Posts

Showing posts from September, 2011

MENCABAR KUASA SULTAN

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerahkan laporan kepada Menteri Besar Selangor tentang tindakannya memeriksa Damansara Utama Methodist Church (DUMC) tempoh hari. MB telah membuat kenyataan untuk menunggu titah tuanku tentang perkara ini. Inilah beritanya yang disiarkan oleh portal Malaysian Insider pada 28 September 2011, yang menjadi rujukan saya di sini. Seperti biasa, apa2 berita atau artikel yang disiarkan dalam portal ini akan diikuti oleh komen2 di bawahnya yang kadang2 mengulas tentang isi berita atau pandangan yang tersiar dalam artikel dan sebagainya, maka berita tentang permintaan MB Selangor supaya rakyat menunggu titah Sultan dalam hal ini juga menerima beberapa reaksi dari pembaca, yang menulis dengan menggunakan nama pena masing2. Salah satu komen awal yang diberikan, seperti yang disiarkan oleh Malaysian Insider di bawah berita tersebut ditulis oleh seorang yang menggunakan nama samaran, dan bunyinya adalah seperti berikut " The Sultan's cre

HUDUD BUKAN HANYA ISU POLITIK

Saya amat ingin melihat dan mendengar bahawa isu2 mengenai perundangan Islam atau sivil, bukan hanya merupakan soalan dan isu perkauman atau partisan. Isu hudud juga janganlah hanya menjadi isu politik kepartian dan taksub ahli politik parti2 yang tertentu seperti yang berlaku sekarang ini. Kalau isu ini hanya dipandang dari sudut politik kepartian, maka akan bertambah besarlah jurang kesalah fahaman dan taksub diantara ahli2 parti politik, terutamanya PAS dan UMNO, kerana kedua2nya merupakan parti yang dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, dan kedua2 para pengikutnya amat taksub dengan parti dan dasar masing2. Orang yang bukan ahli taksub parti politik, orang awam yang berkecuali, orang Islam yang tidak kisah tentang parti manakah yang memerintah dan mencari undi, malah orang2 bukan Melayu, intelek, profesional, cendiakiawan, semuanya ingin tahu apakah sebenarnya undang2 Islam yang dikatakan hudud itu itu? Apakah takrifannya, apakah definisinya yang jelas dan terperinci? Apakah

PENGUMUMAN PENTING PM?

DEKLARASI 16 SEPTEMBER 2011 Sebelum Perdana Menteri membuat ucapannya sempena Hari Malaysia 16 September 2011, satu persiapan mental rakyat Malaysia telah dibuat oleh Kementerian Penerangan, bahawa ucapan PM secara langsung pada malam itu akan mengandungi beberapa pengumuman “penting”. Ramai orang yang membuat berbagai-bagai telahan dan ramalan tentang apakah yang hendak di sampaikan oleh PM sebagai “kejutan” dalam ucapannya itu. Malah ramai pula yang menjangka bahawa PM akan mengumumkan tarikh PRU-13, yang “mungkin akan di adakan dalam jangka masa yang amat dekat” Bagaimana pun, di dalam ucapan PM pada malam itu, jangkaan bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pilihan raya tidak menjadi kenyataan, tetapi ucapannya mengandungi beberapa perubahan dasar yang lebeh penting lagi, dan pada ketika itu barulah orang-orang yang menantikan pengumuman tarikh PRU-13 menyedari bahawa tarikh itu tidaklah termasuk di dalam “pengumuman penting” PM. PM pada malam itu mengumumkan beberapa p

