Posts

Showing posts from November, 2012

DOA KEPARTIAN KETIKA MENGHADAPI PRU

KENAPAKAH SAYA AGAK PESIMIS? Dalam entri saya minggu lalu supaya Pilihan Raya datang dengan cepat dan pergi dengan cepat, nampaknya saya seolah-olah lahir sebagai orang putus asa dan pesimistik dengan umat Melayu dan Islam di negara kita. Bunyi seperti orang merajuk, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ya saya agak pesimis, kerana dalam contoh mendoakan untuk kemusnahan orang lain sesama Islam umpamanya, nampaknya kini hal ini menjadi seperti isu khilafiah pula, yang sebelah mengatakan boleh dan yang sebelah lagi mengatakan tak boleh, iaitu seolah-olah isu kecil dan isu hitam putih, yang tidak memerlukan perbincangan dan polemik secara ilmu pengetahuan dan hikmah yang baik dari semua pihak. Oleh itu para pengikut parti, malah melarat kepada segelintir orang yang menjadi pemimpin kecil atau kecil agama, seperti imam masjid umpamanya, telah mengguna pakai doa ini untuk dibacakan di dalam khutbah Jumaat semalam, iaitu selepas berdoa untuk Sultan, maka berd...

TAHUN BARU HIJRAH 1434: DOA DAN HARAPAN

ANGAN-ANGAN TAHUN BARU HIJRAH 1434 Saya amat mengharapkan seperti yang saya doakan dua hari yang lalu, bahawa tahun Hijrah yang baru akan membawa saya kembali ke zaman persekolahan saya di Maahad Mahmood sekitar akhir tahun lima puluhan, ke Kolej Islam Malaya dalam tahun enam puluhan, dan Al-Azhar Universiti, akhir enam puluhan ke awal tujuh puluhan. Di Maahad Mahmood saya belajar di sana bersama-sama dengan kawan seangkatan, tetapi lebeh muda dari saya empat lima tahun, seperti arwah Fadhil Nor, Azizan Abdul Razak, Zam dan beberapa orang lain lagi. Di Kolej Islam Malaya saya bertemu dengan teman-teman dari segenap pelosok negara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Brunei, seperti Haron Din, Sanusi Daeng Meriok, Ahmad Awang, arwah Hamid Othman, Yusuf Noor, Dusuki Hj Ahmad, Idris Omar, Abdul Hamid Zainal Abidin, Zainal Abidin Abdul Kadir, Abd. Manaf Ahmad dan lain-lain lagi. Di Al-Azhar pula saya bertemu lagi dengan kebanyakan kawan yang sama belajar di Kol...

DOA TAHUN BARU HIJRAH: SEGERALAH DATANGNYA PRU!!

DOA TAHUN BARU HIJRAH: MUDAH-MUDAHAN SEGERA PILIHAN RAYA Pada hari ke-4 memasuki tahun baru hijrah 1434, kalau saya masih punya kesempatan untuk membuat azam baru sempena tahun baru ini, maka doa saya semoga Pilihan Raya ke-13 (PRU 13) akan segera datang dan segera selesai. Doa ini adalah doa peribadi saya, antara saya dengan Tuhan, tanpa campur tangan sebarang makhluk lain. Saya berangan-angan demikian, iaitu supaya  PRU 13 segera datang dan segera pergi meninggalkan kita, ialah kerana secara peribadi juga saya merasakan bahawa telah amat lama sekali kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan orang Islam, telah menghabiskan masa secara sia-sia, tanpa banyak memberi faedah yang positif dan produktif untuk kepentingan bangsa dan agama kita, iaitu dalam proses perjuangan dan pertempuran untuk memenangi PRU 13 bagi parti dan angkatan masing-masing.  Ketika parti-parti politik, terutamanya pimpinan dan pengikutnya yang taksub, berusaha mempertahankan k...

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, KE MANAKAH HIJRAH ILMU KITA?

