PERLU KEPUASAN BERSAMA




Top of Form

Kes Indira Gandhi dan keputusan mahkamah tentang kes ini minggu lepas berlaku dengan baik di negara kita. Umat Islam Malaysia termasuk dalam kategori umat yang rasional,tenang dan toleransi yang tinggi. Sebab itulah tidak berlaku sebarang tindakan yang ganas dan emosional seperti yang berlaku di sebahagian besar negara lain masa kini. Maka kita haruslah mempertahankan budaya dan tradisi Melayu Islam yang amat ideal ini, dan semoga semua kalangan masyarakat menghormati tindakan ini.

Namun jauh di sudut hati sebahagian besar insan yang bertamadun dan penyabar ini mereka amat berharap agar terdapat ruang perundangan dan Perlembagaan negara yang berteraskan kekuasaan DYMM Raja2 Melayu serta Perlembagaan negara, maka kes  ini dapat di usahakan supaya ianya dapat di putusakan secara yang lebih berpijak di bumi nyata di tanah air dan negara ini, serta budaya mereka semua... Usaha perundangan dan adat resam di negara pusaka ini haruslah juga di raikan dalam membuat sebarang pentafsiran undang2 negara, supaya keputusan itu lebih berpijak kepada realiti masyarakat majoriti yang amat sebati dengan agama Islam..

Sementara itu, kerelaan umat Islam menerima keputusan ini seperti yang diputuskan oleh mahkamah juga, menunjukkan bahawa  umat Islam menghargai perasaan sesama rakyat mereka yang berbilang agama dan kaum, disamping menghargai dan mengharapkan agar perasaan mereka juga dihormati oleh rakyat senegara.

Sementara itu umat Islam haruslah  tetap terus bertenang dan berhikmah di samping menaruh harapan tinggi agar satu penyelesain dapat dikecapi bersama secara yang aman dan damai, demi kepentingan rakyat dan negara kita yang harmoni ini….




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....