INNOCENCE OF MUSLIMS DAN SEKAWAN SERIGALA

Saya pernah terbaca sebuah kisah sejarah agak lama dulu tentang keadaan umat Islam yang sering bersengkita dan berkelahi sesama sendiri. Kalau tak salah ingatan saya, seorang hukamak atau pendeta Islam pada masa itu telah ditanya oleh para sahabatnya: Apakah akan jadi kepada umat Islam ini pada masa hadapan kerana mereka nampaknya asyik berselisih pandangan sehingga kadang2 membawa kepada pergaduhan fizikal yang mengancam keselamatan diri mereka masing2 sekiranya tidak terdapat orang tengah diantara mereka yang dapat meleraikannya.

Hukamak itu menjawab: Tak usahlah dibimbangkan wahai saudaraku, kerana orang Islam ini adalah ibarat sekumpulan serigala yang sering bercakaran dan bergomol sesama sendiri, tetapi mereka akan segera bersatu sekiranya mereka terpaksa berhadapan dengan musuh bersama yang  mengancam keselamatan dan kesejahteraan mereka. Mereka akan bersatu mengumpulkan kekuatan bersama untuk mengalahkan musuh mereka itu!

Cerita ini amat tinggi moral dan pengajarannya kepada umat Islam pada masa kini, iaitu dalam menghadapi sesuatu ancaman atau cabaran dari musuh bersama maka sepatutnya umat Islam seluruhnya haruslah bersatu untuk menghadapi musuh bersama itu, bukan bertindak sebaliknya, iaitu akan menyebelahi musuh Islam itu pula bagi menentang sesama umat Islam yang dianggap sebagai musuhnya.!

Sebenarnya saya teringatkan kisah tersebut ialah kerana menurut berita yang saya dengar dan baca, para penyokong parti politik yang dinggotai oleh orang Islam akan turun menunjukkan perasaan mereka secara bersama pada hari Jumaat 21 September meskipun mereka terdiri dari kumpulan2 yang bermusuh dalam ideologi politik kerana mereka merupakan pengikut parti yang bermusuh. Memanglah ruh kesatuan ini benar2 merupakan mesej cerita beberapa kumpulan serigala itu yang sering bergomol, tetapi akan melupakan permusuhan itu apa bila mereka terpaksa menguruskan masalah mereka dengan musuh bersama yang meremehkan mereka atau mengancam keselamatan mereka.

Oleh itu mungkin sekiranya bantahan bersama ini benar2 dapat dirialisasikan maka mungkin hal ini merupakan diantara fakta sejarah yang dapat menyatukan para pengikut parti politik Islam yang berbeza-beza itu untuk bersatu melupakan ideologi kepartian mereka untuk sama2 menunjukkan kepada dunia bahawa ancaman dan cabaran yang ditujukan kepada Islam dan Rasulnya itu adalah merupakan satu cabaran yang serius dan amat menyentuh maruah serta perasaan umat Islam seluruhnya yang seharusnya dibantah.

Bagaimana pun saya percaya, bahawa dalam cerita serigala itu, setelah mereka selesai menghadapi musuh bersama dan menghancurkannya atau menghambatnya pergi jauh, mungkin mereka akan kembali bersengkita dan bergomol kembali, kerana hal itu telah menjadi tabiat mereka yang menjadi ritual harian mereka, bergaduh dan bergomol sehinggalah tiba masanya pada satu ketika yang akan datang apabila satu musuh bersama yang lain akan  lahir semula mencabar kekuatan mereka sekali lagi, maka pada masa itu mereka akan bersatu semula menentang musuh bersama itu.

Bagaimana pun serigala adalah binatang yang tidak mempunyai akal dan tidak dapat berfikir seperti manusia. Maka segala2nya yang mereka lakukan adalah berdasarkan naluri dan emosi semula jadi mereka sebagai makhluk yang tidak mempunyai ilmu dan hikmah.

Oleh itu kita tentulah tidak merasa terkejut apabila memikirkan bahawa pada masa kini nampaknya manusia telah menjadi semakin buruk perangainya dari haiwan itu, iaitu apabila kita melihat segala peristiwa ganas dan kejam yang berlaku sesama mereka di dalam dunia yang canggih ini, pada masa kini, pada saat semakin ramai manusia yang berilmu, berakal dan pandai berfikir ini, namun manusia kelihatan menjadi semakin ganas dan buas.

Namun saya percaya, umat Islam di negara kita, yang nampaknya semakin hebat berkerisis dan bergomol seperti serigala yang disebutkan di dalam cerita di atas, akan segera kembali kepada kematangan dan kerasionalannya, kesatuan dan kekuatannya selepas menyedari betapa seriusnya mereka kini sedang dicabar dari segenap penjuru, kiri dan kanan, atas dan bawah, oleh musuh yang terang2 atau musuh dalam selimut, atau teman2 rapat sendiri yang sering bermimpi dengan mimpi-mimpi yang berlainan, walau pun mereka sama2 tidur di atas bantal yang sama, kerana jika malang tidak berbau, maka kini nampaknya musuh juga tidak berbau.

Kalau kita melihat sesetengah masyarakat Islam di tempat2 lain mereka terus menerus bergomol walau pun ketika menghadapi musuh bersama, maka rakyat Muslim Malaysia  cuba2lah meniru masyarakat serigala itu, dan seterusnya bertindak dengan lebeh baik lagi untuk terus menerus menyelesaikan kerisis mereka sesama sendiri ketika "perang" atau ketika "aman"  dengan penuh jujur dan ikhlas, bukan hanya turun berjalan dan berarak membuat bantahan secara bersama, sedangkan di dalam kepala dan hati masing2 masih berfikir bagaimanakah akan "aku usahakan menjahanamkan teman sebelah aku ini dalam politiknya selepas demonstrasi ini!"

Kalau demikianlah juga sifatnya kita pada hari ini, baiklah kita ramai2 menjelma menjadi serigala daripada menjadi manusia!

Comments

  1. Satu pertanyaan kepada sahabat2 di sebelah Pas. Berfikir lah sebagai seorang islam ...

    Persahabatan Tuan Guru Hadi Awang dengan Lim Kit Siang hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tuan Guru Hadi Awang walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Lim Kit Siang di saat Tuan Guru Hadi Awang mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

    Persahabatan Tok Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tok Guru Nik Aziz walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Karpal Singh di saat Tok Guru Nik Aziz mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

    TETAPI .... saudara2 ku ....

    Permusuhan Tuan Guru Hadi Awang terhadap DS Najib hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya DS Najib akan tetap dapat bersama dengan Tuan Guru Hadi Awang di dalam syurga. Walau pun Tuan Guru Hadi Awang masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya DS Najib akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

    Permusuhan Tok Guru Nik Aziz terhadap TS Muhyidin Yassin hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya TS Muhyidin Yassin akan tetap dapat bersama dengan Tok Guru Nik Aziz di dalam syurga. Walau pun Tok Guru Nik Aziz masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya TS Muhyidin Yassin akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

    Kalian boleh membenci para pemimpin Umno yang islam sekarang, tapi akhirnya mereka akan bersama juga dengan kalian di dalam syurga jannah.

    Kalian boleh menyanjung dan memuja pemimpin DAP sekarang, tapi akhirnya walau pun dengan hati yang berat kalian terpaksa juga melepaskan mereka berjalan menuju ke neraka jahannam di ketika kalian diarahkan berjalan menuju ke syurga jannah.

    Mudahan2 kalian mula insaf dari sekarang. Siapa Umno kepada kalian DAN Siapa DAP kepada kalian ???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....