MASJID: PENGGUNAANNYA
(Bahagian Kedua) MASJID: PENGGUNAANYA: 1. Ketika Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada tahun 622 Masehi, masyarakat dan tampuk pemerintahan memerlukan kepada markaz dan pusat pentadbiran, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, maka masjid yang didirikan oleh Baginda itulah yang menjadi ibu pejabatnya. Disitulah tempat ibadat, tempat belajar, mesyuarat dan sebagainya yang merupakan aktiviti Baginda bersama penduduk Madinah keseluruhannya. 2. Fungsi inilah yang selalunya dibangkitkan semula dalam sejarah pertumbuhan masjid di dalam dunia Islam, iaitu yang diharapkan akan menjadi pusat serbaguna, bukan hanya untuk bersembahyang dan berzikir secara ritual kepada Allah SWT sahaja seperti yang difahami dan diterjemahkan selama ini. 3. Bagaimana pun isu ini sering dibicarakan secara teori dan retorik sahaja tanpa sebarang perancangan yang konkrit da...