COMANGO
"JIKA KAMU TIDAK MALU, LAKUKANLAH APA-APA SAJA YANG KAMU MAHU"
Demikianlah sabda junjungan Rasulullah SAW kepada umatnya. Maksud "malu" di sini banyak tafsirannya, tetapi bagi saya, dalam konteks perkembangan dunia pada hari ini, termasuklah melakukan sesuatu kerana ingin mengambil hati orang lain yang tidak mahu kita berpegang kepada ajaran asasi agama atas nama "negara demokrasi" dan komitmen kepada "hak asasi manusia", yang di bincangkan di dalam UPR (Universal Periodic Review) oleh UNHRC (United Nation Human Rights Council) pada 24 Oktober yang lalu.
Tajuk berita media menyebut "....104 countries tell Malaysia to rectify UN Human Rights instrument, it has stubbornly refused, and also to drop reservations on those signed..."
Maknanya walau pun 104 negara anggota PBB menggesa Malaysia supaya mengguna pakai instrumen hak asasi manusia Bangsa-Bangsa Bersatu itu, namun Malaysia masih lagi berdegil, dan masih menolaknya...!
Negara-negara anggota PBB itu tentulah hairan dan ajaib, kerana nampaknya Malaysia amat degil dan stubborn macam orang nakal dan budak kecil! Kenapa tidak ikut sahaja apa-apa yang dikatakan oleh PBB itu. Tambahan pula dalam hal ini, Malaysia sendiri telah di keritik dan dikecam oleh NGO's (Comango) yang pergi ke sana dari negara ini sendiri, iaitu yang berjumlah 54 buah NGO semuanya! Apakah semua NGO ini tidak faham keadaan Malaysia, dan tidak sensitif kepada keadaan rakyat dan negaranya sendiri? Inilah agaknya yang difikirkan oleh para perwakilan negara-negara PBB itu, juga oleh wakil-wakil NGO's Malaysia yang turut serta dalam perjumpaan UPR di Geneva itu.
Jadi dalam keadaan ini, apakah kita harus malu kepada PBB dan sesetengah NGO kita sendiri itu, atau seharusnya kita lebih malu kepada Allah dan Rasul-Nya di dalam beberapa perkara yang dikemukakan oleh PBB sebagai menghormati hak asasi manusia, terutamanya dalam isu kebebasan umat Islam untuk murtad dan kebebasan seksualiti, serta kebebasan lain yang bercanggah dengan enekmen undang-undang dan Perlembagaan negara juga.
AFP melaporkan bahawa pada hari Sabtu semalam, ribuan orang berarak di Taiwan yang merupakan satu perarakan "gay" yang terbesar pernah diadakan di negara tersebut yang membuat tuntutan bagi kebebasan berkawin sama jenis, iaitu ketika Parlimen negara tersebut sedang membincangkan untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada dalam isu ini, yang dinggap bercanggah dengan hak kebebasan manusia.
Kalau negara di Asia seperti Taiwan boleh mengadakan perarakan besar-besaran untuk menuntut hak kebebasan seks, kenapakah Malaysia tidak boleh? Apa sangat istimewanya dengan Malaysia? Mungkin pertanyaan inilah yang hendak dikemukakan oleh NGO's kita yang menghadiri persidangan UPR di Geneva itu!
Oleh itu, walau pun terdapat sesetengah dari mereka, seperti yang diberitakan, mendakwa bahawa pemergian mereka ke Geneva bukanlah untuk meremehkan agama Islam, namun kita haruslah sedar bahawa dakwaan itu dengan sendirinya palsu, kerana desakan mereka untuk Malaysia melaksanakan keseluruhan dasar hak asasi manusia yang dikemukakan mereka di dalam UPR itu, yang terdapat percanggahan dengan ajaran agama dan undang-undang negara kita sendiri..
Dalam hal ini, bagi kita yang mempunyai prinsip dan komitmen agama, kita katakanlah sahaja kepada mereka, "Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami: Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan biarkan....!
Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mempunyai sifat malu, iaitu menjaga maruah dan jati diri sendiri, dalam menghadapi segala penyelewengan dan tekanan serta cabaran yang ingin melemahkan pegangan akidah, syariah dan akhlak kita, jadi apakah yang hendak kita malukan kepada desakan yang berniat buruk itu?
Tujuan Comango ialah hendak menjatuhkan imej positif Malaysia di luar negara, terutamanya di kalangan negara-negara Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka mungkin mempunyai agenda tertentu dan niat yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Tetapi pada lahirnya banyak perkara yang mereka kemukakan itu adalah merupakan tuduhan melulu dan tidak berasas, malah banyak perkara yang dituntut itu adalah terang-terang bercanggah dengan ajaran agama sendiri, seperti kebebasan seksual yang bukan hanya ditentang oleh Islam, malah Katholik dan Krisrian sendiri menentangnya.
Bukankah dengan itu mereka membuat tuntutan untuk menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat sekular, sungguh pun mereka menafikan hal ini?
Kita tidak harus malu kepada mereka, malah kepada dunia keseluruhannya, kerana kita lebih malu kepada Allah dan Rasul kita.
Fahamilah teks Hadis yang disebutkan di atas "...sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa-apa saja yang kamu mahu.."
Fahamilah teks Hadis yang disebutkan di atas "...sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa-apa saja yang kamu mahu.."
Comments
Post a Comment