KEBESARAN ISLAM:CUTI DAN PENGISIANNYA



MAULIDUR-RASUL

Budak-budak pejabat saya gembira menyambut Maulidur-Rasul kerana hari itu merupakan cuti umum, jatuh pada hari Khamis 24 Januari, maka mereka mengambil cuti tambahan sehari pada hari Jumaat, lalu cuti pun berlanjutan hingga hari Ahad, dan hari Isnin 28 Januari pula cuti Thaipusam, ganti hari Ahad (bagi WP KL dan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P.Pinang dan Selangor), panjanglah cuti mereka.

Tahun baru Cina yang bakal menjelang pada 10 dan 11 Februari ini pun akan menyaksikan orang bercuti panjang, pegawai kerajaan dan swasta , guru, murid, pekerja kilang, kedai dan banyak lagi, bandar-bandar akan kesunyian, sebaliknya jalan-jalan raya yang bakal dibanjiri dengan kenderaan, berduryun-duyun, berlomba macam kat Sepang, dan akan memakan korban jiwa yang banyak pula seperti biasa. 

Inilah Malaysia, tanah air kita, cuti agama apa pun, semua pakat cuti sama-sama, bukan untuk penganut agama itu saja!. Semua orang seharusnya sukacita dan bergembira, tak payah bersungut dan merungut lagi pasal kaum, agama, budaya, adat dan sebagainya.

Jadi ramai-ramailah semua orang akan balik kampung merayakan perayaan masing-masing, dan sempena hari keputraan Rasul ini, ramailah kaum muslimin muslimat yang akan menghadiri majlis  sambutan hari Maulidur-Rasul yang diadakan diseluruh negara, kampung dan kota, pekan besar dan pekan kecil

 Cuma seingat saya sambutan perayaan kelahiran Nabi Muhammad SAW itu nampaknya sama sahaja seperti perayaan yang telah dijalankan sejak berdekad-dekad lalu, iaitu perayaan hari itu dirayakan dengan bacaan berzanji, marhaban, ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW, kemudian balik rumah masing-masing, dan di kebayakan masjid, terutamanya di Johor, setiap orang boleh "tapau" nasi beriyani yang disediakan khas oleh masjid sempena hari kebesaran Rasulullah SAW itu. Habis hari perayaan itu, habislah cerita, balik macam biasa, tunggu tahun depan pula...

Kita seharusnya perlu memikirkan dengan seberapa seriusnya bagaimanakah setiap kali kita menyambut hari perayaan seperti hari keputraan Nabi Muhammad SAW ini dapat kita manfaatkan secara praktikal untuk menghayati dan merislisasikan ruh dan semangat serta nilai-nilai moral dan fizikal yang berkesan untuk kehidupan kita dunia dan akhirat.

Perayaan agama bukanlah hanya menjadi simbol tanpa meninggalkan kesan kepada umat Islam sendiri. Yang tua dan berilmu seharusnya dapat menjadi tauladan kepada yang muda dalam menghayati akhlak dan nilai budi bahasa yang baik. Para penceramah agama dan guru-guru serta pendakwah itulah yang sepatutnya menunjukkan komitmen mereka terhadap sesuatu yang mereka tahu dan dakwahkan. Ahli politik pula seharusnya tidak terikat kepada gejala kasar dan permainan keji taksub ideologi partisan dalam perilaku mereka seharian walau pun ketika berusaha mencari pengaruh dan undi ketika menghadapi PRU-13 ini.

Hal inilah yang rasanya lebih baik  kepada semua orang ketika kita mengingati peristiwa keputraan Rasulullah SAW dan mengulang-ulang bersyarah tentang  akhlak serta perjuangan baginda, iaitu disamping memberikan tazkirah dan nasihat, umat Islam sendiri haruslah berakhlak dengan akhlak baginda, menunjukkan contoh seperti tingkah laku baginda, bermaafan dan beradab mulia seperti baginda...bukan hanya pandai berbicara, bersyarah dan berkulliah saja.... 




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....