Menghayati Etika Islam





IHSAN DALAM  KEHIDUPAN MANUSIA

(Bahagian Pertama)


APAKAH DEFINISI IHSAN

1.     Ihsan bermakna kesempurnaan (Perfection/Excellence) penghayatan dari Iman (keyakinan dalaman) yang menjelma dalam tindakan dan amalan, yang mempunyai hubungan rapat dengan tanggungjawab sosial yang berdasarkan komitmen agama dan ketuhanan (God fearing/God consciousness)

2.     Rasulullah SAW dalam Hadith yang terkenal dengan nama Hadith Jibril, telah menjelaskan hal ini secara peribadi iaitu Ihsan bermakna Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

3.     Ihsan dalam pengertian ini ialah “melakukan sesuatu yang baik” dan merupakan salah satu dari tiga dimensi dasar agama, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Islam menekankan tentang “apa yang anda mesti lakukan”, Iman “kenapakah seorang harus melakukan” maka Ihsan secara prinsipnya adalah tindakan yang dilakukan dengan “niat” yang keluar dari dalam hati.

4.     Ihsan merangkumi semua sifat baik menurut istilah agama seperti taqwa, iman, amanah, syukur, sabar dan ikhlas, dan merangkumi istilah moden seperti integriti, benar, telus, bijaksana, adil, rajin, tekun dan lain-lain sifat kecemerlangan insan.

5.     Allah SWT berfirman yang bermaksud Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan ihsan, dan memberikan hak kaum keluarga, dan (Dia) melarang (kamu) daripada melakukan keburukan dan kemungkaran serta kezaliman. Dia mengingatkan kamu semoga kamu mengambil pelajaran. Surah Al-Nahl ayat 90






SIAPAKAH YANG SEHARUSNYA BERSIFAT IHSAN?

6.     Semua orang seharusnya bersifat dengan sifat Ihsan. Di antara perlaksanaan sifat Ihsan ialah

a)     Memaafkan kesalahan orang lain
b)    Membelanjakan harta ke jalan yang berkebajikan
c)     Menentang bisikan dan perintah syaitan dan iblis
d)    Bersifat pemurah
e)     Merendah diri
f)      Taqwa
g)     Sabar dan berani kerana benar

7.     Orang yang mendapat “kuasa” lebih memerlukan sifat Ihsan, demikian juga orang yang berharta, berpangkat, berilmu, berketurunan, berpengaruh dan sebagainya. Sebaliknya orang fakir miskin, jahil, menganggur juga memerlukan sifat Ihsan

8.     Ihsan tidak akan terlaksana dalam perkara-perkara yang berikut :

a)     Keputusan yang dibuat dengan mengorbankan bisikan hati suci dan iman
b)    Keputusan yang sangat mudah dibuat untuk semua keadaan
c)     Berserah kepada tekanan kawan, kerana “semua orang melakukannya”
d)    Semata-mata untuk “menyelamatkan” keadaan dan seseorang atau sekumpulan tertentu
e)     “Tak akan ada orang tahu”
f)      “Buat dulu, kemudian taubat”
g)     “Mana ada dosa pahala dalam dunia ini”
h)    ????


Bersambung.....................





Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....