INNOCENCE OF MUSLIMS DAN AKIBATNYA

Innocence of Muslims ialah tajuk filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam dan mengakibatkan 3 kematian di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Libya, termasuk Dutanya, iaitu satu manifestasi kemarahan dan keganasan yang dilakukan oleh para perusuh di Libya, kerana filem ini telah menggambarkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam sendiri. Para perusuh telah melepaskan kemarahan mereka dengan membunuh ketiga-tiga mangsa tersebut.

Selain dari Libya, para perusuh dan penunjuk perasaan ganas berlaku juga di Yemen, Iraq, Iran, Cairo, Baghdad dan Bangladesh, dan semuanya melakukan bantahan itu di kawasan Kedutaan AS di negara masing2.

Para penunjuk perasaan memperotes di Kedutaan AS kerana apa2 saja serangan terhadap Islam dan Nabi Muhammad adalah ditafsirkan sebagai perbuatan yang didorongkan oleh dasar AS sendiri terhadap Islam, secara langsung atau tidak langsung, tambahan pula di Beijing, menurut berita media, agensi berita rasmi China telah mengeluarkan kenyataan yang keras dalam konteks ini, bahawa keganasan yang berlaku di Timur Tengah dalam isu ini, termasuk pembunuhan Duta AS di Libya, adalah merupakan gambaran yang jelas tentang kemarahan rakyat di sana terhadap dasar AS yang bongkak dan berat sebelah terhadap rantau Timur Tengah itu.

Bagaimana pun kepala negara di negara2 yang menyaksikan keganasan itu, iaitu di Cairo, Yemen, khususnya Libya telah memohon maaf kepada Presiden Obama di atas keganasan yang dilakukan oleh rakyat masing2 di negara2 tersebut, malah di Yemen, askar Kerajaan telah melepaskan tembakan kepada para perusuh, membunuh seorang penunjuk perasaan, demikian juga di Cairo, beberapa orang penunjuk perasaan cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan,  namun Presiden Mesir yang baru iaitu yang dilebalkan sebagai "Islamist" oleh media Barat, telah menghubungi Presiden Obama dalam usahanya mewujudkan perseimbangan dalam hubungan dua hala di antara Mesir dan AS, iaitu diantara kebebasan rakyat untuk menyatakan bantahan cara aman dengan perbuatan radikal yang ganas di kalangan rakyatnya, terutamanya telah dilapurkan juga bahawa salah seorang pejuang filem yang tersebut ialah seorang penganut Kristian Qibti (Coptic) Mesir yang tinggal di AS.

Sebenarnya peristiwa permusuhan yang diakibatkan oleh pengeluaran filem ini, termasuk beberapa peristiw lain lagi yang menimbulkan ketegangan di antara orang Islam dan rakyat Barat, khususnya AS selama ini, adalah terlalu rumit dan berliku2 rentetannya untuk umat Islam melepaskan kemarahannya dengan cara ganas dan berdarah ini.

Peristiwa Salman Rashdi sendiri yang menerbitkan bukunya Satanic Verses yang dihukum murtad oleh Imsam Khomaini, telah juga memakan korban nyawa orang Islam sendiri, iaitu seperti yang berlaku di dalam negara Islam ketika para penunjuk perasaan yang marah bertindak menentang polis dan akibatnya beberapa orang penunjuk perasaan telah terkorban terkena tembakan polis, iaitu satu pengurbanan nyawa yang mungkin tidak seharusnya berlaku dalam protes ini.

Banyak kejadian lain yang berlaku dalam peristiwa yang sama, ketika Nabi Muhammad di hina dengan lukisan kartun, filem dan sebagainya yang menimbulkan kemarahan umat Islam, dan yang dalam keadaan ini membangkitkan emosi segelintir umat Islam yang bertindak melakukan keganasan tanpa memperdulikan keselamatan diri, malah dalam banyak hal telah berlaku pula peristiwa yang boleh diibaratkan sebagai para pejuang yang melepaskan tembakan kepada sasaran yang salah, ertinya menembak tidak pada sasaran yang betul, tetapi menembak sasaran yang silap (shooting at the wrong targets) namun inilah saja jalannya bagi sesetengah masyarakat Islam untuk melepaskan rasa kesal dan hampanya yang amat keterlaluan selama ini.

