POLITIK DAN AGAMA




Politik ialah satu disiplin ilmu ciptaan manusia untuk pemerintahaan dan kerajaan yang mempuyai sistem yang terbaik.
Agama ialah dasar kepercayaan dan amalan manusia berpandukan sistem ketuhanan, dan bagi Islam ialah ketuhanan yang maha esa, Allah SWT.
Dua disiplin ilmu ini haruslah di fahami dengan baik untuk membina kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan akhirat bagi kita umat Islam, atau kehidupan dunia yang harmoni bagi berbagai etnik  manusia dari kepelbagaian agama, atau yang tidak bertuhan.
Politik menjadi rosak apabila orang yang mengamalkannya bersikap taksub melulu, dan bagi manusia zaman ini yang menubuhkan parti politik, maka kepincangan politik ialah kerana pengamalnya terlalu partisan, dan taksub kepartian melulu.
Politik dan agama seharusnya berdasarkan kejujuran, nilai2 murni akhlak dan moral yang baik, memahami tentang dasar agama berkaitan dengan keadilan, amanah, tanggung jawab, dan mempraktikkan nilai moral yang baik.
Pengamal politik zaman ini sering melupakan nilai ketuhanan, apa lagi nilai akhlak dan moral yang baik. Pengamal agama juga yang sering dilabelkan sebagai ulamak ada kalanya melupakan nilai2 baik agama bila terjebak dalam kancah politik partisan.
Dalam kitab suci Al-Quran terdapat surah khas tentang golongan munafik. Malah Hadis menyebut tanda2 orang munafik yang sebenarnya. Ahli politik seharusnya mencerminkan dirinya berdasarkan ajaran ini.
Namun anak muda dan orang dewasa pada masa kini tidak dapat sangat melihat contoh amalan politik yang baik ketika menghadapi perebutan kuasa dalam Pilihan Raya, kerana ahli2 politik dan agamawan yang terlibat dengan politik partisan juga sering mengumpat, malah mengeluarkan  kata mengata dengan ungkapan yang tidak baik kepada ahli politik lawan masing2.
Ahli politik partisan sering menyerang lawannya secara membuta tuli, malah alim ulamak yang terlibat dengan parti partisan juga secara sedar atau tidak sedar, sering juga mengeluarkan umpatan sesama Islam dari lawan politiknya, mempertahankan kemungkaran, malah menjatuhkan hukuman agama kepada orang lain.
Para bijak pandai menulis banyak ajaran supaya orang Islam umumya menjadi para pendakwah yang jujur dan ikhlas, bukan menjadi hakim yang kerjanya menjatuhkan hukuman kepada orang lain, dan dalam zaman in kepada lawan politik dari parti yang lain.
Parti bukanlah agama, perlembagaan parti bukanlah kitab Al-Quran, dan ketua parti politik bukanlah Nabi yang maksum, semuanya sama saja, keculi ketika parti dan ketua serta pengikutnya yang bertindak di luar dasar2 agama yang suci, atau meredhai dirinya menjadi alat politik mungkar dan menyeleweng.
Setiap orang perlulah mencerminkan dirinya berdasarkan nilai akhlak kerohanian dan amalan hatinya selama ini, serta bersandarkan kepada ajaran murni agama, kemudian berjuanglah dalam politik dan lainnya untuk menegakkan akidah, syariah, akhlak dan kebenaran yang bersandarkan ajaran agama sendiri, bukan berdasarkan kebendaan, individuaiistik, kepentingan peribadi dan nilai2 akhlak lainnya yang telah diberikan panduannya di dalam Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW., .

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....