DOA KEPARTIAN KETIKA MENGHADAPI PRU
KENAPAKAH SAYA AGAK PESIMIS?
Dalam entri saya minggu lalu supaya Pilihan Raya datang dengan cepat dan pergi dengan cepat, nampaknya saya seolah-olah lahir sebagai orang putus asa dan pesimistik dengan umat Melayu dan Islam di negara kita. Bunyi seperti orang merajuk, marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Ya saya agak pesimis, kerana dalam contoh mendoakan untuk kemusnahan orang lain sesama Islam umpamanya, nampaknya kini hal ini menjadi seperti isu khilafiah pula, yang sebelah mengatakan boleh dan yang sebelah lagi mengatakan tak boleh, iaitu seolah-olah isu kecil dan isu hitam putih, yang tidak memerlukan perbincangan dan polemik secara ilmu pengetahuan dan hikmah yang baik dari semua pihak.
Oleh itu para pengikut parti, malah melarat kepada segelintir orang yang menjadi pemimpin kecil atau kecil agama, seperti imam masjid umpamanya, telah mengguna pakai doa ini untuk dibacakan di dalam khutbah Jumaat semalam, iaitu selepas berdoa untuk Sultan, maka berdoalah untuk kehancuran saudara-saudaranya seagama. Ada jemaah yang segera menurunkan tangannya dari doa, malah mungkin juga terdapat makmum yang bangun dan keluar tidak meneruskan sembayhang Jumaat.
Saya peercaya isu serius begini, termasuk isu menghukum orang yang sama mengucap dua kalimah syahadah sebagai murtad, tidak Islam dan sebagainya, sememangnya disimpan di bawah tikar tanpa disanggah kerana hal ini akan memberikan kekuatan kepada parti untuk menghadapi PRU 13, iaitu kedua-dua belah pihak akan menggunakan senjata yang sama untuk menjatuhkan lawan masing-masing, walau pun hukum yang sebenarnya jelas dan terang, kerana orang awam dan para pengikut parti yang setia hanya menjadi "kami yang menurut peerintah" kepada para pemimpin besarnya.
Terdapat orang yang mencadangkan agar isu-isu seperti ini dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Tetapi saya percaya sekiranya Majlis tersebut membincangkan hukumnya dan mengeluarkan fatwanya, maka aka ada pihak yang akan mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan juga adalah berat sebelah dalam mengeluarkan fatwanya. Mungkin labih baik isu-isu yang dipolitikkan ini ditangguhkan pengeluaran fatwanya sehingga selepas PRU 13 nanti.
Gambar-gambar hiasan di atas yang saya paparkan menggambarkan kami berkawan dan belajar sama, berguru dan menggunakan kitab yang sama. Cuba kenalkan saudara-saudara seagama dan sesama universiti di atas, Allah Yarham Fadhil Nor, Abdul Hamid Othman, dan yang lain-lain ialah Ahmad Awang, Yahya Othman, Idris Omar, Othman Khalid serta saya juga, kami mengetahui hal yang sama, malah kalau di Al-Azhar kami berbeza kulliah, tetapi di Kolej Islam Malaya kami mengambil semua mata pelajaran dalam bidang syariah, usuluddin, bahasa Arab, Falsafah, bahasa Inggeris, Melayu dan Arab, berguru yang sama juga,
Kami tentunya sama-sama memahami isu-isu sensasi yang dipolitikkan itu, tetapi mungkin bukan masanya pada masa kini akan memberikan pandangan kami, kerana dalam hal ini mungkin kami akan menerima kecaman tertentu sekiranya kami mencuba untuk membetulkan pandangan yang "popular" itu.
Maka dalam hal ini, saya sekali lagi merasakan bahawa berkemungkinan besar isu-isu ini akan mati begitu sahaja setelah berlalunya PRU 13 nanti, atau kalau nak dibincangkan pun, mungkin tidak banyak orang yang berminat.
Tetapi sampai bilakah umat Islam akan berkerisis sebegini? Kaedah agama mengatakan bahawa : kembali kepada kebenaran, lebih baik dari berlarutan dalam kebatilan. Pandangan saya bahawa selagi PRU 13 belum berlalu, selama itulah umat Islam akan berlarutan dalam konflik, kecuali para pimpinan parti itu sendiri yang tampil membetulkan pengikutnya yang taksub dan partisan, iaitu satu perkara yang mungkin tidak akan berlaku selagi PRU 13 masih berada di ambang pintu.
Kerana keadaan inilah saya kelihatan seperti orang yang putus asa dan pesimis sekali, pada hal kalau menurut ajaran agama, kita janganlah berputus asa dari rahmat Allah, jadi dengan ini ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah berputus asa dari rahmat dan hidayah Allah, malah amat mengharap dan berdoa semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepada kita semua insya'Allah.

Comments
Post a Comment