APAKAH AGENDA UTAMA KITA?


ANCAMAN POLARISASI AGAMA YANG SERIUS DI NEGARA KITA


Biarlah apa-apa saja yang dikatakan oleh individu, atau orang-orang tertentu dalam masyarakat kita, tetapi sebuah organisasi haruslah meletakkan keutamaan agendanya ialah untuk perpaduan dan keharmonian masyarakat dan negara. Semua pihak haruslah bersedia melakukan pengorbanan demi keselamatan dan perdamaian, terutamanya dalam negara Malaysia yang aman damai selama ini.

Cukuplah segala kerisis dan pergolakan yang berlaku di dalam masyarakat dan negara dunia pada masa kini tentang pergisiran agama, terutamanya di antara Islam dan Kristian, yang menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda secara yang amat sia-sia sekali. Kita di Malaysia ini haruslah mengambil iktibar dan pelajaran, apakah kita juga mahu mencetuskan kerisis yang amat serius itu?

Biarlah apa-apa saja yang diperkatakan oleh Marina Mahathir atau Aziz Bari, biarlah apa-apa saja yang hendak dikatakan oleh DAP, PAS, UMNO atau PKR, BN dan PR malah mungkin juga sehingga mahu mengabaikan titah Sultan, tetapi organisasi, sebagai sebuah organisasi yang bertanggung jawab dan berotoriti, seperti Bible Society of Malaysia (BSM), dan sebagainya haruslah lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan, terutamanya yang merupakan gertakan dan ancaman serta ugutan terhadap perpaduan kaum dan agama, dan mengambil sikap polarisasi agama yang mengancam negara dan bangsa sendiri.

Semua orang haruslah ingat bahawa Malaysia tetaplah Malaysia, rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia, bukan Indonesia, Mesir, Iran, Amerika Syarikat, Britain, Eropah atau lain-lain, kita punya formula keamanan sendiri, identiti dan jati diri sendiri, pedulikan apa-apa yang orang lain kata selagi kita tidak menganggu orang lain dan negara lain.

Kenapa ketika kita mengambil sikap polarisasi agama, etnik dan politik, kita harus merujuk kepada orang lain, yang belum kita tahu lagi niat dan tujuan mereka yang nyata atau tersembunyi? Kenapa sesetengah media sering membiarkan dirinya terperangkap  dalam jerat orang asing dalam proses menanamkan rasa benci dan marah serta emosi melampau terhadap negara ini sendiri? 

Saya amat menyanjung sikap Pastor Kam Sian Yee dari Grace Assembly Klang yang pada tahun 2011 tanpa segan silu memberikan kenyataannya bahawa perkahwinan sejenis Rev Ou Yang Wen Feng yang dicadangkan akan diadakan di Malaysia tidak seharusnya dibenarkan.

"His behaviour is not only abnormal. it is a sin in Christianity" tegasnya ketika menyuarakan pandangannya "Homosexual parents would bring up their children to think that their behaviour is normal"  sambungnya. 

Sungguh pun kes yang saya sebutkan di atas itu agak berbeza dengan kes perkahwinan sejenis ini, namun semangat penganut dan ketua agama Kristian yang sanggup mendampingi budaya dan ajaran agama di Malaysia ini haruslah diberikan pujian. 

Inilah sikap dan semangat pengorbanan yang seharusnya ditunjukkan oleh ketua-ketua agama di Malaysia ini.




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....