMI GENERASI
MENGHUNI ALAM DUNIA
SELAGI USIANYA
BELUM BERAKHIR
3
NAMUN......
SATU HARI DALAM SYURGA
BAPA DAN IBU MANUSIA
ADAM DAN HAWA
DIJANJIKAN SYAITAN
" KAMU DAPAT HIDUP KEKAL
DAN BERKUASA
SELAMA-LAMANYA"
4
MANUSIA MANA
TIDAK MAHU KUASA
TIDAK MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA?
TAMBAHAN PULA DI DALAM SYURGA
SERBA MEWAH
SERBA NEKMAT
5
UNTUK BERKUASA
DAN HIDUP SELAMA-LAMANYA
BUAH KHULDI HARUSLAH DIMAKAN
DAN....
BUAH ITULAH YANG DITELAN
KEDUA-DUANYA : SUAMI DAN ISTERI
ADAM DAN HAWA
LALU
TERDEDAHLAH AURAT MASING-MASING
DAN SEGERA DITUTUPI
DENGAN DAUN-DAUB SYURGA
6
DEMIKIANLAH KETERLANJURAN MANUSIA
UNTUK BERKUASA
DAN HIDUP MEWAH SELAMA-LAMANYA
BUAH LARANGAN
SANGGUP DIMAMAH
DITELAN
MELUPAI TEGAHAN TUHAN
AKIBAT DIBUAI MIMPI
JANJI MANIS SYAITAN
DAN SELAMA ITULAH
ARUS PERMUSUHAN DAN HASUTAN
AKAN BERTERUSAN
SELAGI INSAN BERNAMA INSAN
SELAGI MANUSIA TAMAK DAN HALOBA
GILA KUASA GILA HARTA,
SELAGI SYAITAN
BERNAMA SYAITAN DAN IBLIS
KEDUA-DUANYA AKAN TERUS BERMUSUHAN
7
NAMUN ADAM DAN HAWA
SEBAGAI INSAN
PUNYA SIFAT NIS-YAN LALAI DAN LUPA
TERLANJUR DAN TERLAJAK
ALLAH MAHA PENYAYANG
MENGAMPUNI SEGALA PERBUATANNYA
HANYA NEKMAT SYURGA
DIGANTI DENGAN KEHIDUPAN DUNIA
YANG BANYAK IKTIBAR
UNTUK ANAK-ANAKNYA
YANG BERNAMA MANUSIA
YANG BUAT SEMENTARA
AKAN TERUS MENGHUNI DUNIA
SERBA MENCABAR DAN MENGGODA INI
DITENGAH-TENGAH SYAITAN DAN IBLIS
NAFSU AMMARAH
DORONGAN SIFAT HAIWANI
YANG BERTERUSAN
SELAGI MANUSIA BERNAMA MANUSIA
INSAN YANG BERSIFAT NIS-YAN
Comments
Post a Comment