KALIMAH ALLAH DALAM ETIMOLOGI BAHASA MELAYU


KALIMAH ALLAH : PENGGUNAAN DAN
RESAM BAHASA MELAYU
Penggunaan bahasa haruslah difahami oleh setiap orang dari segi idiomatik dan konotasinya, budaya dan seninya, Demikianlah dengan penggunaan nama Allah dalam bahasa Melayu, yang seharusnya dilihat dari segi budaya dan tradisi penggunaannya, serta tabiaat dan resam bahasa kita itu.

Bahasa Melayu banyak sekali mengambil kalimah dan istilah Arab di dalam penggunaannya, terutamanya dalam bidang agama. Namun begitu penggunaan kata-kata pinjaman Arab ini sering mengalami perubahan konsep dan maknanya apabila digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu dari segi etomologinya.

Kata pinjaman Arab "Ulamak" umpamanya telah digunakan dalam bahasa Melayu dalam bentuk tunggal (Singular - seoramg)) sedangkan kata nama itu dalam bahasa Arab adalah kata jamak (Plural- banyak) iaitu jamak dari kata tunggalnya 'Alim'. Kita sering menyebut di dalam bahasa Melayu "Dia itu ialah seorang ulamak yang terkenal" yang sekiranya hendak dibetulkan mengikut tatabahasa Arab ialah "Dia itu seorang 'alim", sebab kata "ulamak" membawa makna beberapa orang alim, kerana bentuknya adalah jamak, rujukan kepada seorang yang berilmu agama ialah - 'alim, 'ulamak ialah beberapa orang alim.  

Kata pinjaman Arab 'Alim atau Ulamak itu juga telah berubah makna dan konsepnya apabila dipakai dalam bahasa Melayu, iaitu bererti "orang yang mahir dalam ilmu agama" sedangkan maknanya  yang asal dalam bahasa Arab ialah orang yang berilmu dalam segala bidangnya, tidak semestinya hanya dalam bidang ilmu agama. Tetapi dalam resam bahasa Melayu dan budaya pemakaiannya  : 'alim atau ulamak ialah orang yang pandai dalam ilmu agama. 

Demikianlah penggunaan kata pinjaman dari bahasa lain telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu dengan mengubah konsep dan bentuk serta maknanya. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu kata pinjaman dan istilah bahasa dan kata pinjaman dalam bahasa Melayu, telah dipengaruhi oleh resam dan budaya penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Demikian juga dengan nama khas "Allah" dalam penggunaan bahasa Melayu, dari segi budaya dan resam penggunaannya bagi orang Melayu di negara kita, terutamanya apa bila nama khas "Allah" ini digunakan di Malaysia, termasuk dalam hubungannya dengan takrifan Melayu di dalam Perlembagaan yang menberikan definisi Melayu sebagai orang yang beragama Islam, maka istilah ini telah benar-benar digunakan dalam bentuk asalnya, iaitu yang membawa konsep "Allah Yang Maha Esa". Sedangkan terjemahan kata "Ilah" atau "Rabb" dan God ialah Tuhan, kerana bagi orang Melayu, kata nama Allah tidak mungkin diterjemahkan kepada kata Tuhan yang lain selain dari Allah, dalam konsep teologi dan syariahnya, iaitu Tuhan Yang Maha Esa.

Dalam konteks inilah orang Melayu di negara kita amat peka dengan penggunaan nama Allah bagi sebarang tuhan selain dari Allah, kerana Allah adalah menjelma dari pengucapan kalimah syahadah, iaitu dalam hubungannya dengan konsep tauhid bagi Tuhan yang maha esa,  Allah yang ditegaskan di dalam surah Al-Kafirun, dan di dalam banyak ayat Al-Quran yang mengkufurkan orang-orang yang mensyirikkan Allah, termasuk dalam konsep triniti ( God : the Father, the Son and the Holy Spirit). Rujuk Al-Quran surah Al-Ma'idah, ayat 72 dan 75.

Konsep Allah dalam tradisi dan resam bahasa Melayu adalah sesuatu yang amat khusus kepada makna syahadah yang kita ucapkan ketika mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, untuk benar-benar menganut agama Islam.

Tradisi penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Arab sememangnya amat lumrah dalam masyarakat Arab, Islam dan bukan Islam, hingga ke hari ini. Di dunia Arab, perkataan Allah sememangnya digunakan dalam perbualan dan komunikasi seharian, juga dalam pengucapan rasmi, malah dalam pengucapan di dalam gereja. Hal ini merupakan penggunaan bahasa yang didasari oleh budaya dan tradisi hidup mereka.

