DALAM PERJALANAN
SESUDAH TIGA HARI MENCARI....
Demikianlah keseluruhan tajuk berita akhbar yang sempat saya lihat ketika menunggu pesawat MAS yang akan membawa saya ke Kuching jam 3.40 nanti, kira-kira 45 minit lagi.
Memang telah tiga hari pesawat MAS hilang dari udara ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan hingga saat ini tidak terdapat sebarang berita yang sahih tentang kedudukan dan nasib pesawat itu berserta penumpang dan kakitangannya.
Ketika keadaan yang kusut dan penuh kehairanan ini, maka akan muncullah segala kepelbagaian andaian dan teori, atau cerita-cerita rekaan tentang nasib pesawat dan para penumpangnya.
Sepatutnya media utama yang bertanggung jawab tidaklah seharusnya memberikan pablisiti murahan dengan tajuk berita mengenai unsur khayalan dan khurafat yang ditimbulkan oleh orang yang menggelarkan diri mereka bomoh, atau yang mendakwa diri mereka sebagai pengamal perubatan tradisional, apa lagi perubatan Islam....maka akibatnya orang ramai terbawa-terbawa dengan pandangan mereka bahawa pesawat itu berada di sana atau di sini, tergantung di alam ghaib...dan sebagainya.
Apakah dalam hal yang serius dan dalam keadaan diantara mati dan hidup ini akan muncul lagi segala dongengan dan ajaran karut marut yang ditonjolkan oleh manusia yang bernama orang Islam?
Kita telah dapat membuktikan kepada dunia tentang negara kita yang mempunyai kesefahaman diantara etnik dan kaum, bangsa Malaysia dan hubungan antarabangsa, dari segi penumpang MAS yang terdiri dri kepelbagaian etnik dan bangsa, malah dari segi perhubungan dengan negara-negara luar yang begitu banyak sekali bersimpati dan menolong kita, maka apakah dalam senario ini kita akan menonjolkan bomoh dan pak dukun kita itu, yang hanya menymbangkan kepada kejatuhan imej Islam itu sendiri.
Kita berdoa dan bersolat, berjemaah dengan kyusuk dan tawaduk, beramai-ramai mendirikan solat memohon pertolongan Allah sambai terus menerus berikhtiar dan berusaha, maka hal ini sudah mencukupi untuk menunjukkan keimanan dan komitmen kita kepada Tuhan kita, dan apakah dicelah-celah amalan ini kita akan menoleh kepada amalan dan cerita bomoh dan dukun?
Media dan orang ramai tidak seharusnya menjadikan tinddakan dan kelakuan itu sebagai penglipur lara dan bahan ketawa serta omong=omong penglipur lara. Masa dan keadaan ini bukan masanya bermain-main dengan khurafat dan keajaiban yang palsu.Harap hal ini segera dibenteraskan.

Ketika menunggu penerbangan ini, saya melihat para penumpang yang akan berangkat menaiki pesawat, berkeadaan tenang dan damai sahaja, kecuali beberapa wajah yang kelihatan agak gusar dan sesetengahnya muram atai gugup, mungkin kerana sedang memikirkan tentang perjalanan yang akan ditempuhinya.
Bagaimana pun bagi orang yang beriman maka mereka sentiasa yakin akan kuasa Allah dan akan meneruskan proses bagi menjalani kehidupan mereka di dunia ini penuh komitmen kepada Maha Pencipta dan kuasa-Nya.
Dunia ini berpusing dan berubah mengikut sunnatullah, peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan Allah, apa bila Allah memerintahkan sesuatu supaya berlaku dan terjadi, maka hal itu akan berlaku dan terjadi mengikut ketetapan Allah.
Kita menjalani hidup ini sebagai orang yang sedang musafir. Maka dalam perjalanan itu, akan kita tempuhi berbagai-bagai peristiwa suka duka, susah dan senang, membangkitkan gelak ketawa, atau menitiskan air mata. Kita juga bertemu duri dan onak, bunga-bungaan dan taman yang indah dan menghiburkan, cuaca panas dan dingin, serta berbagai-bagai keadaan lain yang merupakan warna-warna hidup di muka bumi ini.
Malaysia akan terus tenang dan damai pada perasaan saya, kerana pada umumnya Malaysia mempunyai penghuni yang rata-ratanya percayakan Tuhan dan beragama, yang mengetahui bahawa dalam menjalani kehidupan ini mereka akan menghadapi segala pahit manis kehidupan, maka mereka akan meneruskan kehidupan ini dengan penuh tabah.
Dunia ini akan terus berpusing dan semuanya akan berjalan menuju distinasinya, termasuk pesawat MAS, kerana semua kita ini adalah dalam perjalanan, dan distinasinya ialah alam akhirat yang akan tiba nanti.
Selagi distinasi akhir ini belum tiba maka kita akan meneruskan perjalanan kita mengikut sunnatullah yang telah ditentukan.
Comments
Post a Comment