MH370: DALAM ILMU ALLAH
DALAM ILMU ALLAH
Ya Allah Tuhan Maha Kuasa
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Dan
Engkaulah yang berfirman
"Tidak seorang pun yang tahu:
Apakah yang akan di diperolehinya esok
Atau di bumi mana kah ia akan menemui kematiannya?"
Amat benarlah firman Mu Wahai Allah
Lantaran itu
Kurniaan rezeki Mu sering tidak menentu
Kematian hamba Mu juga tidak tahu di mana
Bumi mana
Lautan mana
di bukit atau gunung belantara
di udara atau di dalam lautan
semuanya dalam ilmu dan takdir Mu
Demikianlah takdir Mu menentukan
Kemana kah perginya insan-insan itu
Bersama MH 370?
Namun takdir Mu yang merencanakan
apakah yang akan berlaku esok hari kepada kami
atau kepada mereka warga MH 370
Ismail Ibrahim
24 Mac 2014
11.22 malam
=======================
JUMAAT KE JUMAAT
Jumaat ke Jumaat
Sabtu ke Sabtu
Ahad, Isnin, Selasa dan seterusnya
Masa berlalu pantas bagi orang lain
Tetapi tidak bagi warga MH 370
Mereka kepanasan dalam bara api
Kedinginan dalam salju tebal
Kelemasan dalam banjir air mata
Kematian dalam pernafasan.
Jumaat ke Jumaat
Sabtu ke Sabtu
seterusnya hari demi hari
minggu ke minggu
Tuhan ku Ya Allah
Maha Berkuasa
Maha Bijaksana
Bilakah lagi
Menjelangnya Sabtu 8 Mac 2014
Ketika semuanya bahagia
senyum ketawa
semuanya bernafas dan bernyawa
Ya Rahman, Ya Raheem
Ismail Ibrahim
22 Mac 2014
=============================
PERSAUDARAAN
Maha Suci Tuhan Yang Maha Mengetahui
Allah Azza Wa Jalla
Yang mencipta manusia
Serba golongan, kaum dan bangsa
seribu bahasa dan warna kulit
.
Ketika kami tenggelam dalam kehibaan
kecemasan dan kebingungan
mencari dan menyelamat kemegahan negara
warga serta tamu kami
Tiba-tiba Kamu datangkan pertolongan
dari negara hujung dunia
Amerika, Kanada, Australin, China
dari jiran tetangga Indonsesia, Singapura dan Filipina
India, New Zealand dan lainnya
Semuanya bersaudara
bersimpati dan berduka
serentak bersuara dalam sepi
"Ayuh, mari kita cari dan selamatkan mereka!"
serentak bersuara dalam sepi
"Ayuh, mari kita cari dan selamatkan mereka!"
Maka firman Mu menjadi kenyataan
bahawa kepelbagaian bangsa dan kaum
umat dan suku, warna kulit dan bahasa yang berbeza
Kini semuanya menghulurkan talian mesra dan persaudaraan
Kamu jadikan manusia
berbagai qabilah dan suku bangsa
pelbagai kaum dan jenis
untuk beermesra, bertolongan
Sesungguhnya benar dan nyatalah Firman Mu
Ya Allah Ya Rahman
oleh itu
Kepada Mu Ya Allah
kami benar-benar beriman
memohon pertolongan
selamatkan MH 370
Ya Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Ismail Ibrahim
21 Mac 2014
============================
Comments
Post a Comment