Oleh itu saya rasa umat Islam di negara kita masih dapat mengawal kemarahan dengan bijaksana, dan dalam menguruskan kemarahan yang berdasarkan emosi dan sentimen, kita masih dapat menjaga rasionalitinya dalam perjuangan kita untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan agama dan Nabi itu secara yang lebeh bertamadun dan berhikmah. Hal ini mungkin juga berdasarkan adat resam dan budaya rakyat kita selama ini yang tahu membezakan penyelesaian konflik dan kemarahan dengan cara kita sendiri tanpa terlalu merasa sensitif yang berlebihan dan mengambil jalan kekerasan bagi menyelesaikannya.

Namun begitu hal ini tidaklah bermakna bahawa dalam kesabaran dan ketenangan umat Islam di negara kita ini pihak lain dapatlah dengan mudah pula melakukan berbagai tindakan yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam, malah menunjukkan sikap anti Islam secara langsung atau tidak langsung.

Amat tepat sekali bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab dalam urusan agama sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan mengecam serangan terhadap diplomat dan kawasan diplomatik kerana membantah filem tersebut, walau pun negara kita tidak mengalami bantahan yang sama. Tetapi inilah sebenarnya pendirian Islam dalam menghadapi kerisis dan serangan terhadap agama dan penganutnya serta kesucian para Rasul dan Nabi utusan Allah SWT, terutamanya Islam adalah mengiktiraf para Rasul dan Nabi utusan Allah semuanya, walau pun umat lain tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Saya sering juga menekankan tentang keadaan ini, bahawa inilah sikap dan pendirian serta kefahaman kita sebagai umat yang bersifat dengan sifat wasatiyyah, iaitu sebagai umat yang terpilih lagi adil dalam menghadapi segala situasi, termasuk dalam saat2 keritikal dan rumit menentang permusuhan dan kecaman orang lain terhadap kita.

Namun sebagai nasi tambah kepada menu kita pada hari ini, telah timbul satu persoalan di dalam kepala saya ketika ini, apakah ketika kita kelihatan amat tenang dan rasional  dalam kerisis filem ini, kita juga akan dapat mengurus kerisis ini ketika kita menghadapi saat kecemasan ketika kita sesama kita, iaitu umat Islam sesama umat Islam, bertelagah dan berselisih di antara kita sendiri? Atau dengan ibarat yang lebeh jelas apakah kita dapat mengurus dan mengawal kemarahan kita ketika Melayu bertelagah sesama Melayu seperti yang berlaku di dalam dunia politik sempit kita pada masa kini?

Apa kata kita semua dalam hal ini secara ikhlas dan jujur. Mungkin ramai yang mempunyai jawapan masing2, bagaimana pun, tepoklah dada tanyalah diri masing2.





Comments

  1. Satu pertanyaan kepada sahabat2 di sebelah Pas. Berfikir lah sebagai seorang islam ...

    Persahabatan Tuan Guru Hadi Awang dengan Lim Kit Siang hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tuan Guru Hadi Awang walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Lim Kit Siang di saat Tuan Guru Hadi Awang mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

    Persahabatan Tok Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tok Guru Nik Aziz walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Karpal Singh di saat Tok Guru Nik Aziz mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

    TETAPI .... saudara2 ku ....

    Permusuhan Tuan Guru Hadi Awang terhadap DS Najib hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya DS Najib akan tetap dapat bersama dengan Tuan Guru Hadi Awang di dalam syurga. Walau pun Tuan Guru Hadi Awang masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya DS Najib akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

    Permusuhan Tok Guru Nik Aziz terhadap TS Muhyidin Yassin hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya TS Muhyidin Yassin akan tetap dapat bersama dengan Tok Guru Nik Aziz di dalam syurga. Walau pun Tok Guru Nik Aziz masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya TS Muhyidin Yassin akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

    Kalian boleh membenci para pemimpin Umno yang islam sekarang, tapi akhirnya mereka akan bersama juga dengan kalian di dalam syurga jannah.

    Kalian boleh menyanjung dan memuja pemimpin DAP sekarang, tapi akhirnya walau pun dengan hati yang berat kalian terpaksa juga melepaskan mereka berjalan menuju ke neraka jahannam di ketika kalian diarahkan berjalan menuju ke syurga jannah.

    Mudahan2 kalian mula insaf dari sekarang. Siapa Umno kepada kalian DAN Siapa DAP kepada kalian ???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....