Sunday, June 17, 2012




(ISRA' MI'RAJ)

PERJALANAN MALAM
TERSEBUT KISAH SATU MALAM
KETIKA RASULULLAH DI BAWA ALLAH
MENGEMBARA JAUH
DARI MASJID AL-HARAM
KE MASJID AL-AQSA
UNTUK DI PERLIHATKAN ALLAH
KEKUASAAN DAN KEBESARAN-NYA
INILAH MALAM ISRA’
TANDA KEMULIAAN BAGINDA
PILIHAN TUHAN
ALLAH MAHA AGUNG

DEMIKIANLAH JUGA
TERSEBUT KISAH SEBELUMNYA
TENTANG KURNIAAN ALLAH KEPADA NABI MUSA
KETIKA BAGINDA BERMUNAJAT
DI GUNUNG “THURSINA”
LALU DITURUNKAN KEPADANYA
KITAB TAURAT
UNTUK MENJADI PETUNJUK
DAN HIDAYAH
BAGI KAUMNYA : BANI ISRAEL

BANI ISRAEL YANG SOMBONG DAN DURHAKA
KENANGILAH DATUK NENEK MU
YANG DILANDA TAUFAN
BERSAMA-SAMA NABI NUH
KAUMNYA YANG DEGIL
BONGKAK DAN KERAS
MUSNAH DILANDA BALA BENCANA
 BADAI DAN OMBAK RAKSAKSA,
DAN KAUMNYA YANG PUNYA IMAN
YANG TAAT, PATUH
 TERSELAMAT
BERSAMA-SAMA NABI NUH

BANI ISRAEL MENENTANG NABI MUSA
MENGGANAS DAN MENCEROBOH
BUMI PALESTIN BERMANDI DARAH
INILAH PENDURHAKAAN MEREKA
DAN MEREKA DIMUSNAHKAN
DARI DUA SERANGAN
OLEH BABILION DAN ROME

ISRA’ DAN KISAHNYA
MEMBERIKAN IKTIBAR
TENTANG NABI MUHAMMAD
NABI NUH DAN MUSA
TENTANG UMAT MUHAMMAD DAN BANI ISRAEL
KAUM YAHUDI YANG BONGKAK
YANG KINI
MENGGANAS DAN MENCEROBOH LAGI
SAMPAI BILAKAH YA ALLAH
KEKEJAMAN MEREKA
PENCEROBOHAN MEREKA
 AKAN BERAKHIR
SAMPAI BILAKAH ..?
YA ALLAH YA RAHMAN


(INSPIRASI DARI AL-Quran surah Al-Isra’ (17) ayat 1 – 6)

Pageviews last month