TAKUT YANG TIDAK BERASAS
BENARKAH TURKI BERGOLAK? Saya menaiki pesawat MAS menuju ke Istanbul, Turki, selepas tengah malam, 24 Januari 2014. Seperti termaklum, saya pergi ke KLIA pukul 9.00 malam 24 Januari, dan bertolak meninggalkan KLIA pukul 12.30 selepas tengah malam 24 Januari itu, maknanya saya ke Istanbul jatuh pada hari Sabtu 25 Januari 2014. Sebelum bertolak ke Istanbul, saya merasa agak takut juga, kerana distinasi saya ialah Turki, sedangkan akhir-akhir ini saya melihat berita Tv antarabangsa, CNN, BBC dan Al-Jazirah sendiri banyak sekali menyaiarkan berita keganasan, demonstrasi, pertempuran antara pihak keselamatan dengan para protes semakin menjadi-jadi, dan salah satu dorongan bantahan itu ialah kerana rakyat umumnya tidak menyukai Kerajaan yang memerintah, oleh itu mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan, juga menuntut supaya Perdana Menteri dan Kerajaannya meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Saya tawakkal sahaja, sebab saya ke sana adalah...