HARI PERAYAAN ISLAM
HARI MELAKAR AZAM
Budaya dan agama menentukan sesuatu hari perayaan. Negara kita merupakan satu contoh yang unik tentang perayaan berbagai budaya dan agama.
Menyambut tahun baru Masihi merupakan perayaan bersama berasaskan budaya, sungguh pun terdapat unsur agama bukan Islam dalam perayaan tersebut.
Acheh mangharamkan perayaan menyambut hari tahun baru ini, dan menghukumnya sebagai haram dari sudut syariah Islam. Tetapi negara kita tidaklah sampai mengharamkannya dari sudut ajaran agama.
Walau pun perayaan menyambut tahun baru masihi ini tidak diharamkan dari sudut agama di negara kita, tetapi cara sambutannya dari sudut budaya kita, terutamanya oleh penganut Islam, seharusnya disemak semula dan kita tidak seharusnya berkekalan dan hanyut dengan cara tradisi lama ketika menyambut hari tahun baru ini.
Tidak ada sesuatu yang seharusnya dibanggakan dengan perayaan ini, kerana hari-hari ketibaan bulan Januari tahun baru ini, sama saja dengan ketibaan hari-hari yang lain.
Perayaan yang keterlaluan dengan pesta. konsert, keramaian, jamuan, perhimpunan dan sebagainya haruslah dielakkan. Orang tua dulu selalu mengingatkan kita, iaitu generasi saya, bahawa menjelang malam, orang-orang yang baik semuanya mulai balik ke rumah, dan semakin menjelangnya larut malam, maka orang-orang yang tidak baik sahaja yang masih berada di luar rumah.
Menjelangnya waktu maghrib, kita seharusnya telah masuk ke rumah, tutup semua pintu tingkap, sehingga nyamuk pun tidak sempat masuk ke rumah.
Yang ke surau atau ke masjid pun, menjelangnya waktu isyak, semuanya akan balik ke rumah selepas menunaikan fardhu isyak. Mungkin pada bulan Ramadhan sahaja, iaitu bulan ibadat, orang Islam berjaga untuk beribadat di surau atau di masjid.
Al-Quran pun banyak menyebut bahawa Allah SWT menjadikan malam untuk manusia berehat, dan siang untuk mencari kehidupan. Hari kebesaran Islam pun tidaklah bermula menjelangnya tengah malam. Kerana hari berikut bagi hari kebesaran Islam bermula menjelangnya maghrib (ada yang kata asar) pada hari ini. Bukan tengah malam nanti, sebab itu kita tak perlu tunggu tengah malam untuk menyambutnya. Hanya orang-orang yang tidak baik sahaja yang masih berkeliaran di luar rumah menjelangnya tengah malam, tanpa sesuatu keperluan yang sememangnya darurat.
Oleh itu apakah lazatnya menunggu tengah malam untuk membuat "count down" menyambut jam 12 tengah malam sebagai menandakan menjelangnya tahun baru yang tidak diakui oleh ajaran agama kita.
Malah untuk membuat resolosi dan azam baru bagi kita orang Islam tidak hanya dilakukan menjelangnya tahun baru, setahun sekali. Kita setiap malam apabila masuk tidur, seharusnya telah dapat membuat perhitungan bagi perbuatan dan kelakuan kita pada siang hari tadi, apakah yang baik dan yang tidak baiknya. Berazam dan berniatlah agar segala sesuatu yang hendak dilakukannya esok ialah yang baik sahaja, yang tidak baiknya akan cuba dielakkan bersungguh-sungguh.
Sebanyak lima kali sehari, iaitu selepas sembahyang waktu pun, merupakan waktu untuk menghitung diri juga. Perkataan, perilaku, adab sopan, moral dan etika, sama ada dengan diri sendiri. dengan orang lain, terutamanya dengan Yang Maha Kuasa, haruslah sering diperbaiki dan dipertingkatkan ke tahap yang sempurna mengikut akidah, syariah dan akhlak Islamiah yang sebenarnya.
