MASYARAKAT ISLAM BERTELAGAH
Negara Arab yang telah "selesai" menggulingkan ketua negaranya, sekarang mengalami masalah mencari pengganti ketua negara dan Kerajaan baru, seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Negara2 Islam yang hampir2 menjatuhkan ketua negara mereka seperti Libya dan Syria, masing2 mengalami mala petaka yang meruncing, kematian, kebuluran, kerisis makanan dan minuman, tempat perlindungan, dan seterusnya pelarian dan kesengsaraan yang lain.
Mesir bukan hanya tidak berjaya menubuhkan kerajaan baru, atau mendapatkan ketua negara yang lain, namun masa yang ada, nampaknya sibuk dihabiskan dengan perbicaraan bekas Presidennya, Husni Mubarak, yang terpaksa di usung ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan membunuh rakyatnya ketika berlaku pemberontakan tempoh hari. Husni Mubarak mungkin tidak cukup sedar untuk mendengar pertuduhan terhadapnya, atau membela dirinya, kerana dia nampaknya hampir koma dan tidak sedarkan diri.
Pemandangan di Libya lebeh menyedihkan, ribuan terbunuh sejak lebeh lima bulan berlangsungnya peperangan diantara tentera dan para pengikut puak2 dan "qabilah" termasuk askar upahan yang berjuang bagi mempertahankan Ghadafi, berlawan dengan pihak pemberontak yang lengkap bersenjata berat, termasuk senjata dari Barat dan bantuan Nato, tetapi tidak ternampak tanda2 yang jelas bahawa ketua negara Libya itu akan menyerah kalah atau dapat dijatuhkan segera.
Libya merupakan negara pengeluar minyak dan gas yang banyak, dan kekayaan ini mengumpan pihak Barat, termasuk Amerika Syarikat, untuk segera menjatuhkan Ghadafi dan mengambil alih kerja2 pengeluaran minyak dan gas yang telah terganggu sejak kerisis berlaku berbulan2 lalu.
Inilah keadaannya di beberapa buah negara Islam,yang mengalami kerisis politik yang serius, dan melibatkan kerisis kemanusiaan, sosial, politik dan semua aspek yang melenyapkan sama sekali kesetabilan ekonomi, politik dan sosial negara2 tersebut.
Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung dengan kerisis di Asia Barat dan Afrika Utara itu, kita hanya dapat memerhati dan menonton peristiwa yang berlaku itu seperti kita menonton sebuah filem perang dan tragidi yang di akibatkan oleh peperangan dan kerisis itu, apa tah lagi kita tidak mendengar meriam atau mesen gun meletup di sekeliling kita, tidak melihat kereta kebal melanda kampung dan bandar kita, atau mayat2 bergelimpangan, manusia yang tercedera teruk di samping kita. Semuanya itu tidak berlaku kepada kita, oleh itu kita hanya menonton tv, membaca dan melihat akhbar, kadang2 tidak pun membangkitkan sebarang perasaan dan emosi kita.
Bagi saya sendiri sebagai seorang yang tidak terlibat dengan politik Arab Mesir, saya hanya merasa amat hiba dan tersentuh perasaan kemanusiaan saya bila melihat Husni Mubarak di usung ke penjara, ke mahkamah, dalam keadaan separuh sedar, bagi menghadapi perbicaraan di negara sendiri, yang dulunya ia pernah memerintah dan membangunkan negara itu, seolah2 beliau adalah seorang penjenayah besar yang tidak pernah berjasa kepada negaranya.
KITA DI NEGARA SENDIRI, BAGAIMANA?
Ya kita tidak mengalami kerisis berdarah seperti negara Arab, tidak mengalami kebuluran seperti negara Somalia, tidak mengalami bencana alam seperti Pakistan yang mengorbankan banyak nyawa, dan menjadikan jutaan rakyat kehilangan rumah tangga dan mata pencarian. Kita tidak mengalami semuanya itu.
Tetapi lebeh buruk lagi, kita mengalami kerisis politik yang sia2, tidak bermakna, tidak memberikan sebarang kesan positif. Kita pertikaikan hal2 lama, kita membangkit2kan perkara yang silam, yang tidak kena mengena dengan realiti dan kehidupan kita sekarang, yang tidak menolong perjuangan kita pada hari ini, saat ini, masa kini, ketika kita amat memerlukan pembangunan ekonomi, pendidikan dan moral serta akhlak umat dan bangsa kita. Yang kita gunakan untuk berkerisis dan berkelahi hanyalah hujah2 retorik dan ramalan, andaian dan khayalan.
Masa kita siang malam banyak terbuang dengan pertikaian politik partisan, berpuak2 dan berdasarkan ideologi politik kepartian, malah hal ini amat ketara dalam pertikaian antara sesama bangsa dan umat, Melayu dan Islam.
Di lain, Islam sesama Islam berperang, membunuh diri untuk membunuh sesama sendiri, mengebom masjid yang berbeza mazhab, berkerisis dan berkonflik dalam bulan puasa dan bulan raya. Kita juga tidak kurang, berkonflik tentang siapa hero dan siapa pengkhianat, sedangkan hal itu telah menjadi sejarah silam, berkomplot dengan penuh taksub dan sentimen, sedangkan hal itu tidak menolong kita dalam memperbaiki nasib kita pada hari ini, tidak menambahkan pertumbuhan ekonomi dan harta kita di bumi sendiri yang sedang diancam, tidak memberi erti kepada agama dan akhlak umat sendiri yang kelihatan semakin terhakis, terhakis akidah dan moralnya, terhakis nilai2 moral dan akhlaknya, ketandusan budi bahasa dan adab sopannya, tidak kira bulan Ramadhan atau Syawal, tidak menghayati lagi erti puasa dan raya ketika rasa mesra dan ukhuwwah sepatutnya di pupuk dan disuburkan, ketika segala kesalahan seharusnya dimaafkan, ketika kesilapan sepatutnya dibetulkan.
