Tuesday, March 25, 2014

KEHILANGAN MH 370




MINGGU DEMI MINGGU

MH 370
Minggu demi minggu berlalu
Entah di mana kau berada
Tanpa suara
tanpa berita
Yang pastinya 
kau tentulah di tangan Tuhan mu
Allah Azza wa jalla

Dialah yang paling  berkuasa
ketika burung-burung melebarkan sayapnya 
berterbangan di angkasa
maka Dia lah Tuhan Maha Kuasa
 menatang dan menahannya di awang-awangan

MH 370
biarlah kau juga 
berada di dalam perlindungan Nya 
walau di mana saja kau melayang
di bumi mana sekali pun kau mendarat
Allah yang menentukannya

24 Mac 2014
Ismail Ibrahim

=======================================

Pageviews last month