PILIHAN RAYA US DAN TAUFAN SINDY
TAUFAN SANDY DAN PILIHAN RAYA PRESIDEN A.S.
Amerika Syarikat menamakan taufan yang melanda negara mereka dengan nama wanita. Setiap tahun nama ini berubah-ubah, dan taufan besar-besaran yang melanda negara itu pada tahun ini dinamakan Sandy.
Taufan Sandy merupakan satu peristiwa sejarah bagi A.S. tahun ini. Korbannya telah meningkat lebih 100 orang. Namun begitu, kita tentu tidaklah dapat membayangkan bagaimanakah sekiranya taufan sehebat ini berlaku di negara membangun atau mundur di dunia ini, maka korbannya mungkin akan meningkat kepada ribuan orang, dan kemusnahan harta bendanya mungkin lebih besar lagi.
Iktibar yang dapat diambil bahawa walau semaju mana pun sekali pun sesebuah negara itu di dunia ini, maka bencana alam yang diturunkan oleh Maha Pencipta tidak dapat ditentang oleh sebarang negara dan masyarakat yang sentiasa tertakluk kepada kuasa Tuhan. Hal inilah yang berlaku kepada negara-negara gagah kaum-kaum pendurhaka para Nabi dan Rasul utusan Allah dalam sejarah seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran.
Sebab itulah ketika berlaku taufan Sandy ini, penduduk A.S. di sekitar daerah-daerah yang dilanda taufan tersebut, termasuk di kota besar New York, telah mengalami kepelbagaian kerisis dari bekalan makanan dan minuman air bersih sehingga kepada kerisis terputusnya bekalan letrik kepada jutaan orang, kemusnahan harta benda dan rumah tangga, terhentinya perkhidmatan pengangkutan udara, darat dan bawah tanah, kebakaran dan keruntuhan bangunan yang selama ini amat peerkasa, membawa juga kepada korban jiwa. Dan sekarang ini udara sejuk pula melanda negara tersebut akibat dari Taufan dan cuaca biasa daerah tersebut.
Peristiwa bencana alam ini juga telah menunjukkan kuasa Maha Pencipta yang mencabar kemajuan manusia ketika kita menyaksikan kemusnahan besar-besaran di Jepun semasa tsunami melanda negara tersebut tidak lama dulu. Nyawa dan harta benda serta kemajuan teknologi negara maju itu musnah dan tenggelam, tidak terlawan oleh negara kaya dan berteknologi tinggi tersebut.
Bagaimana pun seperti yang saya sebutkan di atas, bahawa hal ini tentulah akan lebeh buruk akibatnya sekiranya peristiwa bencana alam besar-besaran in berlaku di negara membangun yang tidak mempunyai persiapan yang kukuh dalam pembinaan rumah, jalan raya, dan prasarana lainnya, kerana selama ini kita dapat menyaksikan bahawa bencana alam yang kecil sahaja berlaku di negara yang tidak mempunyai persiapan rapi, maka korbannya berlipat ganda.
Hal ini tentulah mempunyai hubungan dengan usaha dan ikhtiar manusia sendiri yang seharusnya sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan bencana alam yang akan berlaku,
dan bagaimanakah usaha mengelakkan kemusnahan yang bakal berlaku kepada manusia dan harta benda serta kemudahan lain.
Namun segala usaha dan ikhtiar manusia itu bagaimana pun tidak dapat mengatasi kekuasaan Tuhan yang Maha Esa dan Berkuasa, dan di sinilah pentingnya manusia mengakui kekuasaan Allah dan pengajaran yang seharusnya diambil dalam menghadapi kehidupan dunia dan akhirat ini.
Segala kekuatan manusia dan kesombongannya dalam dunia ini, hanya akan menonjol ketika belum diuji, dan apabila diuji dengan kekuatan Allah, maka kekuatan Allah itu jugalah yang akan mengatasi segala kekuatan manusia itu, sungguh pun hal ini sebenarnya tidaklah seharusnya menghalang manusia dari berikhtiar manambahkan kekuatannya, namun segala kekuatan dan keperkasaannya itu haruslah disertai dengan pergantungan dan keimanannya kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan hal inilah yang semakin terhakis dari masyarakat manusia hari ini.
Oleh itu taufan Sandy di Amerika Syarikat, atau peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun, seharusnya menjadi pencetus iman kepada manusia, disamping menjadi pengajaran kepada seluruh dunia tentang pengkhianatan yang telah dilakukan kepada alam Tuhan ini yang mengakibatkan huru hara cuaca, climate change dan global warming....
Satu perkara yang nampaknya berlaku dalam dunia politik hari ini di mana-mana saja, sebarang perkara yang berlaku dalam negara itu, sama ada dengan tangan manusia atau kuasa Tuhan, akan dipergunakan oleh ahli dan penyokong parti politik untuk mencari keuntungan politiknya, terutamanya menjalang pilihan raya Presiden A.S. yang akan berlangsung pada 6 November ini.
Kalau ada ilham dan bahan insya'Allah akan saya cuba menyambung tulisan ini kemudian.
Comments
Post a Comment