11 September ? Apakah Kepentingannya?

Telah sepuluh tahun berlalu peristiwa 11 September, iaitu peristiwa dua buah jet penumpang merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan kemusnahan dan kehancuran dua buah menara berkembar yang sasa itu, menjadi debu dan mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa orang Arab, yang dianggap pengganas yang menculik pesawat gergasi itu dan merempuh bangunan yang kuat itu, hanya merupakan helah Amerika sahaja, kerana orang Arab tidak mampu melakukan tindakan berani dan gagah itu.
Pada pandangan Tun, Amerika sebenarnya yang bertindak melakukan hal itu, untuk membolehkan kuasa penjajah dunia itu, mengambil langkah drastik kepada umat Arab dan Islam, seterusnya menyerang negara Arab dan mendudukinya, kemudian mengaut kekayaan negara Arab untuk kepentingan mereka..

Saya tidak berniat membincangkan hujah dan pandangan Tun Dr Mahathir ini. Malah saya hanya merasa perlu memfokuskan kepada kejadian dan peristiwa ini.

Hari ini, 11 September 2011, kita menonton saluran CNN dan BBC serta saluran antarabangsa lainnya, tepat pada jam waktu New York ketika berlakunya peristiwa ini 10 tahun yang lalu, maka semua kamera TV telah memfokuskan kepada dataran lapang "ground zero" tempat runtuhnya dua buah menara kembar akibat rempuhan dua buah pesawat pada 11 September 2001 yang lalu.

Satu peringatan yang penuh dengan propaganda, penuh kenangan pahit kepada kekejaman yang dilakukan oleh "pengganas" Arab dari al-kaedah yang diketuai oleh Osamah bin Laden itu telah diadakan secara besar-besaran, dihadiri oleh bekas Presiden Bush dan Presiden Obama, dengan penuh istiadat, malah disertai oleh ahli keluarga waris yang mewakili kebanyakan orang yang terkorban dalam peristiwa ini.

Para waris membacakan nama2 orang yang terkorban, sambil menyatakan kesedihan ketika menyebut nama waris mereka yang terkorban, dan diselangi pula oleh nyanyian sedih dari penyanyi kelasik mereka yang ternama., dan silih berganti kameera memfokuskan kepada para hadirin yang menangis, menitiskan air mata, atau menggambarkan wajah nestapa penuh emosi, sedih dan marah.

Inilah senarionya yang dilakukan setiap tahun, diperingatkan setiap tahun, seolah2 Amerika Syarikat tidak mahu melupakan peristiwa ini, dan yang pentingnya supaya diperingatkan kepada dunia seluruhnya bahawa inilah kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh orang Islam yang seharusnya dikenang dan diperingatkan secara besar-besaran, supaya dunia seharusnya mengutuk dan terus mengutuk kekejaman Osamah bin Ladin, dan pengganas2 Islam itu.

Saya percaya mungkin hingga puluhan tahun yang akan datang, Amerika Syarikat, akan mengadakan peringatan ini secara teratur, kerana tujuan mereka bukan sangat untuk mengingati orang2 yang terkorban dalam keganasan itu, malah mesej utama yang hendak disampaikannya kepada dunia ialah betapa ganas dan kejamnya pengganas Islam bertindak memusnahkan harta benda dan nyawa ribuan orang yang tidak berdosa, supaya dunia mengetahui dan membaharui ingatan dan kutukan mereka terhadap umat Islam sepanjang masa..

Melihat hal ini, saya rasa umat Islam, terutamanya umat Arab sendiri juga dapat mengambil tindakan yang sama, iaitu dapat mengingati perbuatan kejam Amerika Syarikat dan sekutu2nya terhadap umat Islam di Iraq dan Aafghanistan, ketika mana lebeh banyak rakyat Arab yang telah terkorban ketika Amerika Syarikat melakukan pencerobohan ke atas dunia Arab, khsusnya Iraq dan Afghanistan.