Apakah kerisis ini lebeh berat dari kerisis Libya dan Mesir, Tunisia dan Syria? Di sana darah mengalir dan mayat keguguran dapat di lihat, musuh bertembak2kan menjatuhak lawan membaham bumi, memusuhi sesama umat kerana perbezaan mazhab, ketika masjid sering menjadi sasaran kekejaman. Tetapi disini kekejaman fizikal itu tidak kelihatan, namun begitu kerisis dan konflik kebatinan telah sampai kekemuncaknya, kerisis pemikiran dan minda amat ketara menjulang naik ke langit tanpa disedari, kerisis kerohanian dan moral menjadi2, meluap2, membuahkan kebencian dan kemarahan yang teramat sangat, menimbulkan dendam kesumat yang berpanjangan. Kerisis kebatinan ini lebeh merbahaya dan besar padahnya dari kerisis fizikal dan badani, otot2 dan tenaga badan, kerana kerisis kebatinan ini memakan hati dan jiwa, perasaan dan minda, seolah2 kita hanya menunggu masa untuk kebinasaan secara menyeluruh, iaitu ketika bangsa dan agama kita akan menjadi buih dan lumpur2 yang jijik di tanah air kita sendiri.
Di sini juga kita berperang tanpa asas dan dasar, bukan dasar agama dan moral, bukan asas bangsa dan sejarah peradaban dunia kita sendiri, malah kita berkerisis kerana mengikut hati dan perasaan marah, untuk mendapatkan simpati dan sokongan kawan politik, dan untuk menjatuhkan lawan politik walau pun dari rumpun bangsa dan agama yang sama.
Bibit2 inilah yang bermula dalam kebanyakan masyarakat Islam masa kini, yang akhirnya merebak menjadi konflik dan permusuhan melulu, tidak tegak kukuh atas dasar permusuhan dengan musuh dan seteru yang sebenarnya, tetapi kerana mengikut rentak gendang yang dipalu oleh musuh sebenar, yang ingin melihat dunia Islam menjadi dunia Timur Tengah, Asia Barat dan Afrika Utara, dunia Indo Pak, dan masyarakat Islam yang berkonflik tanpa arah dan tujuan, hanya semata2 kerana ingin berseteru dan berkerisis.
Alangkah banyaknya masa dan tenaga yang kita habiskan pada hari ini kerana berkonflik semata2 berdasarkan persepsi yang silap, dan khayalan yang terlalu jauh dari kebenaran. Malah percikan api permusuhan di nyalakan dengan marak oleh tangan2 ghaib yang tidak kelihatan, di cucuh dan dinyalakan oleh portal dan blog, melalui maya, yang berselindung di sebalik nama fiksyen, tanpa etika, dan susila, moral dan nilai2 budaya suci lagi.
Kita pada hari ini seolah2 ingin meruntuhkan segala2nya yang telah terbina sekian lama di negara kita. Masjid dan surau itu pun kalau boleh hendak dijadikan gelanggang perpecahan, institusi pendidikan dan pelajaran, agama dan budaya, malah ekonomi dan sains teknologi, hendak kita perkecil2kan semata2 kerana mencari kelemahan apa2 yang telah terbina, malah kita mempertaruhkan kidah dan syariah untuk memperkukuhkan kedudukan politik dan politiking masing2, sejarah silam yang seharusnya dibicarakan dengan betul oleh ahli sejarah, diambil aleh oleh ahli politik yang merasakan diri mereka mengatahui segala2nya.
Kita menjadi seperti anak2 ayam kehilangan ibu, berlari ke sana sini tanpa tujuan, hanya menanti disambar helang yang sedang bersedia untuk menelannya hidup2.
Kita mungkin perlu belajar dari sejarah umat dan kerisis mereka di segenap penjuru dunia. Kita seharusnya berusaha menegakkan nilai dan moral kita ke peringkat yang tinggi, sama tinggi atau lebeh tinggi dari bangunan pencakar langit, dan lebeh pantas dari kenderaan pengangkutan yang laju di negara kita, mencapai tahap intelek dan kebijaksanaan lebeh besar dari bilangan pusat2 pengajian tinggi yang tumbuh di negara kita, lebah beriman dan beragama , matang dalam budi bicara dan berpolitik dan berurusan membangunkan negara.
Tetapi malangnya, segala2nya kelihatan menurun gerafnya, mengundur ke belakang, menjadi lebeh lemah dan kaku dari asalnya, sehinggakan kemerdekaan negara yang mencecah umur lebeh lima puluh tahun, kelihatan seolah2 baru semalam kita merdeka, baru hari ini kita hendak mencari entiti dan identiti kita, baru sekarang kita baru terbangun dari tidur, dan tersedar dari mimpi2 yang karut marut, seolah2 juga kita ingin kembali semula menjadi negara terjajah, terjajah minda dan budayanya, akal fikiran dan ilmu pengetahuannya.....
Nampaknya kita berada dalam dunia yang mungkin lebeh merbahaya dari negara Arab yang sedang berperang, berbunuhan, dan bermusuhan tanpa mengenal siapakah kawan dan lawan, siapakah saudara dan keluarganya....

Comments