MASJID: INSTITUSI PENTING UMAT ISLAM


MASJID SEBAGAI INSTITUSI AGUNG UMAT ISLAM

(Bahagian Pertama)

 MASJID: SECEBIS SEJARAH:
1.    Masjid bermula dengan konotasi sujud. Sujud adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT yang membawa maksud pengabdian, dan merupakan salah satu manifestasi pengabdian kepada Allah dengan melakukan ibadat. Ibadat sembahyang mengandungi banyak rukun nya, diantaranya  yang paling dominan ialah “sujud” iaitu meletakkan kepala ke atas bumi tanda kekerdilan hamba kepada Tuhannya, Allah SWT. Masjid dengan itu memberikan konsep perhambaan dan pengabdian kepada Allah SWT.
2.    Rasulullah SAW ketika melakukan Hijrah iaitu semasa meletakkan kakinya di Madinah Al-Munawwarah, yang terkenal dengan nama Yathrib, pada tahun 622 Masehi, telah mendirikan masjid Quba’. Dengan itu kota Madinah merupakan kota suci yang di dalamnya tertegak Al-Masjid Al-Nabawi. Baginda juga kembali ke Makkah dan membuka Makkah, yang dengan itu membuka Majsidul-Haram. Kedua-dua buah Majis ini merupakan dua buah masjid agung Islam, tetapi kita merasa amat sedih dengan peristiwa trajis yang menimpa Al-Masjid Al-Aqsa, yang merupakan masjid suci yang ketiga, yang sekarang ini dirampas oleh pemerintahan Yahudi, iaitu di bandar lama Baitul-Maqdis. Al-Masjid Al-Aqsa telah jatuh ke tangan Israel ketika berlaku peperangan diantara Arab dan Israel dalam tahun 1967.
3.    Lambang keagungan Islam yang digambarkan dalam tertegaknya masjid ialah kehadiran sebuah masjid bersejarah dan ajaib serta terbesar yang berada di Eropah, iaitu di Sepanyol, pada masa ini masih tertegak sebagai Masjid, dengan kesan-kesan seni bina Islam dan pahatan ayat2 Al-Quran di dinding dan bumbungnya, iaitu di Cordova, atau nama Arabnya Qurtubah. Sejarah pembinaannya kembali ke tahun 784 – 786 Masehi, dan telah di jadikan Cathedral oleh angkatan bersenjata Kristian yang menakluki Cordova dalam tahun 1236.
Masjid Cordova inilah satu-satunya masjid yang diasaskan oleh Kerajaan Islam yang masih tertegak di bumi Spanyol dibandingkan dengan beberapa buah masjid lain di Toledo, Granada dan Saville yang telah diruntuhkan untuk digantikan dengan binaan gereja. Maka masjid Cordoba ini telah menjadi satu-satunya bangunan bersejarah Islam yang telah ditransformasikan kepada bangunan ibadat Keristian dan merupakan  bangunan agung bersejarah yang menarik pelancong paling ramai dan terkenal.

.....Bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....