MESIR BERMANDI DARAH LAGI



MESIR BERMANDI DARAH LAGI........

Sambutan ulang tahun yang kedua kejayaan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak, pada hari ini,  yang pada mulanya berjalan dengan baik, akhirnya menjadi satu perhimpunan ganas. Kepala yang dingin, tiba-tiba menjadi panas, ketenangan kemudiannya menjadi hiruk pekuk kerana ledakan sentimen dan emosi yang menyala seperti api, dan berlakulah rusuhan dan pergaduhan, termasuk kebangkitan semula rasa tidak puas hati dari golongan yang  anti Kerajaan sekarang, iaitu anti Presiden Morsi dan para penyokong parti Ikhwan Muslimin. 

Dalam sentimen yang sama, banyak bandar di Mesir meletup dengan kekacauan dan pergolakan ini, sehingga pihak pasukan keselamatan telah bertindak balas, menembak beberapa orang penunjuk perasaan dan membunuh beberapa nyawa, yang kemudiannya menambahkan kemarahan dan kegilaan anak muda dan tua, lelaki dan perempuan serta menarik ribuan rakyat keluar mengamuk dan bertindak liar.

Ada yang mengungkit tentang kegagalan Kerajaan sekarang, termasuk tidak dapat membawa perubahan kepada rakyat, dan hal ini terutamanya timbul dari para penentang Ikhwan Muslimin, yang mendakwa bahawa terdapat 40% lagi rakyat yang tidak menyokong parti dan pimpinan Presiden Morsi.

(Inilah perbezaan politik negara kita seperti yang saya tuliskan di atas, iaitu kita sentiasa menerima proses demokrasi dalam pilihan raya, iaitu akur dengan pilihan rakyat melalui peti undi, dan menerima calon pilihan rakyat walau pun hanya dengan kelebihan 1 undi. Inilah juga yang kita harapkan pihak rakyat Arab dapat menerimanya)

Ketika ketegangan dan api kemarahan rakyat Mesir menjadi semakin marak dengan hebatnya di seluruh pelusuk Mesir, tiba-tiba sebuah mahkamah di Port Said yang membicarakan para perusuh yang melakukan rusuhan distadium bola sepak diantara pasukan Al-Ahli dari Kaherah dan Al-Masri dari Port Said pada 2 Februari yang lalu, telah menjatuhkan hukuman mati kepada 21 orang penyokong Al-Masri yang telah bertindak merusuh terhadap penyokong pasukan Al-Ahli sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang agak besar bagi penyokong Al-Ahli.

Berita tentang keputusan mahkamah ini telah disambut dengan gembira oleh penyokong Al-Ahli dari Kaherah, tetapi menimbulkan perasaan yang amat sedih serta marah kepada penyokong pasukan Masri dan ahli keluaarga perusuh yang dihukum mati,   lalu berlakulah keganasan dan rusuhan di luar mahkamah, dan sekali lagi mengundang kekerasan dari orang awam dan pasukan keselamatan,  yang membawa kepada kehilangan nyawa.

Nampaknya memasuki tahun ke-2 rakyat merusuh dan menunjuk perasaan secara ganas sehingga berjaya menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak yang dikatakan memerintah dengan kuku besi itu, namun Mesir masih menyaksikan kerisis politik dan sosial yang masih berlarutan. Ketidak setabilan politik tentulah membawa kepada ketidak setabilan ekonomi. Hal ini tentu menjadi lebeh parah kerana perangkap yang memerangkap rakyat dalam kerisis ekonomi, kekacauan sosial, keruncingan serta kerisis rakyat yang terus sejahtera, kekurangan barang makanan, kenaikan harga barang dan meningkatnya kadar pengangguran, merupakan hambatan rakyat yang masih belum dapat melepaskan diri mereka sepenuhnya dari perangkap ini, maka semuanya ini merupakan bom jangka yang sentiasa  menanti hari sahaja untuk meletup, dan hari menyambut ulang tahun yang ke-dua kebangkitan rakyat yang menumbangkan Hosni Mubarak, di tambah pula dengan keputusan mahkamah yang mengejutkan pihak-pihak tertentu, lalu meletuplah bom jangka yang masih menyala itu, dan sekali lagi Mesir menyaksikan kekacauan dan rusuhan rakyat yang nampaknya tidak akan reda dengan segera...

Pengalaman Mesir, dan pengalaman dunia Islam dan Arab umumnya yang bergelut dengan segala macam kerisis politik, sosial dan ekonomi, nampaknya mengajar satu pelajaran yang amat baik kepada kita sebagai sebahagian dari dunia Islam, iaitu hakikat yang seharusnya kita akui bahawa dunia kita ini telah sekian lama mengalami kerisis kepimpinan yang serius. Kerisis kepimpinan, iaitu ketandusan pemimpin yang berwibawa, yang berpandangan jauh dan yang dapat berfikir dengan baik untuk mentadbir negara, pembangunan ekonomi dan peradaban, pengagihan harta kakayaan yang adil, menyusun masyarakat yang seimbang dan sebagainya sering menjerumuskan negara ke dalam kancah kerisis dan konflik, kehancuran  dan terhakisnya peradaban dan nilai moral rakyat.

Semoga pangalaman ini akan menginsafkan kita dan memberikan petunjuk jalan kepada kita terutamanya dalam menentukan di manakah kita sedang berdiri pada masa kini, dan ke manakah langkah seterusnya yang hendak kita lakarkan untuk kesejahteraan rakyat dan negara kita ini pada masa hadapan, termasuk untuk kesejahteraan anak cucu kita seterusnya...

Kepimpinan kita telah membuktikan kewibawaannya. Malaya, dan kemudiannya Malaysia, bermula dari sebuah negara kecil, tidak ternama, tidak punya hasil bumi seperti Arab, ternyata kemudiannya bangun sebagai sebuah negara yang stabil politik, ekonomi dan sosialnya, membangunkan ekonomi dan pendidikan yang bersifat futuristik, mengeluarkan para intelek dan saintis, para pelajar agama dan global...

Banyak perkara yang perlu kita pelajari dari sejarah, dan pelajaran itu haruslah disalutkan dengan ilmu dan hikmah, dengan pengetahuan dan wisdom..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....