ISLAMOFOBIA
ISLAMOFOBIA
ISLAMOFOBIA HANYA PERSEPSI YANG MENAKUTKAN
“ISLAM ITU GANAS, TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN
TIADA MENGENALI DUNIA MODEN, KETINGGALAN ZAMAN
WANITA TERPINGGIR, HANYA MENJADI HAMBA SEKS”
INILAH ISLAMOFOBIA
ISLAMOFOBIA ADALAH MANIFESTASI SEJARAH LAMA
ISLAMOFOBIA TERHADAP BAGINDA RASULULLAH
MUHAMMAD DIKATAKAN GILA, AHLI SIHIR, PENYAIR
DAN PENDUSTA
NAMUN BAGINDA AKHIRNYA BERJAYA
TAMPIL SEBAGAI PENYELAMAT UMAT MANUSIA SELURUHNYA
ISLAMOFOBIA MENJELMA LAGI
KETIKA SALAHUDDIN AL AYYUBI
MENGHARUNGI PERANG SALIB
PENENTANGAN DEMI PENENTANGAN
KETIKA EMPAYAR ISLAM
MENGUASAI DUNIA
MENJALAR KE TIMUR DAN KE BARAT
EMPAYAR ISLAM MULAI DIRUNTUHKAN
ISLAMOFOBIA MENJADI SENJATA LAGI
AMERIKA SYARIKAT DAN BARAT
MEMBINA TAMADUN DAN PERADABAN DUNIA MEREKA
MENGHAPUSKAN WMD
WEAPONS OF MESS DESTRUCTION
MEMERANGI TALIBAN DAN BEN LADIN
SADDAM HUSIN DAN MUAMMAR GADHAFI
ATAS NAMA MEMERANGI KEGANASAN
DAN MENYELAMATKAN DUNIA
TIMUR TENGAH BERGOLAK,
AFRIKA UTARA MENGGELEGAK
DUNIA ISLAM SELURUHNYA BERKOCAK
KEBULURAN, RUSUHAN, PEPERANGAN SAUDARA,
LALU SEGERA BERKIBLATKAN
KEPADA AMERIKA DAN EROPAH
DEMI MELINDUNGI TAKHTA
KRONI DAN HARTA BENDA
HIMPITAN ZIONISME MENCENGKAM PALESTIN
MENUMPAH DARAH MANUSIA KERDIL DAN LEMAH
PARA PEJUANG BERSENJATAKAN BATU-BATU KERIKIL
SEGERA DIHANCURKAN ATAS NAMA KEAMANAN DUNIA
LALU ISLAMOPOBIA MENJADI SENJATA LAGI
DUNIA SEMAKIN DEWASA
MEMBESAR DALAM DURJANA
ISLAMOFOBIA SEMAKIN BERTAKHTA
MENGHIAS MEDIA SERBA BERKUASA
DAN MUSLIMIN SEMAKIN BERSENGKETA
TENGGELAM PUNCA TIDAK KETAHUAN
MANA YANG BENAR
MANA YANG SALAH
MENJADI BONEKA
PERMAINAN MEDIA, AMERIKA SYARIKAT DAN BARAT
ISLAMOFOBIA MEMUNCAK DAN MEREBAK
ISLAM DICACI DAN DIBENCI
MALAH “MUSLIMIN” SENDIRI
MEMAHAT SEJARAH BARU
ISLAM SIASAH
ISLAM LIBERAL
ISLAM BEBAS
ISLAM MODEN
ISLAM FEUDAL
ISLAM ALAT
ISLAM KERAS DAN JUMUD
ISLAM PUAK DAN SUKU KAUM
ISLAM AKU DAN ISLAM ENGKAU
INILAH SEBENARNYA ISLAMOFOBIA CIPTAAN KITA SEMUA
DR ISMAIL IBRAHIM
11 SEPTEMBER 2011
Comments
Post a Comment