Posts

Showing posts from 2018

MEMBUKA LAMBARAN BARU BLOG 2019

NILAI-NILAI BERSAMA UNTUK SEMUA Mendengar ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, pada 31 Julai 2018 yang lalu, di hadapan sekumpulan para cendiakawan Islam di pejabatnya, mengingatkan kembali   ke tahun 1991 ketika Perdana Menteri yang sama ini memanggil penulis ke pejabatnya dan menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Intipati penjelasan beliau tentang Islam dan konsep sarwajagatnya masih sama , iaitu Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, merangkumi kehidupan dunia dan akhirat, tidak hanya tertumpu kepada ibadat dan fardhu ain semata-mata. Bagaimana pun, kelainan suasana dan perbincangan yang terbaru ini sahaja yang amat terasa, ketika dalam pertemuan ini, beliau dilanda emosi semasa sedang menyampaikan perutusannya itu, sehingga kelihatan sebak dan tidak mampu meneruskan ucapannya, lalu YB Menteri Mujahid Yusuf, sebagai Pengerusi perjumpan, terpaksa menenangkan keadaan dengan meneruskan perbincangan. Pertem...

PERLU KEPUASAN BERSAMA

Top of Form Kes Indira Gandhi dan keputusan mahkamah tentang kes ini minggu lepas berlaku dengan baik di negara kita. Umat Islam Malaysia termasuk dalam kategori umat yang rasional,tenang dan toleransi yang tinggi. Sebab itulah tidak berlaku sebarang tindakan yang ganas dan emosional seperti yang berlaku di sebahagian besar negara lain masa kini. Maka kita haruslah mempertahankan budaya dan tradisi Melayu Islam yang amat ideal ini, dan semoga semua kalangan masyarakat menghormati tindakan ini. Namun jauh di sudut hati sebahagian besar insan yang bertamadun dan penyabar ini mereka amat berharap agar terdapat ruang perundangan dan Perlembagaan negara yang berteraskan kekuasaan DYMM Raja2 Melayu serta Perlembagaan negara, maka kes   ini dapat di usahakan supaya ianya dapat di putusakan secara yang lebih berpijak di bumi nyata di tanah air dan negara ini, serta budaya mereka semua... Usaha perundangan dan adat resam di negara pusaka ini haruslah juga di raikan dalam membu...

POLITIK DAN AGAMA

Politik ialah satu disiplin ilmu ciptaan manusia untuk pemerintahaan dan kerajaan yang mempuyai sistem yang terbaik. Agama ialah dasar kepercayaan dan amalan manusia berpandukan sistem ketuhanan, dan bagi Islam ialah ketuhanan yang maha esa, Allah SWT. Dua disiplin ilmu ini haruslah di fahami dengan baik untuk membina kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan akhirat bagi kita umat Islam, atau kehidupan dunia yang harmoni bagi berbagai etnik  manusia dari kepelbagaian agama, atau yang tidak bertuhan. Politik menjadi rosak apabila orang yang mengamalkannya bersikap taksub melulu, dan bagi manusia zaman ini yang menubuhkan parti politik, maka kepincangan politik ialah kerana pengamalnya terlalu partisan, dan taksub kepartian melulu. Politik dan agama seharusnya berdasarkan kejujuran, nilai2 murni akhlak dan moral yang baik, memahami tentang dasar agama berkaitan dengan keadilan, amanah, tanggung jawab, dan mempraktikkan nilai moral yang baik. Pengamal politik ...

KABAR DARI NEGARA KU

Image
KABAR DARI NEGARA KU Alhamdulillah. Kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nekmat dan kebahagiaan hidup serta kepuasan rohani yang sedang kita kecapi. Syukur. Namun kita juga insaf dan sedar akan kesengsaraan dan kepahitan hidup yang melanda masyarakat dan orang ramai, sama ada disedari atau tidak di sedari. Kita membaca berita dari Nibung Tebal hari ini (Jumaat 2 Februari 2018) betapa sedihnya hati ibu bapa dan keluarga serta semua yang mengetahuinya bagai mana seorang pelajar perempuan, berumur 14 tahun, telah mengambil nyawanya sendiri, dengan menggantungkan dirinya di dalam bilek, kerana menghadapi tekanan apa bila dia di tuduh mencuri telefon bimbit gurunya di sekolah. Amat menyedihkan pula membaca berita bagaimana mayat seorang bayi yang baru di lahirkan di jumpai di luar sebuah masjid di Jitra berbalut kain batik. Dari Seremban di beritakan bahawa orang ramai tidaklah harus membuat spekulasi sendiri tentang kematian dua orang guru ...

PELIHARA NILAI AKHLAK

Saya teringat ramai orang berpesan "Jangan masuk politik kerana politik tidak bermoral" Tetapi saya jawab balik bahawa politik ada nilai moral, kerana sistem pemerintahan dan kerajaan.  Kini baru saya sedar bahawa politik kotor bukan hanya gambaran malah nyata berlaku. Politik kata nista, umpatan, malah hingga maki hamun, seperti yang diamalkan oleh anak-anak muda, amat berleluasa sekali. Selain dari itu banyak pembohongan dan dusta, penipuan dan penyelewengan yang dilakukan Saya fikir biarlah hal itu berlaku, kerana sesiapa yang masuk politik, akan sentiasa menjadi taksub kepartian, dan taksub atau fanatik itu akan memuncak menjadi taksub melampau. Maka orang yang terlalu partisan dan taksub melulu, akan melakukan apa saja yang sesuai dengan nafsu dan seleranya. Cuma yang menjadi masalah ialah kerana segala kekacauan dan segala macam konfrontasi ini telah tersibar dengan luas, boleh dibaca di mana-mana, di dengar dan di tonton, kata nista yang biadab dan melanggar ada...

Politik Secara Profesional

Politik merupakan sistem pengurusan kerajaan yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh ahli politik, malah oleh setiap warga negara. Politik adalah satu permainan yang amat berkesan kepada pembentukan pemerintahan negara dan urusan rakyat sekiranya di mainkan oleh tokoh yang profesional. Tetapi sekiranya para pemain dan ahli politik bermain politik secara tidak profesional, maka politik akan menjadi satu permainan yang kotor. Fahaman yang kedua inilah yang sering dibicarakan ketika orang ramai becakap tentang politik, dalam erti kata politiking dan mempolitikkan satu perkara dengan sempit tanpa etika, tanpa nilai yang baik. Orang yang seharusnya berpegang kepada nilai-nilai yang baik, terutamanya dari segi moral dan etika, akan terjebak dalam politik kotor dan melampau ini sekiranya orang itu menjadi terlalu taksub kepartian, atau partisan melampau, yang menganggap bahawa parti politik yang diceburinya itulah sahaja yang baik seratus peratus, sedangkan parti politik musuhnya poli...