PENGUMUMAN PENTING PM?
DEKLARASI 16 SEPTEMBER 2011
Sebelum Perdana Menteri membuat ucapannya sempena Hari Malaysia 16 September 2011, satu persiapan mental rakyat Malaysia telah dibuat oleh Kementerian Penerangan, bahawa ucapan PM secara langsung pada malam itu akan mengandungi beberapa pengumuman “penting”.
Ramai orang yang membuat berbagai-bagai telahan dan ramalan tentang apakah yang hendak di sampaikan oleh PM sebagai “kejutan” dalam ucapannya itu. Malah ramai pula yang menjangka bahawa PM akan mengumumkan tarikh PRU-13, yang “mungkin akan di adakan dalam jangka masa yang amat dekat”
Bagaimana pun, di dalam ucapan PM pada malam itu, jangkaan bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pilihan raya tidak menjadi kenyataan, tetapi ucapannya mengandungi beberapa perubahan dasar yang lebeh penting lagi, dan pada ketika itu barulah orang-orang yang menantikan pengumuman tarikh PRU-13 menyedari bahawa tarikh itu tidaklah termasuk di dalam “pengumuman penting” PM.
PM pada malam itu mengumumkan beberapa perkara yang berikut :
1. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bagaimana pun dua undang-undang baru akan di gubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subersif, keganasan terancang dan perbuatanb jenayah.
2. Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959, disamping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memeastikan ia memenuhi kehendak semasa
3. Mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan menghapuskan pembaharuan tahunan dan digantikan pengeluaran lessen sehingga dibatalkan
4. Selain dari itu, kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan syeksyen 27 Akta Polis, mengambil kira peruntukan 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-keasnya demonstrasi jalanan
Menurut PM, langkah-langkah yang diumumkannya itu tidak lain tidak bukan adalah merupakan inisiatif awal trensformasi politik secara tertib lagi berhemah, sambil menekankan tentang perseimbangan dan perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden, iaitu diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu.
Beliau mengambil tindakan tegas dalam mewujidkan transformasi ini “ walau pun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, tetapi ia harus dilakukan demi survival, setelah lebeh lima puluh tahun Negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.
Pengumuman yang dibuat PM ini nampaknya merupakan iniasitif beliau sebagai ketua Kerajaan untuk menyemak dan memperbaiki beberapa dasar negara yang selama ini mendapat perhatian seirus rakyat, dan telah banyak polemik yang diadakan tentang perkara-perkara ini, termasuk perdebatan yang hanya berdasarkan agenda politik partisan.
Namun begitu PM memberanikan diri untuk melakukannya, dan bersedia manghadapi risikko serta cabarannya. Maka bertolak dari premis inilah Kerajaan tidak hanya bertindak menghapuskan sesuatu akta yang tertentu, tetapi Kerajaan juga akan mengkaji bagi melaksanakan beberpa undang-undang baru bagi menghadapi perbuatan subversif, jenayah dan keganasan terancang.
Saya menduga keseluruhan rakyat yang cintakan negara dan kemanannya akan menerima baik dan menyambut perubahan yang dilakukan ini dengan rela dan kepuasan hati. Memang betul, kebanyakan rakyat mengalu-alukan perubahan ini dan mensifatkannya sebagai satu titik tolak perubahan yang membina dan dinamilk.
Namun begitu, bagi para jaguh yang memperjuangkan politik sempit untuk kepentingan diri dan kelompoknya, mereka tentulah mempunyai alasan untuk tidak menerima baik pengumuman PM ini, malah mesifatkannya sebagai satu gendang kosong yang tidak memberikan arti apa-apa, malah akan menempelak langkah Kementerian Penerangan yang mengheboh-hebohkan “konon”nya PM akan membuat pengumuman “yang penting” dalam ucapannya itu.
Mereka bersikap begitu atas dasar permainan politik semata-mata, kerana pengumuman yang dibuat PM adalah merupakan beberapa perubahan yang pernah disuarakan oleh ahli-ahli politik sendiri supaya dikaji semula, termasuk menghapuskan ISA. Mereka member alas an kenapakah setelah dimasuhkan ISA maka undang-undang baru harus digubal semula? Sedangkan Kerajaan memandangnya dari sudut keselamatan, jenayah dan anasir subversive yang mungkin berlaku dan boleh menggugatkan keselamatan dan keamanan negara. Sepatutnya hal inilah yang perlu dibincangkan dengan mendalam daripada hanya memandang remeh terhadap kesediaan Kerajaan memansuhkan ISA yang menjadi tuntutan pihak mereka selama ini.
Di sinilah rasanya terletak perbezaan pandangan dan sikap diantara permainan politik yang sihat dan permainan politik partisan melulu, yang kedua-dua aliran inilah yang menentukan kematangan berpolitik rakyat kita umumnya, terutamanya di kalangan generasi muda yang agak kebengungan sekarang ini.
Nampaknya permainan politik sempit dan penuh emosi, sentimen serta taksub kepartian, akan terus menerus menjadi amalan rakyat kita, malah mungkin akan menjadi trend pemikiran dan sikap rakyat kita untuk satu jangka waktu hadapan yang agak lama, sekiranya para ahli politik kita tidfak berusaha mengubah sikap dan tindakan mereka dalam “permainan politik” yang agak cemar ini.
Namun, apa-apa saja perkembangan dan implikasi yang berlaku, saya menganggap bahawa Kerajaan agak bersikap toleran dan mesra rakyat ketika membuat perubahan yang tersebut, yang dapat kita namakan sebagai Deklarasi 16 September 2011.
Comments
Post a Comment