TAKUT YANG TIDAK BERASAS

BENARKAH TURKI BERGOLAK?

Saya menaiki pesawat MAS menuju ke Istanbul, Turki, selepas tengah malam, 24 Januari 2014. Seperti termaklum, saya pergi ke KLIA  pukul 9.00 malam 24 Januari, dan bertolak meninggalkan KLIA pukul 12.30 selepas tengah malam 24 Januari itu, maknanya saya ke Istanbul jatuh pada hari Sabtu 25 Januari 2014.

Sebelum bertolak ke Istanbul, saya merasa agak takut juga, kerana distinasi saya ialah Turki, sedangkan akhir-akhir ini saya melihat berita Tv antarabangsa, CNN, BBC dan Al-Jazirah sendiri banyak sekali menyaiarkan berita keganasan, demonstrasi, pertempuran antara pihak keselamatan dengan para protes semakin menjadi-jadi, dan salah satu dorongan bantahan itu ialah kerana rakyat umumnya tidak menyukai Kerajaan yang memerintah, oleh itu mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan, juga menuntut supaya Perdana Menteri dan Kerajaannya meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

Saya tawakkal sahaja, sebab saya ke sana adalah kerana menjalankan tugas akademik, untuk bertemu Profesor di universiti.

Tiba di lapangan terbang Istanbul pada pukul 6 pagi waktu Turki, 25 Januari,  waktu Malaysia ialah 12 tengah hari.

Tiba di Lapangan Terbang waktu subuh baru saja masuk dan saya menuju ke surau berjemaah. Rupa-rupanya penduduk Turki yang sering dikatakan sekular itu, ramai pula yang besembahyang.

Selesai sembahyang subuh saya dibawa ke tempat penginapan saya, melalui bandar dan tempat yang dikatakan sering bergolak dengan demonstrasi dan yang sering berlaku pertempuran diantara para protes dan askar serta polis kerajaan, yang digambarkan berita kononnya Turki tidak lagi aman!

Tetapi semuanya nampak aman damai, sunyi sepi tanpa ternampak sebarang kekacauan dan konfrantasi yang sering diberitakan di dalam siaran TV antarabangsa itu.

Bila saya bertanya orang-orang yang saya kenali, maka jawab mereka bahawa mereka sendiri jarang atau tidak langsung mengetahui tentang berita kekacauan itu, malah tidak pernah melihatnya.

Kata mereka bahawa semuanya itu hanya berita yang dibesar-besarkan untuk memberikan gambaran kepada dunia bahawa rakyat Turki tidak suka kerajaan yang cenderung kepada Islam sekarang ini, malah seolah-olah seluruh Turki berada dalam pergolakan ini dan banyak sudah rakyat yang terkorban kerana kekejaman Kerajaan dan pasukan keselamatannya, kononnya!

Saya merasakan bahawa memang terdapat kebenaran dalam percakapan rakyat Turki ini sendiri, kerana  Turki sebenarnya tidak mengalami keresahan dan kekecohan seperti yang cuba digambarkan oleh media Barat dan Yahudi itu. Malah terkadang-kadang memanglah terdapat beberapa kegelisahan yang ditimbulkan oleh para pengacau politik dan samseng jalanan, yang akan pergi berkumpul mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan yang kelihatannya ganas. Tetapi kejadan itu hanyalah peristiwa terpencil melibatkan bilangan orang yang sedikit sahaja.

Saya teringat beginilah juga sebenarnya gambaran media itu terhadap kekacauan yang berlaku di negara-negara Islam lainnya, khususnya di Timur Tengah, yang kelihatannya seolah-olah seluruh pelosok negara itu berada dalam pergolakan dan pemberontakan.

Perang psikologi ini sebenarnya dijadikan senjata oleh golongan zionis dan kuncu-kuncunya di Barat untuk menggambarkan ketidak setabilan negara-negara Islam pada masa kini.

Sungguh pun terdapat pergolakan yang berlaku di dalam negara-negara Islam sekarang ini, tetapi gambaran yang diberikan adalah agak keterlaluan. dan kadang-kadang pemberitaan ini menjadi tekanan kepada masyarakat antarabangsa bagi menjustifikasikan kuasa asing supaya segera bertindak masuk campur dalam urusan dalam negara itu.

Hal ini bagaimana pun tidak kita nafikan wujudnya pergolakan di dalam negara-negara Islam sekarang ini, kerana memang dunia Islam mengalami pergolakan dan peperangan sesama sendiri yang memakan korban nyawa yang banyak. 

Sebenarnya kejatuhan dunia Islam ke dalam kancah peperangan dan pembunuhan ini pun sering merupakan manifestasi gerakan zionisme dan penjajahan Barat yang ingin melihat negara Islam berada dalam kerisis dan pergolakan. Oleh itu negara Islam yang masih aman dan sedang berusaha untuk menegakkan agama Islam, maka negara itu akan dijadikan sasaran oleh golongan tersebut supaya dapat diperangkap ke dalam jerat golongan yang anti Islam itu, dan gerakan ini sering menggunakan orang Islam sendiri sebagai tali barut bagi memecah belahkan masyarakat dan kerajaan itu.

Gambaran tentang Turki yang bergolak dan kononnya sedang menuju kehancuran itu pun mungkin mempunyai unsur sabotaj melalui media yang amat besar kesannya kepada pemikiran dan persepsi rakyat, termasuk pandangan dunia umumnya.
Saya berada beberapa hari di Turki, alhamdulillah, saya merasa aman, dan tidak pula melihat kereta perisai atau lori askar, PRU Turki (!) yang menggunakan peluru getah atau tembakan air, dan tidak pula kelihatan para perusuh itu.
Yang saya alami hanyalah suhu sejuk melampau, hingga menggigil bibir mulut.
Itulah permainan kotor pihak musuh kita di mana-mana saja, termasuk di negara kita juga.. 

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....