USAHA MENGHARMONIKAN HAMAS DAN FATAH
USAHA NAJIB HARMORNIKAN DI ANTARA HAMAS DAN FATAH
Politik dalam dunia membangun, termasuk dalam dunia Islam dan Arab, sememangnya amat tidak beretika. Hal-hal dari sekecil-kecil perkara sehingga ke isu-isu yang besar semuanya sering dipolitikkan. Isu pembangunan ekonomi, rasuah, pelajaran, alam sekitar, prasarana, pertahanan dan agenda negara lain yang utama sering dipolitikkan dalam pendekatan yang dangkal, sedangkan isu-isu itu amatlah penting dibicarakan secara matang dan berilmu, tetapi kerana hal-hal itu sering dilakukan dengan sentimen dan emosi, maka isu-isu besar itu pun kelihatan sama saja pendekatannya dengan hal remeh temeh yang dipolitikkan seperti membicarakan tentang misai janggut, hidung dan rambut, pakaian dan kenderaan lawan politik yang digunakannya......dan sebagainya...
Hal ini berlaku juga di negara kita, sehingga para pengikut parti politik yang berbeza-beza tidak dapat legi membezakan diantara isu-isu pokok dalam politik dan isu-isu sampingan yang seharusnya tidak dipolitikkan secara serius seolah-olah dengan itu maka dunia kita ini terasa telah hampir dengan hari kiamat.
Maka hal-hal beginilah juga yang saya rasa terletak di atas bahu PM kita yang bercadang untuk memesrakan atau merapatkan barisan perjuangan di antara Hamas dan Fatah, iaitu kedua-dua belah pihak haruslah mengenal pasti apakah isu-isu utama yang mereka harus perjuangkan secara kolektif dan sepadu, dan apakah permaslahan yang wujud di kalangan mereka sendiri yang menjadi duri dalam daging yang seharusnya mereka selesaikan.
Dari beberapa sudut, PM kita bolehlah membawakan contoh-contoh amalan politik yang baik dari negara kita, iaitu dari segi kesatuan barisan rakyat dalam menerima prinsip-prinsip demokrasi seperti kedaulatan undang-undang yang sama rata, penambah-baikan sistem persekolahan dan pendidikan, menghormati peraturan pilihan raya, perana polis, tentera dan sebagainya, yang rata-ratanya mendapat perhatian dan penghormatan dari semua kalangan rakyat sama ada ketua-ketua parti politik, para pengikut masing-massing, dan rakyat umumnya..
Contoh yang paling baik umpamanya orang awam dan ahli politik Malaysia sentiasa menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya, menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat melalui peti undi, dan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan beberapa orang calon dalam pilihan raya pun, maka kes itu dibawa ke muka pengadilan, tanpa mengambil jalan mudah, berbunuhan dan meletupkan bom kereta atau menjadi pengebom berani mati.
Hal ini terbukti dalam pilihan raya tahun 2008 ketika pihak parti pemerintah ketika itu terpaksa akur dengan kemenangan pihak parti pembangkang yang merampas beberapa buah kerajaan negeri dan menafikan pihak parti pemerintah dari mendapat dua pertiga majoriti..

Berperang mulut tanpa etika itu saja yang diamalkan oleh ahli politik negara ini dan diikuti oleh para pengikutnya, rakyat Malaysia tidak menggunakan senjata api dan peluru untuk berperang politik partisan atau taksub, tetapi menggunakan mulut dan peluru suara, atau media dan senjata tulisan, atau lebih lantang lagi menggunakan pentas-pentas syarahan dan ceramah politik atau kempen pilihan raya dengan ceramah berapi-api.
Ketika undi dijalankan, dan keputusannya akan diumumkan, hanya calon yang telah mengetahui bahawa dia akan kalah, maka calon ini dalam diam-diam bersama-sama pengikutnya akan menghilangkan diri dalam kegelapan malam, tidak menunggu lagi pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pegawai pilihan raya di atas pentas seperti yang berlaku di negara-negara majuNamun calon yang kalah dan menghilangkan diri itu, dia hanya menghilangkan diri, tidak terus pergi mencari senapang atau bom untuk mengamuk.

Mungkin kalau hal ini dapat diterima oleh Hamas dan Fatah itu pun, rasanya PM telah mendapat sedikit kemajuan dalam usahanya itu, kerana kita tentu ingat semasa pengumuman pilihan raya Palestin dibuat beberapa tahun yang lalu, iaitu ketika Hamas memenangi Gazah, dan Fatah menguasai bahagian Palestin yang lain, maka Hamas dan Fatah mulai berperang, mula-mula perang dingin, kemudian menggunakan senjata, menangkap dan memenjarakan ahli-ahli pejuang lawan masing-masing,tanpa usaha untuk menyusun barisan dan merangka strategi perjuangan bersama dalam menghadapi musuh utama mereka, iaitu Israel.
Memang agak sukar untuk mengharmonikan rakyat Arab dari segi budaya dan cara hidup seperti yang kita amalkan dalam negara ini, iaitu mengikut adat dan tradisi kampung Melayu dan lidah mereka yang biasa memakan belacan serta budu ini! Kita rakyat Malaysia hanya samseng dalam senyap dan dalam media atau syarahan saja, tetapi tidak banyak yang sanggup maki hamun berdepan, atau bertumbuk dalam Parlimen. Hal ini berlaku di dalam negara lain. Cuma kita hanya berhati-hati saja agar ahli politik kita masih dapat mengawal diri tanpa mengganas dan mengamuk secara fizikal.
Harap-harap PM kita akan dapat mengenal pasti kerisi politik yang lebeh besar di antara Fatah dan Hamas dalam menyusun perjuangan mereka secara bersama. Hamas dan Fatah seharusnya bersatu menyusun strategi untuk mendapatkan kemenangan ke atas musuh, berdialog mencari titik pertemuan pemikiran dan tindakan, meningkatkan taraf hidup untuk semua, pelajaran dan bidang lain untuk kepentingan semua.
Contoh-contoh yang saya berikan itu mungkin hanya kecil saja, kerana konflik politik Hamas dan Fatah tentulah lebih rumit lagi, kerana mereka sedang menghadapi tekanan dari dalam dan luar yang lebeh parah dari kita, dan tekanan politik Amerika dan Eropah ke atas mereka amatlah serius, yang kita di sini tidak merasainya.

Bagaimana pun berdasarkan Malaysia Boleh, maka kita harap PM kita juga boleh menangani hal ini. Kita sama-sama menyokongnya dengan doa dan fikiran...
.
Comments
Post a Comment