POLARISASI MASYARAKAT SEMAKIN PARAH
MASYARAKAT SEMAKIN MENGALAMI POLARISASI Sebelum ini kita sering membicarakan tentang polarisasi kaum, seperti yang berlaku di institusi pengajian tinggi umpamanya, iaitu ketika kaum masing-masing hanya bergaul, berinteraksi dan berkumpul sesama kaum mereka semata-mata. Hal ini dilihat sebagai satu fenomena yang tidak sihat dalam masyarakat seperti negara kita yang penduduknya terdiri dari kepelbagaian kaum, agama dan keturunan. Polarisasi dengan itu seharusnya tidak wujud, tetapi sebaliknya apa bila berlaku polarisasi kaum, maka dengan sendiri, masyarakat kita menjadi masyarakat yang berpecah belah mengikut agama, keturunan, bahasa dan budaya. Kalau dulu kita membicarakan hal ini secara umum sahaja, tetapi nampaknya kerana perkembangan yang tidak sihat sedang berlaku di dalam politik yang berbentuk polarisasi juga, iaitu politik partisan yang membawa kepada taksub, maka orang Melayu dan umat Islam di negara kita nampaknya mulai memupuk dasar polirisasi politik ini ...