Posts

Showing posts from June, 2012
DARI HAMBURG KE KUALA LUMPUR: SEBUAH PERJALANAN YANG AMAT PANJANG…. Hari agak petang di Hamburg, jam 5.30 , tetapi pada awal2    musim panas dalam bulan Jun ini waktu tersebut masih pertengahan siang, kerana mata hari hanya akan terbenam kira2 jam 9.45 atau 10.00 malam. Kami telah selesai berkonfrensi hari terakhir pada hari 23 Jun ini, dan Dr Jenny, mengajak kami ke rumahnya dekat kota Hamburg untuk makan2 ayam dan daging kambing panggang. Sebelum ini mulai 20 Jun hingga separuh hari 23 Jun kami menghadiri Konferensi itu, atau berjalan2 merayau di kota Hamburg. Ketika berjalan2 sementara menunggu bilek hotel kami siap pada hari 20 Jun iaitu hari ketibaan di Hamburg, JERMAN itulah, tiba2 pada satu selekoh jalan dekat university Hamburg, seorang wanita kulit puteh muda menegur kami dari jauh dengan berbahasa Melayu. Isteri saya, Hani, segera menarik perhatian saya kepada wanita “Mat Saleh” itu, dan wanita ini segera menyebut nama saya, apakah betul saya yang b...
Health Related Issues and Islamic Normativity. Demikianlah tema Persidangan Antarabangsa anjuran Universiti Hamburgh, German, yang akan diadakan mulai 20 Jun sehingga 23 Jun 2012 di University tersebut.   Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dijemput untuk mengambil bahagian di dalam Persidangan tersebut secara aktif. Yang saya tahu sekurang2nya 7 orang pembentang kertas kerja yang dijemput dari Malaysia, dan saya merupakan salah seorang pembentang yang diberikan tajuk "Development of Fatwas in Malaysia With Special Attention to Bioethical Issues" atas sifat saya sebagai bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan satu ketika dulu.  Mungkin tidak banyak kita yang sedar bahawa universiti2 di Barat, termasuk USA dan Eropah, sering mengadakan persidangan dan seminar tentang Islam, khususnya mengenai isu2 semasa yang berbentuk ilmiah dan kajian. Persidangan di Hamburg Universiti ini dianjurkan oleh Institut Asia-Afrika universiti tersebut, dengan pimp...
(ISRA' MI'RAJ) PERJALANAN MALAM TERSEBUT KISAH SATU MALAM KETIKA RASULULLAH DI BAWA ALLAH MENGEMBARA JAUH DARI MASJID AL-HARAM KE MASJID AL-AQSA UNTUK DI PERLIHATKAN ALLAH KEKUASAAN DAN KEBESARAN-NYA INILAH MALAM ISRA’ TANDA KEMULIAAN BAGINDA PILIHAN TUHAN ALLAH MAHA AGUNG DEMIKIANLAH JUGA TERSEBUT KISAH SEBELUMNYA TENTANG KURNIAAN ALLAH KEPADA NABI MUSA KETIKA BAGINDA BERMUNAJAT DI GUNUNG “THURSINA” LALU DITURUNKAN KEPADANYA KITAB TAURAT UNTUK MENJADI PETUNJUK DAN HIDAYAH BAGI KAUMNYA : BANI ISRAEL BANI ISRAEL YANG SOMBONG DAN DURHAKA KENANGILAH DATUK NENEK MU YANG DILANDA TAUFAN BERSAMA-SAMA NABI NUH KAUMNYA YANG DEGIL BONGKAK DAN KERAS MUSNAH DILANDA BALA BENCANA   BADAI DAN OMBAK RAKSAKSA, DAN KAUMNYA YANG PUNYA IMAN YANG TAAT, PATUH   TERSELAMAT BERSAMA-SAMA NABI NUH BANI ISRAEL MENENTANG NABI MUSA MENGGANAS DAN MENCEROBOH BUMI PALESTIN BERMANDI DARAH INILAH PENDURHAKAAN MEREKA DAN ...
ISU2 KEMASYARAKATAN YANG DIPOLITIKKAN Saya ingin menyambung sedikit lagi sebagai tambahan kepada entri saya yang lepas tentang kes mencampur adukkan isu politik dalam dasar Kerajaan dan isu2 kemasyarakatan. Nama baik negara kita disanjung oleh kebanyakan negara luar adalah bersifat objektif, iaitu memandang kepada kedudukan masyarakat yang terkehadapan dalam banyak aspek pembangunan negara dan rakyat. Namun begitu banyak juga hal yang dijalankan penyelidikan oleh badan bebas luar negara yang meletakkan negara kita dalam kedudukan yang agak lemah dalam beberapa bidang seperti ekonomi, keselamatan, kesetabilan masyarakat dan beberapa perkara lain, tetapi tidaklah sampai segala2nya di dalam negara kita dikategoriukan dalam keadaan yang lemah dan ketinggalan dari negara2 dunia umumnya. Saya rasa hal yang sama seharusnya disuarakan oleh badan2 bukan Kerajaan di dalam negara kita, juga organisasi penyelidikan bebas yang menjalankan kajian dalam beberapa aspek pembangunan ...
NAK MASUK CALON LAGI? Tanya orang PAS : Nak Masuk Calon Lagi? Jawabnya: Eh bukan begitu soalannya, bukan macam orang UMNO! Orang PAS akan jawab: "Kita tak minta dicalonkan, kerana kita tunggu perentah dari atas, sama seperti Nabi Muhammad, kalau orang minta kerja kepada baginda, baginda tak bagi, tetapi kalau baginda nak bagi, baginda akan bagilah kerja itu tanpa diminta!" Tanya orang UMNO : Tak masuk calon lagi? Jawabnya: Tak minta, tapi sayalah " winnable candidate " "calon yang boleh menang" = (cybm)! "Kenapa kata "cybm" ?" Jawab: "Sebab saya anak tempatan, bukan calon payung terjun, bukan calon masuk dari tingkap"! "Tapi kalau tak dicalonkan juga?" "Tak apa, tapi bagaimana dengan winnable candidate ? Ada Ke?" Tanya orang PAS lagi "Bagaimana kalau tidak dicalonkan juga?" Jawabnya "Terserahlah, tetapi bagi kerja kepada orang yang tak minta, besar pahalanya kan?, tak mau kah?...
DEBAT MCA - DAP Pada 18 Februari dan 20 Februari 2012 yang lalu,  telah saya tuliskan pandangan peribadi saya tentang Debat di antara Presiden parti MCA dan Ketua Menteri Pulai Pinang, yang mewakili DAP, yang pernah diadakan sebelum ini. Kini nampaknya debat yang sama akan diadakan lagi untuk kali kedua. Saya tidak mengatakan bahawa pandangan yang saya kemukakan itu semuanya betul, tetapi saya sebenarnya melahirkan keperihatinan saya tentang implikasi debat itu terhadap masyarakat Islam di negara kita, dan kesucian Islam itu sendiri sebagai agama negara yang seharusnya tidak terlalu banyak dipersoalkan. Bagaimana pun, saya dengan ini hanya ingin menarik perhatian , khususnya masyarakat Melayu dan Islam, kepada dua pengisian blog yang saya tuliskan itu menjelangnya pusingan kedua debat yang berkenaan.