Posts

Showing posts from March, 2014

KEHILANGAN MH370

KEHILANGAN MH370 Kehilanganmu amat menyakitkan Menggigit tulang belulang Memamah segala jasad, jiwa raga dan hati nurani Dalam jasmani, rohani dan hati sanubari Dunia ini terasa amat sepi dan sunyi malah ngeri dan menakutkan kami menjadi hamba emosi dan kebuntuan hati fikiran  ingin berlari melompati sempadan bumi seram ini menjadi mangsa bisikan iblis dan syaitan Namun cahaya Mu ya Allah yang menyelamatkan kami memberikan sakinah dan tamakninah merempun onak-onak duri getir ini dengan iman, amal, doa dan tawakal Kamu lah ya Allah Pelindung dan Penyelamat Kamu lah ya Allah yang berfirman  "Allah tidak membebankan seseorang kecuali yang mampu ditanggungkannya" Maka akan kami pasrah menanggung segala ujian dan dugaan ini sehinggalah datang segala pertolongan Mu Wahai Allah Maha Penyayang dan Pengampun Ya Rahman ya Raheem 25 Mac 2014 Ismail Ibrahim

KEHILANGAN MH 370

MINGGU DEMI MINGGU MH 370 Minggu demi minggu berlalu Entah di mana kau berada Tanpa suara tanpa berita Yang pastinya  kau tentulah di tangan Tuhan mu Allah Azza wa jalla Dialah yang paling  berkuasa ketika burung-burung melebarkan sayapnya  berterbangan di angkasa maka Dia lah Tuhan Maha Kuasa  menatang dan menahannya di awang-awangan MH 370 biarlah kau juga  berada di dalam perlindungan Nya  walau di mana saja kau melayang di bumi mana sekali pun kau mendarat Allah yang menentukannya 24 Mac 2014 Ismail Ibrahim =======================================

MH370: DALAM ILMU ALLAH

                                    DALAM ILMU ALLAH Ya Allah Tuhan Maha Kuasa Hanya Engkau yang Maha Mengetahui Dan  Engkaulah yang berfirman "Tidak seorang pun yang tahu: Apakah yang akan di diperolehinya esok Atau di bumi mana kah ia akan menemui kematiannya?" Amat benarlah firman Mu Wahai Allah  Lantaran itu Kurniaan rezeki Mu sering tidak menentu Kematian hamba Mu juga tidak tahu di mana Bumi mana  Lautan mana di bukit atau gunung belantara  di udara atau di dalam lautan semuanya dalam ilmu dan takdir Mu Demikianlah takdir Mu menentukan Kemana kah perginya insan-insan itu  Bersama MH 370? Namun takdir Mu yang merencanakan apakah yang akan berlaku esok hari kepada kami atau kepada mereka warga MH 370 Ismail Ibrahim  24 Mac 2014 11.22 malam =======================         ...

LAGI KHURAFAT

MH 370 PADA IMAM MAHDI? Semakin lama pencarian MH 370 tidak berakhir, maka selama itulah akan timbul berbagai-bagai andaian dan ramalan, terutamanya yang merupakan telahan yang tidak masuk akal fikiran, malah besar kemungkinan bercanggah dengan ajaran agama Islam sendiri. Berita terakhir, yang mungkin pertama kalinya timbul dalam negara kita, malah mungkin juga di dunia antara bangsa juga pada hari ini tentang kehilangan MH 370 tersebut, ialah sebuah berita dalam bahasa Arab yang dikirimkan kepada saya "Bahawa pesawat tersebut bersama-sama semua para penumpangnya kini berada di kayangan Al-Imam Al-Mahdi, kerana Imam ini amat murka kepada mereka, juga kepada Kerajaan Malaysia. Pesawat itu akan terus menerus berada di sana sehingga Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada semua orang Syi'ah" Kenyataan ini adalah dikeluarkan oleh Pejabat Al-Imam Al-Shirazi, yang tidak akan saya berikan sebarang komen. Saya hanya mengemukakan hal ini kepada masyarakat Malaysia,...

MAS - PESAWAT KESAYANGAN DUNIA

PAKAIAN PRAMUGARI MAS DAH BERTUKAR...? MAS adalah pesawat kesayangan dunia, kerana ketika usaha mencari pesawat MH 370 ini, sebahagian besar negara dunia  telah sanggup menghulurkan bantuan kebendaan dan peralatan, selain dari rasa simpati dengan kita.... Hal ini membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sahabat bagi seluruh negara dunia, dari kalangan mana sekali pun, iaitu dari dunia Islam, ke dunia Asia, Eropah dan Amerika, (dan Russia juga). Saya rasa semua rakyat Malaysia lebih sayang lagi kepada pesawat negara ini, dan ketika dalam kerisis kehilangan pesawat yang menyedihkan ini, semuanya bersimpati dan berdoa untuk keselamatannya. Dalam keadaan genting inilah semua rakyat beralih kepada agama, terutamanya umat Islam, memalingkan permohonan kepada Allah SWT, berdoa, bersembahyang hajat, bermunajat dan memohon segala-segalanya dari Allah ketika mengiringi usaha yang sedang dilakukan oleh masyarakat negara kita dan antarabangsa untuk  membantu M...

DALAM PERJALANAN

SESUDAH TIGA HARI MENCARI.... Demikianlah keseluruhan tajuk berita akhbar yang sempat saya lihat ketika menunggu pesawat MAS yang akan membawa saya ke Kuching jam 3.40 nanti, kira-kira 45 minit lagi.  Memang telah tiga hari pesawat MAS hilang dari udara ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan hingga saat ini tidak terdapat sebarang berita yang sahih tentang kedudukan dan nasib pesawat itu berserta penumpang dan kakitangannya. Ketika keadaan yang kusut dan penuh kehairanan ini, maka akan muncullah segala kepelbagaian andaian dan teori, atau cerita-cerita rekaan tentang nasib pesawat dan para penumpangnya. Sepatutnya media utama yang bertanggung jawab tidaklah seharusnya memberikan pablisiti murahan dengan tajuk berita mengenai unsur khayalan dan khurafat yang ditimbulkan oleh orang yang menggelarkan diri mereka bomoh, atau yang mendakwa diri mereka sebagai pengamal perubatan tradisional, apa lagi perubatan Islam....maka akibatnya orang ramai terba...

APABILA TIBA MASANYA

SATU TAKDIR MENIMPA PESAWAT DIANGKASA Ratusan atau mungkin ribuan pesawat kecil dan besar terbang di angkasa setiap hari membawa ratusan ribu penumpang dan cargo. Tetapi apabila sebuah sahaja ditimpa kemalangan, hilang dari udara tanpa mendarat di mana-mana, maka kesimpulannya ialah pesawat itu telah terhempas, jatuh ke dalam dasar lautan, ke dalam hutan belantara, ke tengah-tengah padang pasir dan sebagainya.  Sebuah sahaja pesawat terbang yang kemalangan, maka jutaan penghuni di atas muka bumi ini yang mengetahuinya dalam masa yang singkat, terutamanya dalam era taknologi maklumat yang canggih sekarang ini, dan apabila dunia menjadi kecil, sebagai sebuah perkampungan yang tidak bersempadan. Pengangkutan yang paling selamat selama ini untuk perjalanan jauh dan dekat ialah pesawat terbang dibandingkan dengan pengangkutan darat dan mungkin juga pengangkutan lautan yang sering menemui kemalangan dan memakan korban di seluruh dunia dengan banyaknya. Tetapi apabila kemal...