HUDUD BUKAN HANYA ISU POLITIK
Saya amat ingin melihat dan mendengar bahawa isu2 mengenai perundangan Islam atau sivil, bukan hanya merupakan soalan dan isu perkauman atau partisan. Isu hudud juga janganlah hanya menjadi isu politik kepartian dan taksub ahli politik parti2 yang tertentu seperti yang berlaku sekarang ini. Kalau isu ini hanya dipandang dari sudut politik kepartian, maka akan bertambah besarlah jurang kesalah fahaman dan taksub diantara ahli2 parti politik, terutamanya PAS dan UMNO, kerana kedua2nya merupakan parti yang dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, dan kedua2 para pengikutnya amat taksub dengan parti dan dasar masing2.
Orang yang bukan ahli taksub parti politik, orang awam yang berkecuali, orang Islam yang tidak kisah tentang parti manakah yang memerintah dan mencari undi, malah orang2 bukan Melayu, intelek, profesional, cendiakiawan, semuanya ingin tahu apakah sebenarnya undang2 Islam yang dikatakan hudud itu itu? Apakah takrifannya, apakah definisinya yang jelas dan terperinci? Apakah prosedur penghakimannya? Apakah kelayakan para hakimnya? Apakah kod dan peruntukan unadng2nya? dan sebagainya.
Selama ini kita mengambil mudah bahawa undang2 ini telah difahami oleh semua orang, terutamanya orang Islam, sebab itulah apabila disebutkan undang2 hudud maka orang akan terbayang hukuman potong tangan bagi yang mencuri, rejam atau sebat bagi yang berzina dan sebagainya, sedangkan isu2 yang berkaitan dengannya, seperti isu berhubung dengan pendakwaan, kesaksian, hikmah dan budi bicara hakim serta kesaksian utama atau pengakuan pihak tertuduh dalam kes2 ini tidak difahami dengan baik, oleh itu apabila disebut hudud maka perasaan dan pemikiran yang timbul di dalam kepala orang ramai ialah "takut" dan "gerun" "ngeri" malah kadang2 membawa kepada "kejam" dan sebagainya yang dilebelkan di dalam hukuman hudud ini.
Orang mungkin tidak tahu bahawa prosedur untuk melaksanakan hukum hudud ini amatlah ketat dan tidak semudah seperti yang digambarkan oleh akal dan pemikiran serta gambaran orang biasa. Orang mungkin tidak tahu bahawa elemen2 persekitaran dan dorongan untuk mencuri umpamanya haruslah diambil kira oleh mahkamah dalam menentukan hukuman hudud ini, atau sekiranya telah ditetapkan hukuman hudud ini sedangkan orang yang bersalah itu kembali kepada pengakuannya yang dia tidak melakukan perbuatan salah itu, apakah yang berlaku seterusnya dalam hukum tersebut?
Orang mungkin tidak tahu bahawa hukuman Islam itu terbahagi kepada hudud dan takzir, dan apakah perbezaannya, serta apakah implikasinya, atau apakah hukuman hudud itu ada kalanya menjadi hukum takzir yang hukumannya adalah terserah kepada hakim untuk menentukannya? Apakah hal ini sebenarnya ada atau tidak?
Selain dari itu apakah hukuman hudud ini boleh dijalankan semudah yang dibicarakan sahaja? Senang dan amat enteng untuk memotong tangan orang, merejam atau menjatuhkan hukuman sebat itu?
Manakah negara2 Islam yang pernah dan terus menerus melaksanakan hukuman hudud ini? Dan apakah kelemahan dan kekuatan dari segi undang2 dan perlaksanaan hukum ini bagi negara2 Islam yang telah melaksanakannya? Dan apakah telah wujud sebarang kajian dan penyelidikan dengan fakta2 dan butir2 yang terperinci yang pernah dijalankan secara saintifik dan ilmiah tentang hal ini, sama ada dalam sejarah perkembangan undang2 syariah, atau dalam perlaksanaan hukuman ini di dalam negara2 Islam dalam era moden dan global, berbilang kaum dan sebagainya seperti negara kita sendiri?
