BADAR


 

BADAR TANAH GERSANG KUNTANG

TANPA AIR TANPA KEHIDUPAN

PADANG PASIR MEMBAKAR DI MUSIM KERING

DINGIN MEMBEKU DI MUSIM SEJUK

PUNYA SEJARAH TERSENDIRI

DI SINILAH BERLAKUNYA PERISTIWA ITU


 

BADAR MENCATAT SEJARAH

SEJARAH KEMENANGAN DAN KEAGONGAN

KETIKA ISLAM DAN UMATNYA TERCABAR

MENGHADAPI BALA TENTERA MUSYRIKIN

PEJUANGNYA YANG RAMAI

MENENTANG PEJUANG MUSLIMIN

YANG HANYA SEBILANGAN JARI


 

RASULULLAH YANG MENGGALAS TUGAS

MENGEPALAI PERJUANGAN

BERTEMPUR, BERJUANG KE TITISAN DARAH TERAKHIR


 

SEBALUMNYA..

ALLAH MEMPERLIHATKAN DALAM MIMPI RASULULLAH

BAHAWA BILANGAN MUSUH HANYA KECIL

TIDAK USAH MERASA GERUN DAN NGERI

JANGAN BERKONFLIK SESAMA SENDIRI

DALAM PERJUANGAN FI SABILILLAH


 

KINI.....

KETIKA DUA ANGKATAN BERTEMBUNG

BERTEMPUR DAN BEJIHAD

WAHAI MUHAMMAD INGATLAH

"KAMU KELIHATAN KECIL PULA

PADA PANDANGAN LAWAN

HIKMAH ALLAH

HANYA MAU MELAKUKAN KEHENDAKNYA

MENENTUKAN KEMENANGAN UNTUK KAMU"


 

DEMIKIANLAH...

BADAR LAMBANG KEKUATAN AZAM

KETAHANAN ROHANI DAN JASMANI

KEIMANAN DAN TAWAKAL

DOA DAN PERJUANGAN

MAKA,

BILANGAN YANG KECIL

TAPI PENUH SEMANGAT PERJUANGAN

MENEGAKKAN KEBENARAN TUHAN

LALU MAMPU MENEPIS SEGALA PUKULAN

DAN MENCIPTA KEMENANGAN


 

MENGAPA TIDAK

ALLAH BERFIRMAN

"BERSEDIALAH DENGAN SEGALA KEKUATANMU

ANGKATAN BERKUDA LENGKAP

DAN PENUH WASPADA

SEHINGGA MENGGERUNKAN MUSUH

MUSUH KAMU DAN MUSUH ALLAH"


 

BADAR MENGAJARMU

BAHAWA DI AWALNYA..

DUA PULUH ORANG GOLONGANMU YANG SABAR

MAMPU MENEWASKAN DUA RATUS MUSUH

SERATUS KAMU

MENGALAHKAN SERIBU.


 

KEMUDIANNYA...

KETIKA KAMU MENGALAMI KELEMAHAN

SERATUS KAMU YANG SABAR

HANYA MAMPU MENGALAHKAN DUA RATUS

SERIBU BISA MENEWASKAN DUA RIBU MUSUH

SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH


 

BADAR YANG KERING KUNTANG

PADANG PASIR YANG KEKUNINGAN

TERHAMPAR LESU DAN KAKU

RUPANYA PENUH SEJARAH

KEMENANGAN YANG HAQ

DAN KEKALAHAN YANG BATIL


 

ITULAH TANAHNYA

TEMPAT PERSINGGAHAN PARA MUSLIMIN

SEPANJANG PERJALANAN

SABAN WAKTU

DIANTARA MAKKAH DAN MADINAH

KELIHATAN KAKU,

TAPI PENUH RAHSIA

PENUH MAKNA


 

(Inspirasi dari surah Al-Anfal – surah ke-8 dalam Al-Quran Al-Karim)

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....