DOA DALAM KHUTBAH JUMAAT
Saya tidak percaya di Pulau Pinang terdapat khatib berdoa untuk Ketua Menterinya yang bukan Islam dalam khutbah sembahyang Jumaat menggantikan doa untuk ketua agama dan ketua negara SPB Yang Di Pertuan Agong. Saya tidak percaya, kerana inilah pertama kalinya dalam umur saya dan sepanjang pengalaman saya bersembahyang Jumaat puluhan tahun ini terdapat doa untuk ketua negeri begitu.
Seperti mana saya tidak mempercayai perkara itu telah berlaku, maka saya harap perkara itu tidak benar dan tidak berlaku.
Tetapi jika benar berlaku? Jika benar ada nama seseorang yang telah menggantikan nama Agong di dalam doa tersebut, maka khatib yang membacanya, atau yang diarah membacanya itulah sahaja yang tahu sebabnya dan mesti telah pun mengetahui hukumnya.
Oleh itu orang ramai tentulah amat berminat hendak mengetahui apakah hukumnya dan apakah dorongannya yang menyebabkan Pulau Pinang bertindak demikian.
Biasanya Mufti negeri yang mengeluarkan fatwa, dan fatwa itu dilaksanakan, dan biasanya apabila ada sesuatu pembaharuan yang hendak dilakukan di dalam ibadat, amalan di dalam masjid, termasuk khutbah, maka masjid hendaklah terlebeh dahulu merujukkan kepadanya, apa katanya dan apakah hukumnya. Setelah diberikan hukum maka barulah boleh dilaksanakan.
Maka kita tertanya-tanya juga apakah Mufti Pulau Pinang telah memberikan lampu hijau untuk khatib membaca doa itu?
Kalau Mufti yang telah memberikan fatwanya dan tidak ada sebarang perbuatan yang melanggar fatwa Mufti, maka orang lain tentulah tidak boleh mempersoalkannya.
Bagi saya, hal yang berlaku ini adalah agak ganjil. Dari sudut budaya dan cara hidup kita di negara kita ini sejak sekian lama, perkara yang dilakukan itu adalah terkeluar dari tradisi agama dan budaya keialsman yang kita amalkan selama ini. Saya tidak menyentuh tentang hukum, kerana hal itu hanya boleh difatwakan oleh Mufti. Saya menyentuh tentang cara hidup dan budaya sosial yang kita amalkan selama ini di dalam masyarakat majmuk kita yang telah sekian lama wujud di negara kita ini sejak dari zaman penjajahan dulu lagi, telah ratusan tahun kita hidup bersama kaum-kaum bukan Islam di sini.
Kita mempunyai batasan-batasan yang tertentu, terutamanya tentang kehidupan beragama. Kita telah biasa hidup dengan kaum lain yang mempunyai rumah ibadat sendiri di mana-mana sahaja, dan ritual serta sembahyang mereka sendiri yang tidak pernah diganggu gugat, dan tidak dicampur adukkan begini rupa.
Kita telah lama bernegara, berketuakan Raja-Raja, dan telah lama hidup saling hormat menghormati diantara agama dan kaum. Islam tetap merupakan agama dominan di negara ini tanpa dipersoalkan oleh sesiapa pun. Tetapi nampaknya akhir-akhir ini, kadang-kadang orang Islam sendiri yang nampaknya terlalu kendur dan bertolak ansur, bermain dengan syariah dan nilai-nilai akhlak Islamiah demi kepentingan yang lain.
Malah mereka jugalah yang akan mempertahankan tindakan yang jelas menentang arus perdana masyarakat negara kita umumnya dalam hal ini, dan mungkin juga mereka merasa berbangga melakukan hal yang demikian.
Sebab itulah saya katakana bahawa saya tidak percaya hal ini boleh berlaku di dalam masjid, kerana masjid keseluruhannya adalah dikuasai oleh orang Islam. Para Imam dan Khatibnya adalah terdiri dari orang-orang yang berkelulusan agama. Mana mungkin perkara ini boleh berlaku.
Tetapi sekiranya berlaku juga, maka hal inilah yang amat memeranjat dan menghairankan kita. Di manakah letaknya etika Islam dan nilai-nilai kerohanian kita sebagai umat Islam, yang mempertahankan ajaran agama kita dan dalam masa yang sama tidak menganggu urusan ibadat pengikut agama yang lain, kerana kita mengetahui ajaran Allah SWT "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku" ...!
Pembaca khutbah itu kabarnya adik kepada Mufti Pulau Pinang, masya' Allah, dunia dah nak kiamat ? Jadi bagaimana Mufti nak bagi fatwa, adik sendiri?
ReplyDeletesy pun tk cayer benda mcm ni boleh terjadi...mesti ader udang di sebalik mi neh...apepun bila nama manusia ape pun bole jadi
ReplyDelete