MASJID: PENGGUNAANNYA
(Bahagian Kedua)
MASJID: PENGGUNAANYA:
1.
Ketika
Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada tahun 622
Masehi, masyarakat dan tampuk pemerintahan memerlukan kepada markaz dan pusat
pentadbiran, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, maka masjid
yang didirikan oleh Baginda itulah yang menjadi ibu pejabatnya.
Disitulah tempat ibadat, tempat belajar, mesyuarat dan sebagainya yang merupakan aktiviti Baginda bersama penduduk Madinah keseluruhannya.

2.
Fungsi
inilah yang selalunya dibangkitkan semula dalam sejarah pertumbuhan masjid di
dalam dunia Islam, iaitu yang diharapkan akan menjadi pusat serbaguna, bukan
hanya untuk bersembahyang dan berzikir secara ritual kepada Allah SWT sahaja
seperti yang difahami dan diterjemahkan selama ini.
3.
Bagaimana pun isu ini sering dibicarakan secara teori dan retorik sahaja tanpa sebarang perancangan yang konkrit dan praktikal yang dapat dipraktikkan dengan sebaik-baiknya dalam masyarakat Islam, oleh itu masjid tetap lahir sebagai tempat ibadat khusus dan aktiviti keagamaan dalam bentuk ibadat dan ritual, tidak menyentuh pengertian dan aktiviti Islam sebagai satu sistem dan cara hidup yang lengkap. Hal ini memerlukan penyelidikan dan kajian lengkap dengan data dan fakta semasa yang menyeluruh sekiranya umat Islam benar-benar serius hendak menjadikan fungsi masjid sebagai satu pusat keagamaan yang menyeluruh.

4.
Untuk mengembalikan fungsi masjid seperti yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW dengan mendirikan masjid Quba’, maka konsep masjid itu haruslah dihayati dan diterjemahkan sepenuhnya, kerana masjid Quba’ adalah berfungsikan Masjid Al-Taqwa. Firman Allah SWT “Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebeh patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah mencintai orang-orang yang bersih”, (bersih fizikal dan spiritual, akal dan hati, ikhlas dan jujur) (Al-Taubah ayat 108)

5.
Pengertian dan fungsi ini menolak tektik salah satu kumpulan orang munafik pada zaman Rasulullah SAW yang ingin menggunakan masjid untuk tujuan memecah belahkan orang Islam dan mendatangkan kemudaratan kepada agama dan penganut Islam sendiri. Allah memberikan peringatan dan amaran kepada orang Islam supaya berwaspada terhadap tipu muslihat orang yang cuba memperalatkan masjid untuk tujuan-tujuan yang tertentu yang tidak diredai-Nya.

6.
Allah SWT berfirman: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) terdapat orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin) untuk kekufuran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah “Kami tidak kehendaki selain dari kebaikan” dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) Surah Al-Taubah ayat 107.

7.
Para
pentafsir menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi
Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu, ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu
Amir yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syria untuk bersembahyang di
masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentera Rumawi yang akan
memerangi kaum Muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu Amir ini tidak menjadi
kenyataan, kerana ia mati di Syria, dan masjid yang didirikan kaum munafik itu
diruntuhkan atas perintah Rasulullah SAW berikutan dari wahyu yang diterima
baginda sesudah kembalinya dari peperangan Tabuk.
.................bersambung.................

Comments
Post a Comment