Posts

Showing posts from June, 2013

MENINJAU IPT DI UK

MENGUBAH ANGIN Saya tidak menghilangkan diri kerana sesuatu sebab, merajuk atau sebagainya, tetapi kerana menjalankan urusan akademik di beberapa buah universiti di England, iaitu di Oxford, Kent dan London School of Oriental and African Studies.  Udara jerebu yang saya tinggalkan di negara kita, maka UK menyambut saya dengan udara sederhana, kadang-kadang sejuk sedikit, namun langitnya cerah dan terang benderang. Namun ketika UK memasuki musim panas ini perubahan siang dan malam amat menyentuh umat Islam dari segi waktu sembahyang lima waktunya. Di UK sekarang siang menjadi panjang, subuh masuk jam 2.30 pagi, syuruq kira-kira jam 4.45. Maghrib dalam jam 9.30, isyak 11 malam! Saya jumpa para pelajar dan warga negara kita yang bermustautin di UK, juga para pekerja di Suruhan Jaya atau Pendidikan Malaysia di sini, mereka nampaknya telah bersedia dengan penuh tabah untuk menghadapi bulan puasa yang akan datang, walau pun meraka akan berpuasa lebih lama dari masa k...

KENAPA PRU MENJADI SENGIT?

KUASA DIBERI DAN DIGUGURKAN OLEH ALLAH SWT Setiap kali lepas sembahyang, kita sering berwirid dan membaca ayat-ayat dari Al-Quran. Setiap kali kita membaca ayat Kursi kita menyambung dengan ayat-ayat yang berbunyi atau bermaksud : "Katakanlah, wahai Tuhan kami, bahawa Engkaulah Tuhan yang memiliki kuasa. Engkau memberikan kuasa kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menggugurkan kuasa dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki, di dalam kekuasaan-Mu terletaknya segala kebaikan, sesungguhnya Engkaulah yang amat berkuasa di atas segala sesuatu". Dengan itu pada akhirnya ketika manusia berikhtiar dan berusaha untuk berkuasa di dalam segala bidang apa sahaja, maka akhirnya Allah SWT itulah yang menentukannya sama ada seseorang itu berjaya mendapatkan kuasa yang dicarikan dan diusahakannya atau pun usahanya untuk berkuasa itu akan menemui kegagalan. Mesej Allah in...

MORAL DAN DIALOG KETIKA PRU

SELESAIKAN ISU PRU DENGAN PERUNDANGAN DAN MORAL PRU 13 telah berlalu sebulan setengah, dan nampaknya persepsi yang tersibar di kalangan banyak pihak adalah amat negatif tentang SPR dan BN. Persepsi dan mungkin juga beberapa ciri PRU 13 yang mungkin agak samar-samar, masih melanda masyarakat kita, sehingga penyelesaian yang sepatutnya dilaksanakan dengan tenang dan rasional, menjadi isu yang menyimpang dari perundingan dan moral. Tindakan tuduh menuduh, yang amat sering menjadikannya fitnah memfitnah, umpatan dan nista, amat berleluasa di dalam masyarakat kita, yang sekali gus mencemarkan adat tradisi, sopan santun dan tatasusila orang Melayu dan agama Islam sendiri. Sebelum PRU 13, telah timbul bibit-bibit negatif dari beberapa kalangan parti politik, seperti yang pernah saya tuliskan di dalam ruangan ini, iaitu ugutan dan kenyataan negatif oleh pihak yang membangkang Kerajaan ketika itu, seperti ugutan untuk menutup lapangan terbang pada malam keputusan PRU 13 diumumka...

IMPAK PRU : DALAMAN DAN LUARAN

KEPELBAGAIAN CERITA SELEPAS PRU KE-13 1. Dalam penerbangan saya dan isteri ke Auckland, New Zealand pada 11 Mei 2013 selepas selesainya PRU 13, saya sempat membaca sebuah akhbar antarabangsa yang disediakan oleh penerbangan MAS, iaitu akhbar The Global Edition of The New York Times terbitan 11 Mei 2013. Yang amat menarik perhatian kami ialah gambar kartun Ketua Pembangkang (DSAI) dan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib) yang baru sahaja selesai bertinju, dengan Ketua Pembangkang kelihatan hampa dan marah, tetapi tiada kesan tumbukan di muka atau di badan, namun PM kelihatan menggantung tangan kirinya ke bahu kerana cedera, bengkak kepala dan luka-luka badannya mungkin kerana dibelasah dengan hebatnya oleh peninju yang menentangnya, iaitu ketua pembangkang!  Namun keputusan tetap dihormati oleh Pengadil tinju itu, walau pun terkena belasah dan pukulan hebat , tetapi markah kemenangan tetap berpihak kepada PM, dan tangannya segera diangkat dalam gelanggang tinju ...

PRU: KEPUTUSAN DIPERTIKAIKAN? KENAPA?

APAKAH MASALAHNYA? Keputusan PRU ke-13 yang dipertikaikan nampaknya tertumpu kepada beberapa perkara yang berikut: 1. Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipersoalkan dan disyaki berat sebelah 2. Pengundian yang juga disyaki kedudukan kerakyatan para pengundi 3. Masalah ketika membuang undi: dakwatnya, undi berulang, undi pos dan sebagainya 4. Masalah teknikal lainnya. Akibat dari keraguan dan kesangsian ini maka telah dilakukan beberapa tindakan dan bantahan: 1. Demonstrasi dan  perhimpunan yang dinamakan Blackout 505... 2. Tuntutan supaya semua ahli SPR meletakkan jawatan 3. Diadakan Pilihan Raya semula 4. Memulaukan istiadat pertama sidang Parlimen Persoalannya : 1. Sekiranya dibubarkan SPR sekarang iaitu semua anggotanya meletakkan jawatan, mengadakan Pilihan Raya baru, apakah keputusannya akan menyebelahi PR atau BN untuk mengulangi kemenangannya? 2. Negeri-negeri yang dimenangi oleh PR dalam PRU 13 yang lalu, akan dijamin masih...

PRU: EKSPLOITASIKAN GENERASI Y?

CONTOH EKSPLOITASI GENERASI Y Caranya, mula-mula sekali mereka-rekakan sesuatu teori atau kabar angin secara berulang-ulang kali dan bersungguh-sungguh, umpamanya tentang penipuan undi PRU, dan apabila terlalu banyak hal itu disebarkan, dan ramai pula yang turut mengulang-ulangkannya melalui media sosial terutamanya, u tiub, FB, SMS dan lain-lain, maka perkabaran itu menjadi "realiti" yang seolah-olah mengandungi kebenaran. Inilah namanya "persepsi" dan malangnya persepsi ini adalah persepsi yang salah. Persepsi ini menjadi satu perkara yang meyakinkan di kalangan generasi Y kerana tabiat generasi ini ialah mempercayai berita yang didengarnya, terutamanya yang menentang "establishment" agensi dan badan-badan yang sememangnya ingin dimusuhinya. Ketika persepsi menjadi sebagai kenyataan dan kepercayaan oleh generasi tersebut, maka mereka tidak akan ragu-ragu mengambil tindakan, yang biasanya menyalahi undang-undang, berdemonstrasi, bersua...