Bangunan Ihsan





Menguatkan Rumah Ihsan



                                  (Bahagian Keempat)

      Rumah yang terbina dengan penghuninya yang seimbang dan perkasa itu haruslah mengalami proses penyelenggaraan yang konsisten. Penghuninya sendirilah yang seharusnya menjadi penyelenggara, jangan biarkan debu-debu melekat di mana saja tanpa dibersihkan, kerana kalau tidak dibersihkan maka debu-debu itu akan kekal menjadi racun yang memakan diri penghuninya, maka takrifan Ihsan, integriti, ikhlas, dan sebagainya mulai berubah.


2.     Jadual penyelenggaraan bangunan ini haruslah disusun begitu rupa dengan masanya yang amat tepat, jenis penyelenggaraan yang berbagai-bagai, hal inilah yang menjelma di dalam sistem pendidikan, formal dan tidak formal, kempen-kempen, peranan institusi sosial, budaya, agama, swasta dan kerajaan, , kerana bangunan yang kukuh bagaimana pun, yang mengambil masa sepanjang hayat untuk dibina, sekiranya tidak di selenggara dengan berjadual dan halusi, tidak diperiksa dan diperbaiki, maka binaan itu mungkin akan runtuh menyembah bumi dalam masa beberapa saat sahaja

3.     Ihsan adalah “cinta” atau love. Ihsan membantu orang untuk mendefinisikan apakah “cinta”. Cinta kepada Tuhan, kerana hamba-Nya berbakti kepada-Nya sebab Dia sentiasa mengawasi hamba-Nya. Hamba-Nya menerima balasan berganda-ganda ketika masih berada di dalam dunia lagi, kehidupan yang sejahtera dan berkat, rezeki yang murah, keharmonian di antara minda dan jasad peace of mind.

4.     Demikianlah juga cinta murni dan ikhlas kepada pasangan hidup, keluarga, sahabat handai, kepada sesama manusia, orang yang memimpin atau dipimpin, rakyat atau raja, bos atau pekerja am, masing-masing merasakan cinta kepada orang lain, dan cinta mereka berbalas, tanpa merasa bersalah, tanpa takut dan gerun, hidup amat mudah, tidur lena, sentiasa merasa aman di bawah panas terik, atau curahan hujan yang lebat.


5.     Rasulullah menerangkan bahawa “Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali tua dan mati”. Kalau seorang manusia itu merasa dirinya telah dihinggapi penyakit atau hampir “mati” kerana salah laku, rasuah, jenayah, zalim, “membuat bendang di atas belakang kawan” menangguk di air keruh, menjadi ikan jerung atau anak seluang, maka dalam keadaan “sakit hati” nya itu ia hendaklah mencari penawar dan ubat, iaitu taubat dengan segala syarat rukunnya, maka ia akan menjadi sihat kembali, insya’Allah.
6.  Nabi Adam Alaihis-salam dan isterinya Hawa' pernah melakukan kesalahan dengan memakan buah larangan, dan akibatnya mereka berdua yang bertanggung jawab melakukan kesalahan ini kepada Allah, akhirnya dikeluarkan dari Syurga, maka mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.
7.  Apabila taubat mereka diterima maka mereka berdua melafazkan ungkapan yang menunjukkan pengakuan mereka yang telah melakukan kesalahan, dan bersyukur kerana taubat mereka di terima Allah, dan tentunya tidak akan mereka lakukan lagi sebarang kesalahan kepada Allah.
8.  Ungkapan itu seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran, dan yang sering kita baca dalam doa kita, berbunyi "Tuhan kami. kami telah menzalimi diri kami sendiri (kerana melakukan kesalahan terhadap Engkau), maka sekiranya tidak Engkau ampaunkan kami dan mengasihani kami, necaya jadilah kami sebahagian dari orang-orang yang rugi"...

Bersambung........................

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....