LAGI KHURAFAT

MH 370 PADA IMAM MAHDI?

Semakin lama pencarian MH 370 tidak berakhir, maka selama itulah akan timbul berbagai-bagai andaian dan ramalan, terutamanya yang merupakan telahan yang tidak masuk akal fikiran, malah besar kemungkinan bercanggah dengan ajaran agama Islam sendiri.

Berita terakhir, yang mungkin pertama kalinya timbul dalam negara kita, malah mungkin juga di dunia antara bangsa juga pada hari ini tentang kehilangan MH 370 tersebut, ialah sebuah berita dalam bahasa Arab yang dikirimkan kepada saya "Bahawa pesawat tersebut bersama-sama semua para penumpangnya kini berada di kayangan Al-Imam Al-Mahdi, kerana Imam ini amat murka kepada mereka, juga kepada Kerajaan Malaysia. Pesawat itu akan terus menerus berada di sana sehingga Kerajaan Malaysia memohon maaf kepada semua orang Syi'ah"

Kenyataan ini adalah dikeluarkan oleh Pejabat Al-Imam Al-Shirazi, yang tidak akan saya berikan sebarang komen.

Saya hanya mengemukakan hal ini kepada masyarakat Malaysia, agar berita ini tidak dipergunakan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk mengelirukan pemikiran dan persepsi orang ramai, terutamanya umat Islam di negara kita ini.

Fikir-fikirkanlah pihak yang bertanggung jawab teentang hal ehwal Islam di negara kita sama ada akan melayan berita ini atau pun tidak.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....