Apa bila seorang Arab Muslim bertemu dengan seorang Arab lain yang beragama Kristian umpamanya, maka mereka akan berbual tentang Tuhan dengan menggunakan kata nama Allah. Hal ini berbeza dengan budaya Melayu, malah di dalam budaya kita, pengucapan salam (Assalamualaikum) itu pun hanya kita ucapkan untuk sesama Islam, sedangkan bagi orang Arab pengucapan salam ini boleh digunakan oleh orang Islam dan bukan Islam.

Oleh itu saya merasakan, bahawa penggunaan kalimah Allah itu adalah berhubung rapat dengan budaya dan resam bahasa itu, lokasi dan daerah tempat bahasa itu diucapkan.  Hal inilah yang seharusnya dihormati oleh semua rakyat Malaysia ketika kita membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu, iaitu penggunaan kalimah Allah dalam budaya dan resam bahasa Melayu hanyalah untuk umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, menjadi seorang Muslim dalam akidah dan syariahnya.

Kalimah Allah dalam penggunaan bahasa Melayu adalah menepati konsep dan penggunaannya dari segi etimologi dan teologinya.

Comments

  1. ADAKAH MELAYU PERLU MENGORBANKAN “ALLAH” KEPADA BANGSA LAIN?

    Bangsa Melayu di Malaysia merupakan atau bangsa yang sungguh baik. Mereka banyak telah memberi pengorbanan kepada bangsa yang lain. Antara pengorbanan yang sungguh besar dan sukar dilakukan oleh bangsa yang lain adalah seperti berikut:

    1. Semasa merdeka 31 December 1957 [ 57 tahun dahulu] orang Melayu bersetuju dengan kerjaan Colonial British untuk menerima orang-orang yang datang dari Negara Cina dan India menjadi rakyat Malaysia dengan mempunyai hak yang sama seperti orang-Melayu, walaupun mereka-mereka itu sukar untuk berbahasa Melayu, adat dan agama yang lain.

    2. Juga bersetuju mengubah nama Federation of Malay States kepada Federation of Malaya. [Buang perkataan MALAY dan ganti dengan MALAYA]. Kemudiannya MALAYSIA

    3. BAHASA MELAYU di ubah kepada BAHASA MALAYSIA [Mana dia BAHASA JIWA BANGSA ? Sekarang ini orang bukan Melayu tidak mahu menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU [Jauh sekali] dalam kamus mereka. TIdakkah kita sadar mereka berkata “ I am not good in Bahasa “ I cannot speak Bahasa very well?” Sepatutnya mereka berkata “ I am not good in Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu”

    4. BENGSA MELAYU sekarang ini lebih diperkenalakan sebagai BUMIPUTERA

    5. Melayu dari Parti Islam [PAS] berkorban dengan prinsip perjuangan Islam, bersatu dengan PKR dan DAP, Bukan sahaja berkorban dengan prinsip Islam tetapi berkorban agar DIKETUAI OLEH BUKAN DARI PARTI ISLAM, dan BUKAN DARI ULAMA tetapi menerima Pimpinan dari PKR [Parti campuran Islam +Hindu +Buddha,+Christian + Jahilliah}.


    SOALNYA

    Soalnya apakah pengorbanan yang mereka telah lakukan kepada orang Melayu yang telah banyak member pengorbanan yang amat besar seperti yang dinyatakan di atas.? Nyatakan satu sahaja.

    Sekarang ini issue penggunaan perkataan “ALLAH” yang ditimbulkan. Perkara ini tidak penting bagi mereka tetap amat penting bagi orang Melayu, sepertimana yang di huraikan oleh Dr Ismail. Ini adalah soal aqidah.

    Adakah orang Melayu perlu berkorban lagi?

    Orang Melayu telah berkorban dengan NEGARA, BAHASA dan BANGSA dan AGAMA? Yang tinggal adalah “Allah” sahaja.

    Adakah perlu Bangsa Melayu mengorbankan “ALLAH” kepada mereka?.

    Soalan di atas hanya boleh dijawab sendiri oleh orang Melayu di Malaysia.


    Dari Melayu Turki Menetap di Istanbul. 3hb Rabi' al-Awwal 1435 [14.01.05]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....