Orang2 bukan Islam juga perlu mendapatkan gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang idea perlaksanaan hukum hudud ini, kerana mereka juga sekiranya memahami undang2 ini dengan baik, mungkin akhirnya mahu supaya undang2 ini juga dilaksanakan kepada mereka, dalam kemuniti mereka, tidak seperti sekarang iaitu ketika kita sering mencari jalan keluar dari mereka dengan mengatakan bahawa masyarakat bukan Islam "tidak perlu takut dan khuatir kerana undang2 hudud ini hanya akan dilaksanakan di dalam masyarakat Islam sahaja?" "oleh itu mereka tidaklah perlu takut" ! Apakah dengan ini kita hanya ingin menakut2kan masyarakat Islam sahaja? dan dengan menakut2kan masyarakat Islam, sedangkan mereka juga adalah manusia biasa seperti orang bukan Islam, tidakkah tergambar di dalam kepala kita bahawa ada diantara orang Islam "yang ketakutan" yang merasa ingin lari dari ketakutan ini, dan akan memisahkan dirinya dari agama Islam? Ya, hal ini mungkin berlaku, terutamanya apabila kita sering sahaja memberikan kefahaman dan gambaran kepada orang2 Islam ini bahawa agama Islam hanya terdiri daripada larangan2, "jangan" dan "tidak" sahaja, sedangkan yang boleh dan dibenarkan kelihatan terlalu sedikit sekali, apakah dengan ini kita tidak menjadikan masyarakat angkatan muda Islam keliru dan bengung tentang agama Islam? Malah kadang2 menjadikan mereka itu sebagai orang liar dan jauh dari Islam itu sendiri?
Oleh itu, saya berpandangan bahawa isu hudud ini janganlah menjadi isu monopoli antara golongan politik kepartian, isu tawar menawar untuk mendapatkan simpati politik dan pengundi, isu tohmah dan kacau bilai antara orang Islam, sedangkan orang bukan Islam, atau orang Islam yang tidak berminat, hanya melihat dan menonton telatah ganas dan mulut celupar orang2 Islam , terutamanya "para ulamak" nya yang tidak akan berhenti, malah akan terus menerus dengan silat dan langkah sepak terajangnya menjadi hero dan wira!
Kita perlu penjelasan yang rasional, pandangan dan perdebatan yang ilmiah, dialog yang berterus terang di antara semua kalangan orang Islam, yang pakar dalam undang2 Islam dan undang2 sivil, yang melibatkan organisasi Islam, agensi agama negara, pejabat peguam negara, ahli akadimik dan para alim ulamak yang berkecuali, tidak taksub dan terlalu keras mempertahankan ideologi sempit partinya.
Inilah caranya kita memberi kefahaman kepada rakyat kita, Islam dan bukan Islam, untuk memahami hukuman hudud ini, memahami falsafah syariah dalam perlaksanaan segala undang2 syariah, kebijaksanaan para hakim, dan hikmah serta keistimewaan Islam itu sendiri sebagai satu agama yang mencakupi kehidupan manusia dunia akhirat, iaitu yang turun ke bumi nyata dan realiti kehidupan manusia sekarang dalam zaman moden dan global, kerana kita sering menekankan bahawa Islam itu adalah sesuai dengan segala tempat dan masa.
Saya rasa sudah sampai masanya para ilmuan Islam, maksudnya ilmuan Islam dalam semua aspek, dan para ulamak sendiri, maksudnya ulamak agama, dan masyarakat Islam sendiri keseluruhannya, mulai mengambil langkah bijak, menyahut seruan Peerdana Menteri, supaya isu hudud ini ditanya para ulamak, maksudnya dibincangkan dengan ikhlas dan jauh dari motif politik kepartian, malah dibincangkan dalam suasana ilmiah dan realiti masyarakat yang diiktiraf Islam sendiri, dalam gagasan "maqasid syariah" yang diungkapkan oleh PM, malah istilah ini sendiri haruslah dihalusi apakah maksudnya yang sebenar, supaya semua orang akan terus menerus berada dalam kebingungan dan berada dalam kegelapan, tidak faham hujung pangkalnya, apakah yang diperdebatkan oleh parti2 politik Melayu dan bukan Melayu itu, apakah yang hendak dilaksanakan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, dan yang paling teruknya apakah yang hendak dilaksanakan di sesetengah negeri dan tidak dilaksanakan di dalam negeri2 lain, sedangkan Islam adalah merupakan agama bagi semua orang Islam, tanpa mengira latarbelakang geografi dan sosial mereka di dalam negara kita yang "kecil" ini? Apakah Islam itu satu atau banyak?

Comments
Post a Comment