Etika Islam : Ihsan
(Bahagian Kedua)
KAEDAH PENYAMPAIAN
BERKESAN
1. Orang
yang bersifat dengan sifat Ihsan sentiasa
a) Menguasai
komunikasi yang berkesan
b) Bahasa
yang bersopan dan beradab. “Terima kasih” “Maaf” “Silakan” “Tolong buat
begini...” “Sila ke kaunter sebelah..”
c) Menguasai
ciri-ciri psikologi secara umum bagi mendidik orang awam, bukan mengajar atau
menghukum
d) Mengimbangi
sistem penyampaian berlandaskan keikhlasan, keadilan dan kebajikan
e) Mengelakkan
sebarang prasangka kerana kepentingan kaum kerabat, sahabat rapat, ideologi
politik partisan dan taksub agama
f) Sentiasa
meletakkan diri di tempat orang lain iaitu sebagai “pelanggan” “pengunjung
kaunter” “pemohon lesen, paspot, penjual tanah/rumah” “orang tua atau muda”
“pensyarah universiti atau peladang” dan sebagainya yang berurusan dengan
Pegawai, kerana semua golongan itu dapat memahami bahasa yang sama, tetapi
segala komunikasi dan arahan haruslah sesuai dengan tahap pemikiran dan
pemahaman mereka masing-masing
g) Segala
janji, komitmen dengan orang awam haruslah dikotakan dengan segera. “Esok datang
lagi” maknanya esok selesai. Kalau terdapat halangan, segera beritahu “Maaf,
esok tak dapat selesai, sila datang hari Rabu minggu hadapan”.
h) Ihsan
harus bersaksikan Tuhan, Dia mengawasi segala-galanya yang berlaku, baik atau
sebaliknya, dan komitmen ini berterusan sepanjang hayat, melampaui hingga ke
hari akhirat.
i) Menghayati nilai moral dan akhlak yang baik. Kalau Ibadat merupakan "sekolah" tempat mempelajari segala peraturan dan adab berhubungan dengan Allah, maka pelajaran ini mestilah dibawa dalam kehidupan sehari-hari dalam bentuk perangai dan tingkah laku yang baik sesama manusia, hormat menghormati, membentuk sikap dan etika yang tinggi nilainya, bersih hati dan jiwa.
j) Maka Ihsan menjelma dalam sifat tanggungjawab, budi pekerti, sopan santun, bekerja keras dan bersungguh-sungguh, menghormati waktu, berdisiplin, ikhlas dan jujur. Semuanya dilakukan sebagai penghayatan dari roh ibadat yang wajib dilakukan kepada Allah, dan hal ini menjelma menjadi sifat mulia yang membentuk akhlak dan budi pekerti, moral dan etika hidup untuk kesejahteraan semua....untuk dunia dan akhirat..
k) Muslim yang komited dengan amal ibadatnya sepatutnya menjadi seorang yang lebih bersifat dengan sifat Ihsan, kerana dalam amal ibadatnya dia meraikan disiplin, peraturan, bersih jasmani dan rohani, fokus kepada amalannya, akan menghabiskan ibadatnya dalam keadaan yang sempurna, berusaha meningkatkan mutu ibadatnya supaya sampai ke tahap cemerlang, ikhlas dan jujur dalam amalannya, menghormati waktu dan mengurusnya dengan baik sekali, dan berusaha keras melengkapkan amal ibadatnya seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
l) Hal-hal inilah yang seharusnya dihayati dan diamalkan di dalam semua tugas dan kerjanya untuk kepentingan dunia dan akhirat. Hidupnya bukanlah hanya untuk ibadat "ritual" dan amalan fardu ain sahaja, tetapi dalam tanggung jawab dan tugas kemasyarakatannya juga haruslah dilakukan seperti dia melakukan ibadatnya kepada Allah. Nilai-nilai amal ibadatnya hendaklah dihayati dan diraikan ketika menjalankan tugas nya di pejabat, kilang, sekolah, universiti, dalam makmal, di ladang, dan dalam semua aspek kerjayanya supaya kerja hariannya juga sempurna, seperti amal ibadatnya yang seharusnya dilakukan dengan sesempurna mungkin....
Bersambung..................

Comments
Post a Comment