Presiden Bush, anak dan bapanya juga, telah menceroboh dan membunuh ketua negara Iraq lebeh sepuluh tahun yang lalu, dan terus menerus menduduki Iraq sehingga kalau dijumlahkan korban Arab yang terbunuh di tangan askar Amerika Syarikat dan sekutu2nya tentulah berlipat ganda dari jumlah orang yang terkorban dalam peristiwa 11 September 2001 di New York itu.

Kalau Amerika Syarikat boleh mengingati orang2 mereka yang terkorban ribuan orang, maka Iraq dan Afghanistan juga boleh mengingati orang2 mereka, yang kebanyakannya juga tidak bersalah, yang terkorban selama ini, malah hingga ke hari ini masih berlaku pembunuhan dan kekejaman askar2 sekutu Amerika yang bertindak membunuh orang2 yang tidak berdosa di Iraq dan Afghanistan. Apakah hal ini tidak mungkin dinamakan keganasan dan pencerobohan? Apakah pihak2 yang bertindak ganas dari kuncu2 Barat ini tidak boleh dipanggil pengganas yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan?

Kalau pun "pengganas" Islam dan Arab yang melakukan keganasan pada 11 September sepuluh tahun yang lalu dianggap amat tidak berperi kemanusiaan, tetapi mereka melakukannya hanya untuk membunuh dan merosakkan harta benada milik Amerika Syarikat yang mereka anggap sebagai penjajah dan musuh mereka. Mereka tidak menakluki walau satu inci pun negara Amerika Syarikat, atau memeras kekayaan hasil bumi Amerika Syarikat.

Sebaliknya Amerika Syarikat dan Barat, mereka bertindak menjajah negara Arab, membunuh orang yang tidak berdosa, dan terus menerus mendudukinya, menghisap minyak dan gas negara Arab yang kaya itu untuk memperkayakan negara mereka sendiri, atau syarikat2 mereka. dan orang2 tertentu dari kalangan mereka..Dosa mereka tentulah lebeh besar lagi dari segi kemanusiaan, ekonomi, sosial dan politik antarabangsa.

Itu tentang Iraq dan Afghanistan. Bagaimanakah pula dengan hal Palestin yang ditakluki dengan kejam oleh tentera dan regim Israel puluhan tahun yang lalu dengan sokongan padu Amerika Syarikat sendiri? Telah berapa ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah menjadi korban kekejaman zionis dan tentera regim Israel. Kenapakah hal ini tidak dibangkitkan, atau di ulang2 berita dan sebutannya sepanjang masa agar penduduk dunia mengetahui kekejaman penjajahan Barat dan Zionis itu?

Kenapakah sibuk2 sangat mengenang 11 September, yang telah lama ditelan zaman itu, pada hal kematian ribuahn orang Arab di dunia Arab, termasuk di Palestin, dan di Libyan sekarang ini tidak diberitakan langsung sebagai satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan?

Harap dalam masa ini ketika manusia seluruh dunia menyedari akan "kekejaman" para "pengganas" Arab dan Islam itu, maka dunia juga tidak harus melupakan kekejaman penjajah baru terhadap orang lain di luar Amerika Syarikat, iaitu di dunia membangun yang berada di bawah telunjuk penjajahan Barat, termasuk kekejaman mereka menjajahi pemikiran dan minda orang Arab di negara2 Asia Barat, sehingga rakyat Arab itu bertelagah sama sendiri, dan berjuang tanpa tujuan untuk mengkucar kacirkan kesetabilan negara2 Arab itu sendiri.

Oleh itu disamping kita bersimpati dengan korban 11 September, kita berharap pemikiran umum dunia juga tidak harus melupakan tindakan ganas dan kejam Kerajaan penjajah baru sekarang ini yang kelihatannya semakin berleluasa, dan memakan korban nyawa manusia yang berlipat ganda bilangannya jika dibandingkan dengan angka korban di New York 11 Septembeer 2001 dulu.

Bagaimana pun ketika kita tidak seharusnya mempertahankan tindakan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh sesiapa pun tanpa sebab yang sewajarnya, iaitu yang dilakukan oleh umat atau pengikut agama mana sekali pun, namun kita masih boleh mempertimbangkan siapakah sebenarnya pengganas dan siapakah sebenarnya pembunuh kejam dalam dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....