KABAR DARI NEGARA KU
KABAR DARI NEGARA KU
Alhamdulillah. Kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nekmat dan kebahagiaan hidup serta kepuasan rohani yang sedang kita kecapi. Syukur.
Namun kita juga insaf dan sedar akan kesengsaraan dan kepahitan hidup yang melanda masyarakat dan orang ramai, sama ada disedari atau tidak di sedari.
Kita membaca berita dari Nibung Tebal hari ini (Jumaat 2 Februari 2018) betapa sedihnya hati ibu bapa dan keluarga serta semua yang mengetahuinya bagai mana seorang pelajar perempuan, berumur 14 tahun, telah mengambil nyawanya sendiri, dengan menggantungkan dirinya di dalam bilek, kerana menghadapi tekanan apa bila dia di tuduh mencuri telefon bimbit gurunya di sekolah.
Amat menyedihkan pula membaca berita bagaimana mayat seorang bayi yang baru di lahirkan di jumpai di luar sebuah masjid di Jitra berbalut kain batik.
Dari Seremban di beritakan bahawa orang ramai tidaklah harus membuat spekulasi sendiri tentang kematian dua orang guru yang di katakan telah membunuh diri.Memang ada kejadian membunuh diri, tetapi sedang di siasat puncanya.
Berita dari Port Dickson pula ialah tentang seorang bapa yang di tuduh mendera anak perempuannya berumur sembilan tahun sehingga meninggal yang mungkin membawa kepada tuduhan membunuh kerana dari pemeriksaan mayatnya terdapat kecedaraan.
Di Kota Kinabalu seorang lelaki melompat ke atas bumbung sebuah kereta yang sedang bergerak di bulatan Likas telah di tangkap polis dan di dapati positif dadah, malah rekodnya menunjukkan dia pernah melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah dalam tahun 1999 dan di penjarakan di Simpang Renggam selama setahun.
Disamping itu agak menggelikan hati juga ketika membaca berita dari Pulau Pinang, apabila terdapat beberapa orang yang jatuh sakit mengejut kononnya kerana meminum kopi perasa durian....
Mengikut berita dari Petaling Jaya, aktivis masyarakat menyatakan bahawa banyak langkahan yang perlu di lakukan untuk mengelakkan para remaja yang mengandung sebelum berkahwin, malah berita dari Sungai Petani menceritakan bagaimana seorang pemuda mengaku bersalah di dalam Mahkamah yang membicarakan kesnya melakukan kecurangan seksul terhadap seorang remaja perempuan dengan perbuatan sumbang di dalam satu festival Funfair yang mengasyikkan itu.
Sama seperti kita memakan makanan yang manis dan lazat, maka cerita2 di atas menghidangkan makanan yang yang pahit dan tidak enak di makan, tidak sihat dan mengganggu pemikiran ramai manusia..
Hanya manusia yang waras dan punya maruah diri sahaja yang akan memilih makanan yang sihat, enak, berkhasiat dan berzat untuk menjaga dirinya dan kaum keluarga serta masyarakatnya.
Orang Islam mempunyai ramuan dan panduan untuk jasmani dan rohani, luaran dan dalaman dirinya, dari ajaran agamanya...Dan kita punya semuanya itu, terutamanya yang mendampingi surau dan masjid, termasuk Al-Manar ini, maka yang tinggal untuk dihadam dan di amalkan adalah terserah kepada tuan punya tubuh dan otak sendiri, kerana hidup kita bukan hanya berakhir di sini, di dalam dunia ini sahaja, malah akan menanggung tanggung jawab di dunia yang kedua nanti, yang lebih banyak api dan bahangnya, juga lebih banyak taman2 indah dan nekmatnya, bukan di hadapan mahkamah dunia, tetapi mahkamah Allah SWT.
Pilihlah yang baik dan sihat, jangan pilih yang keji dan sakit.

Comments
Post a Comment