TPM MEMOHON MAAF
DENGARLAH UCAPAN HATI NURANI SESAMA INSAN Seringkali kita mendengar bisikan perasaan dan hati nurani yang ikhlas dari seorang terhadap seorang yang lain. Banyak kali kita membaca pengucapan yang menyentuh perasaan dan hati kecil kita di dalam akhbar, walau pun kata-kata itu hanya kita dengar dari orang yang tidak kita kenali. SMS seorang suami yang dihantar kepada isterinya memesan supaya memakan ubat sebelum si suami menemui maut akibat dari kemalangan jalan raya, amat mengusik perasaan kita. SMS itu juga memesan supaya isterinya makanlah dulu kerana dia lambat balik. Rupa-rupanya memang dia tidak kembali lagi sebagai seorang yang bernyawa. Sebelum ini seorang wanita yang menjadi mangsa tembakan ngeri dari seorang pengawal keselamatan di dalam bank, juga telah menelefon suaminya bertanyakan apakah suaminya menyangi dia? Suaminya tidak menyangka bahawa pertanyaan itu adalah merupakan pertanyaan terakhir dari isterinya, yang masih boleh disuarakan, kerana kemudiannya sua...