DEBAT MCA - DAP
Pada 18 Februari dan 20 Februari 2012 yang lalu, telah saya tuliskan pandangan peribadi saya tentang Debat di antara Presiden parti MCA dan Ketua Menteri Pulai Pinang, yang mewakili DAP, yang pernah diadakan sebelum ini. Kini nampaknya debat yang sama akan diadakan lagi untuk kali kedua.
Saya tidak mengatakan bahawa pandangan yang saya kemukakan itu semuanya betul, tetapi saya sebenarnya melahirkan keperihatinan saya tentang implikasi debat itu terhadap masyarakat Islam di negara kita, dan kesucian Islam itu sendiri sebagai agama negara yang seharusnya tidak terlalu banyak dipersoalkan.
Bagaimana pun, saya dengan ini hanya ingin menarik perhatian , khususnya masyarakat Melayu dan Islam, kepada dua pengisian blog yang saya tuliskan itu menjelangnya pusingan kedua debat yang berkenaan.
demi maruah islam itu sendiri dn bangsa melayu, pemimpin-pemimpin tidak kira siapapun samada berbeza pandangan politik mahupun bidang, tidak seharusnya saling tuding menuding dalam semua hal hingga mengakibatkan agama Islam itu sendiri jadi tercalar dan bangsa lain akan mentertawakan melayu.
ReplyDelete