Demikianlah agenda ini merupakan agenda mingguan menjelangnya hari Jumaat, bulanan, dwi atau tiga bulanan menjelangnya hari-hari kebesaran Islam yang berbilang-bilang itu, maka muhasabah diri ini boleh dilakukan.
Akhirnya agenda tahunan juga menjelang di dalam Islam, iaitu menjelangnya tahun Hijrah, Ramadhan Al-Mubarak, Hijrah Rasulullah, Israk Mikraj, dan kemuncaknya ialah muhasabah seumur hidup ketika tibanya masa mengerjakan haji di tanah suci.
Pendeknya dalam Islam, setiap hari setiap minggu dan bulan adalah merupakan saat-saat untuk merangka agenda kehidupan yang semakin baik, bukan hanya setahun sekali ketika menjelangnya tahun baru Masihi, seperti yang kita budayakan perayaan kita sekarang ini.
Islam menganjurkan kita berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna pada setiap saat dalam hidup kita.....
2014 TAHUN KRISTIAN CAMPURAN JHILLIAH ROMAN
ReplyDeleteModern Kalender yang banyak dunia mengamalkannya termasuk Malaysia asalnya dari Roman Calender jahilliah. Calender ini telah diubah suakan oleh “Pope Gregory XIII (1502 - 1585) finally reformed the Julian calendar”
Kemudiannya ianya telah diterima pakai oleh persidangan Majlis Padri-padri pada tahun 1582 “The calendar was a refinement in 1582 at the first Council of Nicaea had agreed upon…. Because the celebration of Easter was tied to the spring equinox, the Roman Catholic Church considered this steady drift in the date of Easter undesirable.”
Takwim ini yang juga di kenali sebagai “The modern calendar we are using today also known as The Gregorian calendar, also called the Western calendar and the Christian calendar” mula di guna “was adopted initially by the Catholic countries of Europe. Protestants and Eastern Orthodox countries. The last European country to adopt the reform was Greece, in 1923”
Nama-nama yang digunakan dalam menentukan bulan berasakan tuhan-tuhan jahilliah Roman seperti beikut :
A lot of languages, including English, use month names based on Latin. Their meaning is listed below.
Month Latin Origin
1. January = Januarius [Latin] =Named after the god Janus.
2. February =Februarius [Latin] =Named after Februa, the purification festival.
3. March = Martius [Latin] =Named after the god Mars.
4. April = Aprilis [Latin] = Named either after the goddess Aphrodite
5. May = Maius [Latin] = Named after the goddess Maia.
6. June = Junius [Latin] = Named after the goddess Juno.
7. July = Julius [Latin] = Named after Julius Caesar in 44 B.C.E.
8. August = Augustus [Latin] = Named after emperor Augustus in 8 B.C.E.
9. September = September [Latin] =From the word septem, seven, because it was the 7th month in the old Roman calendar.
10. October = October [Latin] = From the word octo, eight, because it was the 8th month in the old Roman calendar.
11. November = November [Latin] = From the word novem, nine, because it was the 9th month in the old Roman calendar.
12. December = December [Latin] =From the word decem, ten, because it was the 10th month in the old Roman calendar
Source:
1. Calendars Through The Ages : http://www.webexhibits.org/calendars/year-history.html
2. Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Gregorian_calendar
kESIMPULANYA APA YANG PERLU KITA LAKUKAN [PLAN OF ACTION]
1. Guna Islamic Calender mulai hari ini 1 Rabi' Al-Awal 1435
2. Jika kita masih mahu gunakan "kalender modern ini" kita perbaiki dengan menggunakan nya secara digital 03.01.14. Tidak menggunakan nama-nama tuhan jahiliyyah Roman [seperti January, ...March...]. Juga tahun 2014 kita jadikan 14 [maksud 1+4 = 5 rukun Islam yang lima].
Peringatan bersama : Saya berpendapat pengunaan Takwim Kristian yang bercampir aduk dengan Jailyyah Roaman boleh membawa kita kepada shirrik kepada Allah] WalAllah hu aklam.
DARI ISTANBUL Jumaat 1hb Rabi'Al-Awal 1435