ISLAMOFOBIA

ISLAMOFOBIA ISLAMOFOBIA HANYA PERSEPSI YANG MENAKUTKAN “ISLAM ITU GANAS, TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN TIADA MENGENALI DUNIA MODEN, KETINGGALAN ZAMAN WANITA TERPINGGIR, HANYA MENJADI HAMBA SEKS” INILAH ISLAMOFOBIA ISLAMOFOBIA ADALAH MANIFESTASI SEJARAH LAMA ISLAMOFOBIA TERHADAP BAGINDA RASULULLAH MUHAMMAD DIKATAKAN GILA, AHLI SIHIR, PENYAIR DAN PENDUSTA NAMUN BAGINDA AKHIRNYA BERJAYA TAMPIL SEBAGAI PENYELAMAT UMAT MANUSIA SELURUHNYA ISLAMOFOBIA MENJELMA LAGI KETIKA SALAHUDDIN AL AYYUBI MENGHARUNGI PERANG SALIB PENENTANGAN DEMI PENENTANGAN KETIKA EMPAYAR ISLAM MENGUASAI DUNIA MENJALAR KE TIMUR DAN KE BARAT EMPAYAR ISLAM MULAI DIRUNTUHKAN ISLAMOFOBIA MENJADI SENJATA LAGI AMERIKA SYARIKAT DAN BARAT MEMBINA TAMADUN DAN PERADABAN DUNIA MEREKA MENGHAPUSKAN WMD WEAPONS OF MESS DESTRUCTION MEMERAN

11 September ? Apakah Kepentingannya?

Telah sepuluh tahun berlalu peristiwa 11 September, iaitu peristiwa dua buah jet penumpang merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan kemusnahan dan kehancuran dua buah menara berkembar yang sasa itu, menjadi debu dan mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa orang Arab, yang dianggap pengganas yang menculik pesawat gergasi itu dan merempuh bangunan yang kuat itu, hanya merupakan helah Amerika sahaja, kerana orang Arab tidak mampu melakukan tindakan berani dan gagah itu. Pada pandangan Tun, Amerika sebenarnya yang bertindak melakukan hal itu, untuk membolehkan kuasa penjajah dunia itu, mengambil langkah drastik kepada umat Arab dan Islam, seterusnya menyerang negara Arab dan mendudukinya, kemudian mengaut kekayaan negara Arab untuk kepentingan mereka.. Saya tidak berniat membincangkan hujah dan pandangan Tun Dr Mahathir ini. Malah saya hanya merasa perlu memfokuskan kepada kejadian dan peristiwa ini. Hari ini, 11 September 2011, kita menonton

MASYARAKAT ISLAM BERTELAGAH

Negara Arab yang telah "selesai" menggulingkan ketua negaranya, sekarang mengalami masalah mencari pengganti ketua negara dan Kerajaan baru, seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Negara2 Islam yang hampir2 menjatuhkan ketua negara mereka seperti Libya dan Syria, masing2 mengalami mala petaka yang meruncing, kematian, kebuluran, kerisis makanan dan minuman, tempat perlindungan, dan seterusnya pelarian dan kesengsaraan yang lain. Mesir bukan hanya tidak berjaya menubuhkan kerajaan baru, atau mendapatkan ketua negara yang lain, namun masa yang ada, nampaknya sibuk dihabiskan dengan perbicaraan bekas Presidennya, Husni Mubarak, yang terpaksa di usung ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan membunuh rakyatnya ketika berlaku pemberontakan tempoh hari. Husni Mubarak mungkin tidak cukup sedar untuk mendengar pertuduhan terhadapnya, atau membela dirinya, kerana dia nampaknya hampir koma dan tidak sedarkan diri. Pemandangan di Libya lebeh menyedihkan, ribuan terbunuh sejak lebeh l

AIR MATA DI SOMALIA DAN PETALING JAYA

SENYUM DAN TANGIS PADA MUSIM RAYA Air Mata dari Somalia dan Petaling Jaya Hari Raya, musim raya, ketika berkumpul sanak saudara dan handai taulan, kita sering bergembira, berbual, gelak ketawa dan riang ria, membawa cerita lama, suka duka, bertukar jenaka dan bercerita pengalaman baru dan dulu. Tetapi emosi kita sering tersentuh, menjadi sedih dan membawa kepada titisan air mata, ketika mengenangkan orang yang telah pergi dulu, yang kita kasihi, hormati dan sanjungi. Ketika menziarahi kubur, mengenang kembali arwah keluarga dekat dan jauh, yang bersemadi di sana, air mata sering mengalir di celah-celah bacaan ayat-ayat suci, kadang-kadang tanpa disedari kenapa dan mengapa, tetapi jauh di lubuk hati, kerana kehilangan mereka, dan kita sendiri yang pada satu ketika nanti akan menuruti jejak mereka ke sana. Pengalaman ini mungkin datang dan pergi pada musim raya, saban berulang pada setiap tahun ketika menjelmanya Syawal selagi nyawa dikandung badan. Tetapi menjelang