BETUL ADA DOA UNTUK GUAN ENG !

PERKARA YANG TIDAK DIPERCAYAI ITU RUPA-RUPANYA BENAR BERLAKU. KHATIB JEMPUTAN DI MASJID PULAU PINANG MENGAKU YANG DIA MEMANG MENDOAKAN UNTUK KM LIM GUAN ENG DALAM KHUTBAH KEDUANYA, DAN DAKWANYA DIA BEERDOA SUPAYA ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA GUAN ENG MASUK ISLAM ! INILAH YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN KARPAL SING TEMPOH HARI, KERANA MENDOAKAN ORANG BUKAN ISLAM SUPAYA MASUK ISLAM TIDAK DISUKAINYA KERANA MELANGGAR HAK ASASI SESEORANG ITU. APA PUN MEMANGLAH BENAR ADA DOA ITU, TETAPI ELOKLAH HAL ITU DIHENTIKAN SETAKAT INI SAHAJA, DAN TERSERAHLAH KEPADA MUFTI ATU MAJLIS FATWA UNTUK MEMBERIKAN FATWANYA.

KITA MEMANG MERASA AMAT TERSINGGUNG KALAU DOA DIBACAKAN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM, APA LAGI KEBIASAANNYA DOA DALAM KHUTBAH ADALAH DITUJUKAN UNTUK KESEJAHTERAAN KETUA AGAMA, SAMA ADA SULTAN ATAU YANG DIPERTUAN AGONG. DOA UNTUK MENTERI BESAR ISLAM PUN TAK PERNAH DIBACA, PERDANA MENTERI PUN TIDAK DIBACAKAN DOA UNTUKNYA DALAM KHUTBAH JUMAAT, JADI KENAPAKAH SEHARUSNYA DIBACA DOA UNTUK KETUA MENTERI, BUKAN ISLAM PULA TU ?

HARAP AMBIL PELAJARAN DAN IKTIBARLAH, KERANA PERKARA YANG TIDAK MENJADI KEBIASAAN ORANG ISLAM INI SELALUNYA MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG ISLAM, TIDAK KIRA DARI PARTI POLITIK YANG MANA SEKALIPUN. HIDUP INI BUKAN HANYA UNTUK POLITIK KEPARTIAN SAHAJA, APA LAGI MENGHERET AGAMA ISLAM DALAM PARTI POLITIK ! AGAMA HENDAKLAH DILEETAKKAN DI ATAS TINGKAT YANG PALING TINGGI, DAN POLITIK ITU HENDAKLAH DILETAKKAN DI BAWAH, JANGAN LETAK POLITIK NOMBOR SATU, DAN AGAMA NOMBOR DUA ATAU TIGA !

Comments

  1. HARAP AMBIL PELAJARAN DAN IKTIBARLAH, KERANA PERKARA YANG TIDAK MENJADI KEBIASAAN ORANG ISLAM INI SELALUNYA MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG ISLAM, TIDAK KIRA DARI PARTI POLITIK YANG MANA SEKALIPUN. HIDUP INI BUKAN HANYA UNTUK POLITIK KEPARTIAN SAHAJA, APA LAGI MENGHERET AGAMA ISLAM DALAM PARTI POLITIK ! AGAMA HENDAKLAH DILEETAKKAN DI ATAS TINGKAT YANG PALING TINGGI, DAN POLITIK ITU HENDAKLAH DILETAKKAN DI BAWAH, JANGAN LETAK POLITIK NOMBOR SATU, DAN AGAMA NOMBOR DUA ATAU TIGA !

    Membaca ayat diatas dapat saya buat kesimpulan, bahawa professor kesal dengan apa yang berlaku sekarang lalu berkata hidup ini bukan hanya untuk politik kepartian sahaja, apatah lagi mengheret agama Islam dalam parti politik.

    Pendapat Profesor serupa dengan pendapat orang barat (kafir)yang tidak setuju agama kristian dimasukkan dalam politik kepartian.

    Ini dapat dijawab yang bermakna agama suku - politik suku.

    Bukankah ini kaedah orang kafir yang cuba memisahkan politik dengan agama suatu agenda untuk menyesatkan orang islam, sedangkan agama itu tidak boleh dipisahkan dengan manusia, kalau pisah maka pincanglah kehidupan umat islam.

    Sah umat Islam hidup dalam kepincangan dek agama tiada kaitan langsung dengan politik.
    Agama Islam adalah cara hidup. Apakah akan terjadi apabila cara hidup dibuang dari parti politik mereka yang mengaku beragama Islam.

    Lainlah jika parti parti orang kafir yang jelas dan nyata bahawa agama tiada kait mengait dengan politik kepartian.

    Profesor suruh letak agama diatas. Diatas mana? Sedangkan parti politik (yang memerinta sekarang duduk diatas sekali dan menentukan segala galanya.

    Jabatan agama duduk dibawah, malahan fungsinya sangat terhad.macam mana nak buat agama Islam duduk diatas. Apatah lagi ia tiada kaitan langsung dengan politik negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....