NAK MASUK CALON LAGI?

Tanya orang PAS : Nak Masuk Calon Lagi? Jawabnya: Eh bukan begitu soalannya, bukan macam orang UMNO! Orang PAS akan jawab: "Kita tak minta dicalonkan, kerana kita tunggu perentah dari atas, sama seperti Nabi Muhammad, kalau orang minta kerja kepada baginda, baginda tak bagi, tetapi kalau baginda nak bagi, baginda akan bagilah kerja itu tanpa diminta!"

Tanya orang UMNO : Tak masuk calon lagi? Jawabnya: Tak minta, tapi sayalah "winnable candidate" "calon yang boleh menang" = (cybm)! "Kenapa kata "cybm" ?" Jawab: "Sebab saya anak tempatan, bukan calon payung terjun, bukan calon masuk dari tingkap"! "Tapi kalau tak dicalonkan juga?" "Tak apa, tapi bagaimana dengan winnable candidate? Ada Ke?"

Tanya orang PAS lagi "Bagaimana kalau tidak dicalonkan juga?" Jawabnya "Terserahlah, tetapi bagi kerja kepada orang yang tak minta, besar pahalanya kan?, tak mau kah?"

Congak, kira, hitung, bilang, campur tolak, samalah sahaja nampaknya! Winnable candidate dan pahala mencalonkan orang?! Alasan kedua2 mereka nampak berbeza, (winnable candidate dan pahala calonkan orang yang tak minta) yang bolehlah dilihat secara kasarnya ada dua: satu dunia, satu akhirat, seolah2 orang PAS tu orang akhirat, dan orang UMNO orang dunia, tetapi hasilnya sama saja, "mahu jadi calon" !! Bottom line nya nak jadi wakil rakyat lagi, sebab nak jadi wakil rakyat? terserahlah kepada pentafsiran masing2..!

Inilah ragam manusia, rambut sama hitam, dan kemudian apabila sama2 tua, rambut sama puteh, hati masing2 Allah saja yang tahu.

Namun rambut hitam puteh, kepala berambut atau tidak, kemahuan dan kehendak hati sama saja nampaknya, tak usahlah nafikan, dan tak usahlah nak tuding jari kepada orang lain. Samalah kita !

Ini tidak masuk lagi main kotor, sepak betis kawan, baling batu sembunyi tangan, sabotaj, dan main kayu tiga, kerana inilah yang dilakukan  makhluk Allah  yang dipanggil manusia itu.

Bagaimana dengan orang PKR? Apa alasannya nak jadi calon? Macam2 ada! Alasan dunia dan akhirat ada, namun pada final analisisnya samalah juga,  nak jadi calon lagi, nak jadi wakil rakyat lagi, boleh berjuang, membela nasib rakyat dan bermacam2 janji ditaburkan, akhirnya dan kesimpulannya nak jadi calon lagi, nak menang.


Itulah selagi manusia bernama manusia, maka ia penuh nafsu, cita2, keinginan...dan....dan....tetapi yang lahir dari bibir kebanyakan orang2 ini ialah : "bukan nak cari kuasa atau wang, tetapi nak khidmat untuk rakyat, nak berjuang, makmurkan rakyat dan negara, nak itu, nak ini",...masyallah !!

Fikir2kanlah..........







Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....