IMPAK PRU : DALAMAN DAN LUARAN
KEPELBAGAIAN CERITA SELEPAS PRU KE-13
1. Dalam penerbangan saya dan isteri ke Auckland, New Zealand pada 11 Mei 2013 selepas selesainya PRU 13, saya sempat membaca sebuah akhbar antarabangsa yang disediakan oleh penerbangan MAS, iaitu akhbar The Global Edition of The New York Times terbitan 11 Mei 2013. Yang amat menarik perhatian kami ialah gambar kartun Ketua Pembangkang (DSAI) dan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib) yang baru sahaja selesai bertinju, dengan Ketua Pembangkang kelihatan hampa dan marah, tetapi tiada kesan tumbukan di muka atau di badan, namun PM kelihatan menggantung tangan kirinya ke bahu kerana cedera, bengkak kepala dan luka-luka badannya mungkin kerana dibelasah dengan hebatnya oleh peninju yang menentangnya, iaitu ketua pembangkang!
Namun keputusan tetap dihormati oleh Pengadil tinju itu, walau pun terkena belasah dan pukulan hebat , tetapi markah kemenangan tetap berpihak kepada PM, dan tangannya segera diangkat dalam gelanggang tinju itu juga, menandakan kemenangannya dalam peraduan itu. Namun kesakitan dan mungkin kerana kepalanya terlalu bisa, dia hanya dapat membuka mulutnya menampakkan giginya, walau pun seharusnya dia bergembira dan tersenyum lebar.
Betullah kata-kata hikmah bahawa sekeping gambar dapat memberikan ibarat dalam seribu perkataan, maka gambar ini juga tentunya banyak membawa kata-kata yang menjadi tafsiran tentang mesejnya ini. Oleh itu terserahlah kepada para pembaca mengungkapkan pentafsiran dan makna gambar kartun ini. Namun satu makna yang dapat saya simpulkan: bahawa media Barat amat sinikal dan sering mencuba untuk memalukan kita.
2. Satu berita lain yang menarik perhatian saya secara khususnya, ialah mengenai nama saya, yang telah disiarkan beritanya di dalam Utusan Malaysia keluaran 23 April 2013, kira-kira 11 hari sebelum hari mengundi PRU 13 pada 5 Mei, bahawa terdapat 1507 nama saya ISMAIL IBRAHIM dalam daftar pengundi SPR yang telah mendaftar untuk mengundi.. Kalau saya ada My Kad sebanyak 1507, maka saya akan menghabiskan hari mengundi sehari suntuk berpusing ke tempat-tempat mengundi untuk membuang undi di 1507 pusat mengundi, dan saya mungkin terpaksa menyediakan satu beg James Bond untuk mengisi semua 1507 kad pengenalan saya itu, dan menggunakan kereta Ferari untuk berpindah dari satu tempat mengundi ke tempat mengundi yang lain, sehingga selesai 1507 tempat mengundi! (Mustahil kan?).
Pengumuman ini telah dibuat oleh SPR akibat dari sungutan orang awam yang menulis dalam media sosial bahawa kononnya terdapat seorang hamba Allah yang bernama Ab Rapar Awang yang memiliki tiga kad pengenalan dan boleh mengundi di tiga tempat berbeza. Mengikut SPR memang hasil semakan mereka terdapat nama yang sama iaitu tiga nama yang sama, tetapi ketiga-tiga orang ini mempunyai nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari yang berbeza.
Demikianlah tentunya dengan 1507 nama Ismail Ibrahim, nombor kad pengenalan, cop jari dan gambarnya tentu berbeza, yang sama mungkin rambutnya yang beruban bagi kebanyakan mereka, termasuk rambut saya.
Yang menariknya nama lain tidak sampai ke angka besar seperti nama saya, contohnya Fatimah Abdullah (1401) Fatimah Ismail (1377) Ismail Ahmad (1368) dan Azizah Ahmad (1039). Amat menarik nama Ismail terpakai lagi dalam nama-nama ini. Namun yang amat saya harapkan agar Ismail Ibrahim yang senama dengan saya perlulah bertemu dan bergabung membentuk sebuah Persatuan yang boleh dinamakan Persatuan senama: Ismail Ibrahim. Mungkin saya perlu menghubungi SPR untuk mendapatkan senarai nama pengundi PRU 13 yang lepas yang sama nama dengan saya, kerana kalau saya memeriksa di pejabat pendaftaran, tentulah ribuan lagi nama Ismail Ibrahim yang tersenarai di sana dalam semua kategori Generasi, iaitu Generasi Pra Baby Boom, Generasi Baby Boom, Generasi X, Y dan Z!
Saya rasa SPR telah melaksanakan kerja yang berat dan susah ini dengan ikhlas dan amanah, oleh itu mereka tidaklah seharusnya dibelasah secara semberono saja, seperti Ketua Pembangkang membelasah PM dalam gambar yang diterakan di atas (Maaf bergurau saja sdra Anwar dan Dato Seri Najib)
Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya bersifat dengan sifat dan akhlak yang baik, malah baginda sendiri terkenal dengan sifatnya yang empat: Sidek (Benar) Amanah, Tabligh (menyampaikan ajaran yang baik kepada orang lain) dan Fathanah (berhikmah dan pintar, bijaksana). Kalau kita semua dapat mengambil iktibar dari sifat-sifat terpuji Nasbi kita ini, maka amanlah dunia kita ini.
Namun kesimpulannya, jika kita kembali kepada nama terbanyak dalam senarai SPR itu, iaitu nama saya, maka nampaknya orang Melayu amat arif dan tertarik dengan cerita Nabi Ismail dan ayahnya Nabi Ibrahim, ketika Nabi Ismail sanggup menghulurkan lehernya untuk disembelihkan oleh bapanya Nabi Ibrahim, yang saya tidak tahu adakah kami dari golongan 1507 orang ini, ada sesiapa yang sanggup menghulurkan lehernbya untuk disembelihkan oleh bapanya? .....Mungkin ada kan?
Kita memang tertarik dengan ledakan emosi dan kisah pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim itu, iaitu kita boleh bertanyakan soalan yang sama: Apakah akan terdapat bapa yang sanggup menyembelihkan anaknya demi menjalankan perintah Allah SWT? Amat menyedihkan, tetapi akhirnya ternyata bahawa yang berlaku hanyalah ujian Allah kepada manusia, dan sekiranya ditakdirkan benar-benar berlaku penyembelihan anak untuk ibadat korban itu, maka pada hari ini kita semua terpaksalah mengorbankan anak kita sendiri dengan menyembelihkannya. Hal itu tentu tidak berlaku, kerana Allah amat penyayang dan pengasih kepada hamba-hambanya....Kita saja yang kadang-kadang tidak pengasih kepada sesama kita sendiri...

Comments
Post a Comment