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1434 Pagi ini Dewan Planeri dan Dewan A di PICC, yang menempatkan tetamu dalam perayaan sambutan Tahun Baru Hijrah 1434,  bergema dengan kemerduan suara pembaca Al-Quran, Qari jemputan, johan tilawah tahun lalu. Ayat-ayatnya juga penuh makna, (surah Luqman, ayat 27) yang bermaksud: Seandainya semua pohon yang ada di bumi ini menjadi pena, dan semua (air) lautan menjadi tinta, dengan ditambah tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Ilmu) Allah itu ditulis ....." Ayat ini menjelaskan tentng luas dan banyaknya ilmu Allah di atas muka bumi ini, iaitu segala cabang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi ciptaan-Nya, ilmu dunia dan akhirat kurniaan-Nya, yang harus diterokai dan dikuasai manusia, sehinggakan seandainya air lautan yang sedia ada di muka bumi ini, digunakan sebagai tinta, atau dakwatnya, ditambah lagi dengan tujuh buah lautan yang lain, maka ilmu Allah itu tidak akan habis ditulis, maknanya tida...

SINDROM PANIK DAN BIMBANG

Nampaknya mutakhir ini suasana di dalam negara kita, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, adalah dipenuhi dengan sindrom panik dan bimbang. Baca akhbar dan media utama, malah lebih-lebih lagi membaca media baru atau media alternatif, hampir semuanya menampakkan berita sinikal dan kecam mengecam antara orang Melayu, tonjol menonjol yang baik dan buruk, seolah-olah "kita" saja yang baik semuanya, sedangkan "orang lain" semuanya buruk, malah banyak yang disiarkan sebagai fakta dan data, hanya merupakan andaian dan cakap-cakap di kedai kopi, khabar angin dan sebagainya tanpa berasaskan sedikit kajian atau penyelidikan untuk mencari fakta dan data yang benar. Masalah menjadi bertambah rumit kerana orang Melayu bilangannya tidaklah seramai mana, jumlah punya jumlah hanya lebih beberapa peratus saja jika dibandingkan dengan jumlah kaum-kaum lain. Maka hal ini menjadi faktor yang menambahkan rasa panik dan bimbang dalam percaturan politik kepartian dalam meng...

BENARKAH OBAMA TAK SUKA PERANG?

OBAMA TAK SUKA PERANG? KEMENANGAN OBAMA ATAS ROMNEY. Seorang kawan saya melihat keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat melalui telefon bimbitnya dan merasa lega kerana Obama menang, terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua. Dia lega kerana Obama tak suka berperang, iaitu menurut pengamatannya, Romney adalah seorang yang suka berperang, maka sekiranya Romney menang alamatnya perang akan terus menerus berlaku, terutamanya di dalam negara Arab dan Islam. Harap-harap begitulah hendaknya keadaan yang akan berlaku di dalam dunia Islam ini dengan kemenangan Obama, yang menurut kawan saya ini "dia tak suka berperang". Malah perang di Iraq dan Afghastan mulai kelihatan reda. Tetapi saya memberikan pandangan saya bahawa Obama mungkinlah tidak suka berperang. Namun orang lain, terutamanya orang Arab dan orang Islam itulah yang suka berperang. Lihat saja apa-apa yang berlaku di negara Arab sekarang, Obama tidak pergi suruh mereka berperan...

PILIHAN RAYA US DAN TAUFAN SINDY

 TAUFAN SANDY DAN PILIHAN RAYA PRESIDEN A.S. Amerika Syarikat menamakan taufan yang melanda negara mereka dengan nama wanita. Setiap tahun nama ini berubah-ubah, dan taufan besar-besaran yang melanda negara itu pada tahun ini dinamakan Sandy. Taufan Sandy merupakan satu peristiwa sejarah bagi A.S. tahun ini. Korbannya telah meningkat lebih 100 orang. Namun begitu, kita tentu tidaklah dapat membayangkan bagaimanakah sekiranya taufan sehebat ini berlaku di negara membangun atau mundur di dunia ini, maka korbannya mungkin akan meningkat kepada ribuan orang, dan kemusnahan harta bendanya mungkin lebih besar lagi. Iktibar yang dapat diambil bahawa walau semaju mana pun sekali pun sesebuah negara itu di dunia ini, maka bencana alam yang diturunkan oleh Maha Pencipta  tidak dapat ditentang oleh sebarang negara dan masyarakat yang sentiasa tertakluk kepada kuasa Tuhan. Hal inilah yang berlaku kepada negara-negara gagah kaum-kaum pendurhaka para Nabi dan Rasul utusan...